Pages

Thursday, 5 June 2014

SUBHANALLAH! - GARISAN LEMBUT YANG MEMISAHKAN SIANG DAN MALAM YANG BERJAYA DIRAKAM

Gambar berikut ini adalah gambar yang diambil oleh beberapa satelit Wahana Luar Angkasa Amerika Syarikat, NASA, tepat diatas Benua Afrika bahagian utara dan Eropah.  Nampak lampu-lampu masih menyala di bahagian Bumi yang masih gelap ...

Bahagian atas eropah barat, boleh nampak pulau UK dan Ireland.. bawah afrika nampak morocco

Setelah pelbagai usaha dilakukan oleh para saintis dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu, mereka berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam dibumi.
Perhatikan gambar di atas yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.

Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu.


Gambar ini pula memberikan gambaran yang menakjubkan tentang fenomena "bercampurnya" antara siang dan malam. Ada benang yang sangat tipis yang memisahkan malam dan siang di sempadan antara keduanya. Fenomena yang membuat kagum para saintis. Dan tidak ada bahasa yang sesuai untuk menggambarkan fenomena unik ini kecuali firman Allah Ta'ala:

ذلك بأن الله يولج الليل في النهار ويولج النهار في الليل وأن الله سميع بصير * ذلك بأن الله هو الحق وأن ما يدعون من دونه هو الباطل وأن الله هو العلي الكبير
"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah (berkuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan bahwasannya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dia-lah (Tuhan) Yang haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil , dan sesungguhnya Allah, Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar ". [QS. Al Hajj ayat 61-62] Subhana_Llah ...

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah tentang garis pemisah ini:

Yang bermaksud: ‘dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar’. (Surah Al-Baqarah ayat 187)
 Subhanallah, setiap kejadian di-alam ini adalah dengan Ketetapan dan Kehendak Allah belaka, ianya sesuatu yang amat menakjubkan bagi kita hamba hambaNya, yang serba kekurangan serta ilmu yang hanya sedikit...............Wallahua'lam.

10 SERANGGA PALING BERBAHAYA DI DUNIA!

Serangga merupakan 60 % daripada populasi fauna yang direkodkan. Kehadiran mereka di bumi sangat unik, kerana mampu berada di mana-mana sahaja. Mereka bukan sekadar penyeri kepada bumi, sebaliknya kehadiran mereka penyumbang kepada perjalanan sistem bumi yang lebih baik, ada bertugas sebagai agen pendebungaan serta survival tumbuhan, ada sebagai salah satu agen penguaraian di samping bakteria. Mereka dikurnaikan oleh dengan sifat serta ciri-ciri unik. Antaranya pelbagai jenis bentuk dan warna.Namun entri ini memfokuskan kepada serangga yang dianggap paling berbahaya kepada manusia. Antara mereka menjadi penyumbang kepada penyebaran wabak penyakit serta mempunyai rekod yang sangat baik di dalam membunuh berjuta-juta manusia di seluruh dunia. Jom teruskan membaca.

nO 10 : Kutu


kutu : link


Serangga ini merupakan parasit yang menjadikan manusia dan haiwan sebagai perumah dan darah mangsa sebagai makanannya. Sangat mudah untuk membiak dan berpindah kepada pemangsa yang lain. Kutu jika tidak dikawal boleh menyebabkan masalah kulit yang ketara.Maslah timbul jika mangsa mengalami reaksi alahan atau alergi pada kulit yang boleh menyebabkan kematian.Kutu boleh menjadi vektor atau pembawa parsit lain, seperti protozoa, virus dan bakteria Namun sekarang dengan pelbagai langkah pencegahan dan rawatan ,masalah akibat kutu sudah dapat di kawal.

nO 9 : Semut Api


Permaisuri Semut Api ( link )

Sinonim dengan budaya masyarakat Malaysia. Semuat api adalah salah satu spesies dari 286 spesies semut yang mampu menyengat. Juga dikenali dengan pelbagai gelaran seperti semut Halia, semut api tropika dan semut merah. Mempunyai sengatan yang agak menyakit rasa seperti kulit terbakar. Sengatan semut api memang boleh dirawat di rumah,namun masalah timbul jika berbelas-belas ekor semut api menyengat anda. Sengatan semut api akan berlaku berulang-ulang kali terhadap mangsanya.Sengatan semut api mengandungai alkoloid yang mempunyai kekuatan seperti asid. Rawatan segera perlu bagi mangsa yang mengalami alergi kepada sengatan, terutama jika mangsanya adalah kanak-kanak yang masih kecil.


