Kejadian berlaku di sebuah gua di Amerika Selatan (Colombia). Beberapa orang ahli biologi yang sedang membuat tinjauan di situ terkejut kerana tiba-tiba muncul satu lembaga seperti tengkorak hidup sedang merangkak keluar.
Kejadian yang sangat menakutkan ini sempat di rakam oleh mereka dalam keadaan kelam-kabut. Dan kelihatan wajah mereka yang terlibat telah di kaburkan. Mungkin kerana tidak mahu wajah mereka di kenali akibat kejadian ini. sumber
Makhluk laut aneh yang masih belum dikenal pastikan jenisnya berjaya di rakam oleh kamera sebuah lombong minyak.
Dipetik dari LiveLeak, makhluk ini kelihatan mengelilingi sebuah paip dari pelantar minyak yang mana terdapat kamera pengawas di sebelahnya.
Kemunculan makhluk seperti raksasa laut ini juga menimbulkan perdebatan di antara pemerhati hidupan laut ataupun pengguna internet. Video haiwan ini juga telah dimuat naik di laman Youtube dan telah dilihat puluhan ribu pengunjung laman ini.
Namun ketika ini, anggaran yang paling dekat berkaitan jenis makhluk laut ini, menyatakan jika haiwan yang mempunyai bentuk tubuh mirip obor-obor ini merupakan salah satu spesies Deepstaria Enigmatic.
Deepstaria Enigmatic merupakan salah satu haiwan sejenis dengan obor-obor. Spesies ini pertama kali ditemui pada tahun 1967 oleh FS Russell. Haiwan ini dilaporkan biasa hidup di laut antartika dengan kedalaman di antara 800 hingga 1800 meter.
Alain Leroux dan bayinya yang baru berusia 10 bulan jadi terkenal di dunia maya. Gara-garanya, bayi manis dan lucu itu tiba-tiba tidak boleh manahan rasa terharu ketika ibunya bernyanyi.
Lagu yang dinyanyikan oleh ibunya itu berjudul My Heart Can't Tell You No. Bayi itu dengan sangat comel menangis sambil sesekali tersenyum saat mendengar suara ibunya .. Aw So Sweet Baby.
Seorang budak lelaki duduk menggigil kesejukan di sebuah perhentian bas di Ibu Kota Oslo, Norway. Dia tidak memakai jaket. Suhu udara di bandar itu boleh mencapai 10 darjah celcius di musim sejuk.
Sebuah kamera tersembunyi merakam adegan semasa budak berusia 11 tahun bernama Johannes Lonnestad Flaatan itu menunggu di perhentian bas di pinggir jalan, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail.
Video dibuat lembaga amal SOS Children Village itu merupakan sebahagian daripada kempen untuk mendapatkan dana bagi kanak-kanak mangsa Perang Syria. Video itu ingin menunjukkan bagaimana kanak-kanak pelarian Syria sering kesejukan di kem pelarian dan memerlukan bantuan kemanusiaan. Sebahagian besar kanak-kanak itu menjadi pelarian tanpa pakaian untuk menghangatkan tubuh mereka di musim sejuk.
Video itu diakhiri dengan mesej: "Apakah anda orang yang mahu membantu ketika orang lain memerlukan pertolongan?"
"Orang ramai mesti ambil berat kepda kanak-kanak di Syria seperti mereka ambil berat kepada Johannes," kata ketua maklumat SOS Children Synne Ronning.
Menurut Johannes yang menjadi sukarelawan dalam pembikinan video itu, hanya tiga orang dari puluhan orang yang tidak mahu menolongnya.
"Di luar sana masih banyak orang baik," kata beliau. "Kami membuat filem ini selama dua hari dan saya menduga hanya tiga atau empat orang mahu memberikan jaketnya. Ternyata banyak orang, lebih dari yang ditayangkan di video."
Baru tiga hari dimuat naik ke laman web YouTube, video menyentuh hati itu sudah dilihat sembilan juta orang.
Sejak konflik Syria berlaku pada Mac 2011, lebih daripada dua juta rakyat Syria, separuhnya kanak-kanak, terpaksa menjadi pelarian meninggalkan rumah mereka pergi ke negara-negara jiran seperti Lubnan, Turki, Jordan, dan Iraq.
Mereka terpaksa melalui musim sejuk dengan keadaan seadanya di pelarian.
Video menyentuh Johannes kedinginan berikut ini barangkali boleh menghangatkan hati anda. Saksikan tayangannya.