Pages

Tuesday, 5 August 2014

DASYATNYA BALASAN ALLAH KEPADA MEREKA




YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

.: Luasnya Neraka Jahanam :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,


maka ditanya oleh nabi s.a.w.: ”Mengapa aku melihat kau berubah muka?”


Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat neraka Jahannam.”


Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.


Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”


Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”


Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”


Jawab Jibrail: 


“Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,


Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.


Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,


Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.


Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ”Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”


Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.”


Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan


sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”


Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat


2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah


3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung


4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah


5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik


6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak


7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum


8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular


9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.


10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai


11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua…..Wallahua’lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin ‘Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!


Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.


Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”


Maka jawabnya Rasulullah saw “Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.” Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian” Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-


1. Para Nabi


2 Para Ahli Jihad


3. Para Alim Ulama


4. Para Syuhada


5. Para Penghafal Al Quran


6. Imam atau Pemimpin yang Adil


7. Tukang Azan


8. Wanita yang mati kelahiran/beranak


9. Orang mati dibunuh atau dianiaya


10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:


” Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ”


Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.


Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :


“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.


Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ” Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” Surah Al-Baqarah : 237


Untuk renungan dan amalan bersama ..

“LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN”

LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya iaitu SYIRIK terhadap Allah s.w.t., MEMBUNUH orang tanpa hak, membuat TUDUHAN PALSU terhadap seorang Muslim, LARI DARI BARISAN Muslimin dalam PEPERANGAN dan SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL HAK ORANG LAIN” (Riwayat Ahmad)


DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN

Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA kepada ibu bapa dan MEMBUNUH orang tanpa hak” (Riwayat Anas r.a.)


SHOLAT LIMA WAKTU


Ada riwayat : Nabi SAW bersabda bahawa SHOLAT itu adalah perkara pertama yang akan dihisab semasa di Akhirat kelak!!! Jika BAIK maka baiklah segala amalan!!! Jika BURUK maka buruklah segala amalan!!!

JAGALAH SHOLAT ITU IBARAT NYAWA KAMU SENDIRI!!!


sumber 

Gambar Qi Razali selamba peluk Nelydia Senrose di halaman rumah

Sememangnya sudah menjadi kemestian bagi kalangan artis untuk memuatnaik gambar-gambar menarik di laman Instagram peribadi masing-masing sebagai tatapan peminat setia.

Seperti biasa apa sahaja gambar yang mereka kongsikan pasti akan mendapat banyak komen dari para pengikut samada yang berbentuk positif, negatif atau pertanyaan.

Antara artis yang cukup aktif memuatnaik gambar peribadi ialah Nelydia Senrose. Beliau tidak pernah terlepas mengemaskini laman Instagram miliknya kerana mahu hubungan rapat dengan peminat terus terjalin selain tidak mahu dilabel sombong.


Begitupun, perkongsian Nelydia berkenaa sekeping gambar sedang intim dengan kekasih hatinya, Qi Razali tidak begitu disenangi peminat di laman facebook. Gambar tersebut telah dimuatnaik di facebook menerusi sebuah page gosip terkenal.

Kebanyakkan peminat yang memberi komen tidak begitu menyenangi tindakan pasangan ini terlalu intim dan berpegangan tangan memandangkan mereka masih belum mempunyai sebarang ikatan sah dan hanya sekadar pasangan kekasih.



