Kejadian seram ini telah berjaya di rakam oleh CCTV yang berada di dalam
kedai peniaga ini sendiri. Kedai ini adalah sebuah kedai menjual
majalah, suratkhabar dan bahan bacaan lain kira-kiranya kedai serbaneka
lah.
Kebiasaanya kejadian paranormal akan berlaku pada waktu tengah malam,
tetapi apa yang berlaku kepada peniaga ini ialah dia telah mengalami
gangguan paranormal pada waktu tengah hari.
Cuba anda perhatikan dengan teliti rakaman video CCTV ini. Kelihatan
peniaga mengemas kedainyta, tiba-tiba dia terdengar majalah terjatuh
lalu dia meletakkan di raknya semula.
Tetapi kemudian majalah itu jatuh semula...kejadian ini berulang-ulang
sehingga banyak majalah dan akhbar yang melayang tanpa ada angin atau
orang yang menjatuhkannya.
Kerana ketakutan peniaga ini kelihatan melarikan diri. Apa yang berlaku ini agak luar biasa dan menakutkan.
Sebenarnya bukan makhluk manusia sahaja yang mendiami alam ini, kita
sebenarnya berkongsi dengan makhluk-makhluk lain yang tidak dapat kita
lihat dengan mata kasar. Sesekali mungkin makhluk-makhluk ghaib ini
sekadar ingin bergurau dengan manusia...
sumber