No 8 : Saifu Ants/ Semut Afrika


lihat sahaja rahangnya yang tajam dan mampu mengoyakkan daging mangsanya( link )
Mempunyai rahang yang kuat dan bergerak di dalam bentuk koloni, sangat ganas, dan mampu menghancurkan musuh atau haiwan lain dengan cepat.Gigitan mereka sangat menyakitkan dengan 2 bekas tusukan rahang yang kuat,sukar untuk menanggalkan rahang tersebut walaupun semut ini sudah mati sekali pun. Berbahaya juga kerana semut ini bergerak di dalam kumpulan besar,sekurang-kurangnya 20 ribu ekor dan memusnahkan apa sahaja serangga atau haiwan yang berada dilaluan mereka, walaupun diet utama semut ini ialah cacing tanah serangga yang besar juga tidak terkecuali.


No 7 : Tebuan/Penyengat

Penyengat adalah spesies tebuan. Terdapat lebih 100 ribu spesies,turut mempunyai sengatan yang menyakitkan.Di Malaysia Tebuan tanah merupakan antara spesies yang berbahaya, sengatan darinya amat menyakitkan dan perlu di bawa ke hospital untuk rawatan segera, terutama bagi kanak-kanak. Walaupun kecil, sebagaimana tebuan Gergasi Jepun , tebuan ini ,sengatannya boleh menimbulkan reaksi alahan yang serius, serangan di dalam jumlah besar mampu menyebab kematain waupun hanya satu sengatan.


Tebuan Pasir,menyedut cecair dalam badan lalat yang dilumpuhkan : link


Tebuan Serigala dari Eropah : link



No 6 : Lebah Pembunuh Afrika



Kesilapan dengan membebaskan permaisuri Lebah Afrika dari Tanzania, mencetuskan fenomena ketakutan terhadap lebah ini di USA. Lebah Afrika tidak banyak beza dengan spesies lebah yang lain, namun mereka sangat agresif dan menyerang secara berkumpulan.Jika anda berniat lalu sahaja di hadapan atau dibawah sarang lebah ini,meraka akan memburu anda, bukan seekor tetapi ribuan lebah ini akan menngejar anda dan mampu menyengat anda berulang kali. Inilah yang menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk Amerika Syarikat,atas sifat agresif lebah ini.Walaupun kematian akibat serangan lebah ini kecil 1-2 orang setahun di USA dan Mexico, ia mash tersenarai sebagai serangga yang berbahaya.



No 5 : Tebuan Gergasi Jepun ( Japanese Giant Hornet/ Asian Gaint Hornet )



via : wikipedia
Tebuan yang berasal dari Jepun ini merupakan spesies terbesar,mampu mencapai saiz sehingga melebihi 4 cm dan panjang sayap sehingga 6 cm ! Sengatannya mampu membawa venom atau bisa yang sangat menyakitkan bagi keluarga tebuan atau penyengat lain. Mampu menyegat berulang kali. Jumlah kematian di Jepun direkodkan puratanya 40 orang setiap tahun. Venom dari tebuan gergasi ini terlalu menyakitkan dan memerlukan rawatan dari hospital dengan segera, Kematian boleh berlaku , kerana venom atau bisanya boleh mencetuskan anaphylactic shock atau reaksi alahan dan merosakkan tisu badan serta menyerang sistem saraf. 30 tebuan ini mampu memusnahkan satu koloni lebah yang mengandungi 30-40 ribu lebah . Serangan tebuan ini merupakan antara masalah utama penternak lebah madu di Jepun.


No 4 :Labah-labah
Labah-labah Tree Dwelling Funnel Web dari Australia mampu membunuh manusia jika tanpa anti venom peringkat awal. sumber pic
Labah-labah terkenal kerana gigitannya mampu memberikan kesan kesakitan yang amat kuat kepada manusia. Entri sebelum ini sudah disenaraikan 5 labah-labah paling berbahaya. Antara sudah tentunya Black Widow, Redback, Brazilian Wandering dan sebagainya, Gigitan mereka jika tidak di rawat mampu membunuh manusia

No 3 : Kumbang Kissing (Kissing Bug )


salah satu spesies yang menjadi vektor penyakit Chagas di benua Amerika Latin. ( source pic )

Merupakan serangga penghisap darah. Di kenali dengan pelbagai nama, antaranya ,assasin bug kissing bug, pepijat conenose dan triatomines. Dilengkapi dengan tiub penghisap darah, kissing bug menghisap darah tanpa sebarang rasa sakit. Paling banyak ditemui di Amerika Selatan terutamanya di Brazil serta terdapat juga di Amerika Utara dan sedikit di Arfika ,Australia dan Asia.Mempunyai 300 spesies di seluruh dunia.