Akhirnya Rahsia Saddam Hussein Terbongkar

Akhirnya Rahsia Saddam Hussein Terbongkar | Mungkin anda pernah dengar di media dimana Allahyarham Saddam Hussein adalah pemimpin yang kejam,beliau membunuh sebahagian rakyat di negaranya sendiri di era 80 dan 90an. Tetapi pasti ramai yang faham mengapa pemimpin negara tersebut bertindak sebegitu. Berikutan dari hal tersebut berjuta-juta orang mengecam dan menyumpah serapah terhadap Saddam . Beliau digelar dan di’cop’ sebagai seorang pembunuh kejam .
20131117-1618062066543135
20 tahun kemudian , terungkap bahawa orang – orang yang dibunuh oleh Saddam tersebut adalah penganut mazhab Syiah di negerinya . Selama lebih dari dua dekad , kenyataan itu dilindungi dan disembunyikan oleh media Barat .
Sejak dahulu lagi Saddam sudah tahu akan bahaya Syiah .
Di zamannya berbondong-bondong penganut Syiah dari Iran masuk ke negerinya . Jika hanya sekadar tinggal , mungkin Saddam tidak akan begitu peduli .
Namun para pengikut mazhab Syiah merosakkan semua tata cara kehidupan sedia ada di bumi Iraq terutama dengan konsep kahwin mut’ah – yang sememangnya tak ada bezanya dengan pelacuran.
Saddam juga curiga dengan penduduk Syiah Iraq yang cenderung kepada menyokong kerajaan Syiah Iran. Saddam yakin mereka tidak akan memperlihatkan kesetiaan kepada Iraq kerana fahaman mazhab melebihi patriotisme kenegaraan mereka
Perang dengan Iran yang selalu Saddam sebut sebagai mewakili dunia sunni dan arab di Timur Tengah menambahkan curiga Saddam terhadap pengikut Syiah.
Di kawasan rantau Timur Tengah sendiri , satu – satunya negara yang menyedari kehadiran Iran sebagai negara Syiah adalah Iraq . Saddam telah memerintah hampir bersamaan dengan Khomeini pada tahun 1979 dari awal sudah melihat pengaruh besar Iran ke Iraq dan negara-negara Arab yang lain .
Sejarah juga menunjukkan bahawa Iran adalah antara negara yang kemudian mendesak PBB untuk memerangi Saddam Hussein.
Beberapa ulama di Tanah Arab mengambil kesimpulan bahawa Saddam mati dalam keadaan khusnul khatimah. Allahuakbar!
Kredit kepada sahabat di Taotauajer via Addin
Komen:
Allah jua Maha Mengetahui.. ada yang tak setuju dengan artikel tetapi itu hak peribadi masing-masing. Saya tidak setuju kezaliman yang dibuat oleh Saddam. Yang menjadi musykil, kenapa dahulu Amerika berbaik dengan Iraq sewaktu perang Iran dan Iraq.
Dan apabila menjadi musuhnya, menjadi suatu penghinaan kepada umat Islam apabila Saddam dihukum dibunuh pada pagi hari raya Aidiladha. Tidak terdetikah kita kenapa Saddam dimusuhi oleh Amerika sehingga sebegitu sekali?


sumber

Inilah Punca Budak 11 Tahun Yang Meninggal Dunia ini Mendapat Tunduk Hormat Dari Pasukan Doktor

Inilah Punca Budak 11 Tahun Yang Meninggal Dunia ini Mendapat Tunduk Hormat Dari Pasukan Doktor | Doktor di Shenzhen, China memberi tunduk hormat ke atas pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat tumor otak awal bulan ini. Sebelum meninggal dunia, budak lelaki yang berani ini ingin memastikan pemergiannya akan dapat memberi kesan dan bantuan untuk pesakit lain supaya menjadi sihat tidak sepertinya. Hanya selepas lapan jam pemergian beliau, beliau menyelamatkan beberapa nyawa melalui pendermaan organ buah pinggang dan hati beliau, dan juga penyelidikan perubatan lain.
1
Keluarganya menjelaskan bahawa dia mahu menyelamatkan orang lain daripada mempunyai rasa sakit yang dia alami dari penyakitnya dan “dapat hidup dengan cara yang lain.” Keluarganya juga bercakap tentang sekiranya ia masih hidup, kanak-kanak itu mahu menjadi doktor. Dia hanya mahu membantu orang lain. Mengetahui bahawa ianya tidak akan berlaku, dia melihat ini sebagai pilihan yang terbaik seterusnya dalam membantu pesakit lain hidup dan sihat. Mereka yang menerima sumbangan beliau pasti akan bersetuju.
2


sumber