Pages

Monday, 9 June 2014

Lakaran Wajah Penjenayah Yang Boleh Buat Anda Pecah Perut Ketawa
















Surely many know that the police have cartoonists using only paper and pencil can draw the face of a fugitive using only a description, however, as often happens with many employees, not all are as good at their jobs, so no it is rare that we can find so ridiculous police sketches like these. -Dairishare











Kisah Anak Patung Seram Di Singapura Tersebar Di Twitter

Kisah anak patung seram di Singapura tersebar di Twitter. Menerusi laman sosial, kini trending cerita penemuan anak patung dengan mata ditutup menggunakan kain yang tertera kalimah Allah di sebatang pokok di Hougang Singapura. Pemilik patung seram tersebut merupakan salah seorang pengguna laman twitter dengan nama akaun “Narcosis (S_chadenfreude)”. Tinjaun terkini pihak kami mendapati pemilik akaun twitter tersebut sudah dipadam. Berdasarkan maklumat rasmi, pemilik patung berkenaan merupakan salah seorang pengemar mengumpul koleksi patung antik.




Petikan Komen Pemilik Di Laman Twitter

Menurut pemilik, patung tersebut didapati bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lantas dia telah menutup mata patung berkenaan dengan ayat kalimah Allah dan meletakkannya di sebatang pokok. Tambahnya lagi, dia berbuat demikian supaya patung itu tidak mengikutinya lagi atau sesiapapun. Selain itu, dia turut mendakwa memiliki lebih kurang 10 patung antik berkenaan. Namun, salah satu daripada patung tersebut agak luar biasa dan berpuaka.






Gambar Penemuan Patung Seram Di Singapura

Beberapa keping foto yang tersebar dilaman sosial menunjukkan penemuan patung berkenaan disebatang pokok di Hougang Singapura.





Koleksi Patung Oleh Pemilik Akaun Twitter “Narcosis (S_chadenfreude)”

Berikut adalah koleksi patung antik yang diambil dari gambar twitter pemilik patung berkenaan. Menurutnya, kesemua patung tersebut bertindak sebagai pelindung atau ” guardian’ dirinya.



Fakta Kes Penemuan Anak Patung Seram Di Singapura


  • Pemilik patung menggunakan akaun twitter “Narcosis (S_chadenfreude)“.
  • Pemilik anak patung tersebut merupakan seorang gadis remaja yang beragama muslim/ Islam. Dia juga mendakwa mempunyai 10 koleksi anak patung antik.
  • Pemilik itu juga mendakwa bahawa patung tersebut sering bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pemilik patung itu juga mendakwa bahawa patung tersebut sebagai pelindung dirinya.
  • Salah sebuah rancangan TV Singapura iaitu Ghost Files Singapore tertarik dengan kisah tersebut dan cuba menghubungi pemilik patung berkenaan. Namun, pemilik patung tersebut terus memadam akaun apabila diminta untuk wawancara.
  • Keesokkan harinya, seorang Ustaz dari masjid berdekatan telah melawat patung berkenaan namun tiada kejadian aneh atau mistik dilaporkan berlaku.


 
 

Video Ribut Gergasi Melanda Tehran, Iran


Pemandangan ribut pasir luar biasa ketika ia mula membadai Tehran, Iran, semalam.
Tehran: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh, manakala 30 lagi cedera apabila ribut pasir gergasi dengan kelajuan sehingga 112 kilometer sejam, melanda Tehran semalam, menyebabkan ibu kota Iran bergelap pada waktu puncak dan memaksa beribu-ribu lagi lari menyelamatkan diri. 

Fenomena aneh yang melanda pada jam 5.10 petang waktu tempatan itu turut menumbangkan pokok, menyebabkan serpihan sampah berterbangan di jalan raya dan mengotorkan cermin kenderaan. 

“Bekalan elektrik terputus di sekurang-kurangnya 50,000 rumah. Cuaca buruk itu turut memusnahkan cermin tingkap dan menyebabkan menara telekomunikasi tumbang, selain batu-bata jatuh dari bangunan,” kata seorang pegawai kerajaan. 

Ahli kaji cuaca pada awalnya memberi amaran kepada penduduk Tehran untuk berada di dalam rumah, tidak lama sebelum agensi berita ISNA melaporkan kematian disebabkan oleh pokok yang tumbang. 

Ketua pegawai kecemasan Iran, Amin Saberinia, mengumumkan kematian itu dan berkata sekurang-kurangnya 27 orang cedera, 10 daripada mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya apabila cuaca buruk mula melanda. 

Televisyen negara kemudian melaporkan dua daripada mereka yang cedera dalam ribut berada dalam keadaan kritikal. 

“Ia tidak ubah seperti sebuah filem Hollywood yang dahsyat,” kata seorang wanita kepada wartawan yang terpaksa berlari masuk ke sebuah kedai di daerah pusat perniagaan di ibu negara untuk berlindung beberapa saat sebelum ribut melanda. 

Petanda tidak baik 
Seorang lelaki di dalam bangunan yang sama berkata: “Saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini, saya takut ia adalah satu petanda tidak baik pada masa depan.” 

Hampir 7,000 petugas kecemasan telah dikerahkan dalam masa satu jam, kata pegawai bandar raya dan Ahad Vazifeh, yang bertanggungjawab ke atas ramalan cuaca kerajaan, memberi amaran cuaca lebih buruk akan berpanjangan sehingga Rabu. 

Selepas terputus bekalan elektrik selama 15 minit disebabkan oleh daya hentaman awal ribut pasir, hujan turun dengan angin terus kencang. 

Gambar yang disiarkan melalui media sosial menunjukkan awan pasir gergasi mengisi langit yang melitupi bandar ini, sebelum ia bertukar gelap dan suhu di luar jatuh mendadak dari 33 darjah celsius kepada 18 darjah celsius. - AGENSI

Sunday, 8 June 2014

Video Toyol Bergerak Dikurung Dalam Botol



Di katakan makhluk atau objek bergerak-gerak dalam botol ni adalah toyol. Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui. 

Admin pun tak boleh nak banyak komen samada video ni sahih atau sudah diedit,sebab pertamanya admin takde ditempat kejadian, keduanya bila admin perhatikan pergerakan objek didalam botol tu ada beberapa kali ia bergerak diluar frame botol.



Admin tidak mempersoalkan alam ghaib kerana ia sememangnya wujud, malah dalam Al-Quran serta rukun Islam, Iman dan Ihsan itu sendiri mengkehendaki kita untuk percaya kepada perkara ghaib.

Cuma kesahihan video ini masih boleh dipersoalkan memandangkan budak-budak sekolah hari ini pun dah pandai edit video letak macam-macam efek.

Kalau ada sesiapa dapat sahkan video ni boleh nyatakan dibahagian komen kot ada member disini yang saksikan sendiri depan mata semasa video ni dirakamkan ke.
 
sumber