Kissing bug biasanya menghisap darah dan dikenal pasti mampu menyebarkan penyakit Chagas. Simpton awal adalah bengkak biasa di muka, diikuti dengan deman, namun jika dibiarkan tanpa rawatan penyakit ini akan merebak dan memusnahkan organ dalam badan manusia seperti jantung.Sukar untuk mendiagnosis penyakit ini pada peringkat awal dan ramai pesakit menderita puluhan tahun jika tidak dirawat dengan segera.

No 2 : Lalat Tsetse


Hanya didapati dibenua Afrika. Lalat ini merupakan serangga penghisap darah.Namun masalah yang paling besar lalat yang mempunyai fizikal seperti lalat rumah ini merupakan vektor atau pembawa penyakit tidur atau pun trypanosomiasis Afrika. Penyakit ini sebenarnya adalah penyakit berkaitan dengan saraf. Pada awalnya penyakit ini berpunca dengan penyebaran protozoa trypanosoma (sejenis parasit ) yang akan menyerangkan sistem saraf, limpa dan otak manusia. Dianggarkan kematian setiap tahun di benua Afrika sekitar 250- 300 ribu ! Walaupun hanya terdapat 3 spesies yang utama lalat ini memang berbahaya kepada manusia. Namun dengan sistem kitaran hidup hanya di benua Afrika menyebabkan ia kurang dikenali di benua lain . Walaupun pelbagai kempen dan usaha dilakukan gigitan lalat ini masih banyak berlaku di benua itu.

No 1 : Nyamuk

Nyamuk Anopheles menyebabkan deman Malaria yang sangat berbahaya:pic link


Nyamuk Aedes penyebab demam Denggi yang berbahaya.: link
Serangga kecil ini merupakan serangga paling berbahaya di dunia. Dengan bentuk fizikal yang kecil ia mampu mencetus wabak yang membunuh jutaan umat manusia saban tahun di seluruh dunia. Anda mungkin kenal dengan penyakit demam denggi, cikungunya, dan Malaria. Nyamuk Anopheles antara paling berbahaya di dunia yang menjadi agen kepada penyakit demam Malaria, di seluruh dunia sejak ianya dikenal pasti sudah membunuh 30 juta manusia di seluruh dunia. Maka tidak hairanlah serangga kecil ini akan terus kekal sebagai serangga pembunuh no 1 di seluruh dunia. Juga sebagai peringatan buat manusia, serangga kecil ini adalah pembunuh senyap paling handal di dunia, walaupun pelbagai kaedah dan cara dilakukan, ianya masih berada di rangking pertama, mengigit dan menghisap darah tanpa kesan atau sakit yang ketara namun membawa wabak pembunuh yang sangat ditakuti.

sumber 

(Foto) Aksi pramugari cantik yang mengejutkan dalam pesawat




Eddie Putera adalah seorang jurufoto yang terkenal dikalangan insan-insan yang berada dilapangannya. Beliau sering berkongsi pengalamannya ketika travel ke mana-mana lokasi pengambaran yang beliau singgah.

Eddie, yang juga suami kepada Nurfarahin Jamsari telah berkongsikan satu adegan yang amat istimewa baginya ketika menaiki sebuah pesawat (tidak pula dimaklumkan pesawat jenis apa...).

Menurut beliau, ketika berada di dalam pesawat, beliau sering duduk di bahagian belakang sekali, kononnya dengan harapan dapat mengorat pramugari yang berlegar di situ.

Namun, insiden kali ini amat istimewa sekali baginya. Pramugari yang disangkakan mahu ke bahagian belakang, disangkakan untuk mengambil pesanan rupa-rupanya mahu solat....beliau yang begitu terharu dengan situasi berkenaan telah berkongsinya di laman FB beliau...

 

Rasulullah Berpesan Pada 100 Ribu Umatnya Sebelum Wafat

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU. ( Baginda tidak menyatakan Sunnah itu hadith, tetapi dalam pelaksanaan sunnah itu pasti ada hadithnya, Sunnah itu pelaksanaan wahyu, manakala hadith adalah rakaman kata-kata)

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."