Pages

Saturday, 23 August 2014

Model kompak terbaharu Proton dengan 6 beg udara

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd (Proton) akan melancarkan dalam masa terdekat model kompak pertamanya dengan kod nama PCC.
Proton Compact Car (PCC) dalam segmen B, dihasilkan menerusi dua penekanan utama iaitu tahap keselamatan terbaik dan ekonomi bahan api tetapi ditawarkan pada harga mampu milik.
PCC dibangunkan menerusi platform terkini Proton menggunakan enjin terbaharu VVT bersesaran 1.3 dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.
Selain itu, PCC juga akan menggunakan omboh, blok dan injap baharu, pertama seumpamanya bagi model Proton, sekali gus bakal menampilkan model terbaik keluarannya setakat ini.
Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa, berkata pengenalan model kompak itu yang memberi nilai kepada wang rakyat Malaysia mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) dan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).
"PCC dilengkapkan dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan hill hold assist serta enjin VVT 10 peratus lebih menjimatkan minyak berbanding Campro sebelum ini," katanya dalam taklimat di sini baru-baru ini.
PCC menjana 110 kuasa kuda (hp) dan kilas 148 Nm selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 kilometer sejam.
Enjin VVT (injap pemasa berjujukan) yang digunakan pada PCC adalah permulaan kepada generasi enjin baharu yang akan digunakan pada model akan datang kenderaan Proton bagi menggantikan Campro.
PCC juga akan menggunakan stereng kuasa elektrik hidraulik yang menjadikan stereng lebih ringan pada kelajuan rendah dan berat serta seimbang pada kelajuan tinggi.
"Harga dan spesifikasi lain akan diumumkan pada pelancaran PCC tidak lama lagi," katanya sambil menambah PCC bukannya model yang menggantikan model Savvy sebaliknya segmen baharu bagi Proton.
Mengikut Abdul Rashid, penggunaan teknologi terkini dalam rekaan dan keselamatan pada PCC yang ditawarkan dalam tujuh pilihan warna, adalah sejajar dengan apa yang dimahukan pelanggan Proton.
Sementara itu Ketua Reka Bentuk Proton, Azlan Othman, berkata PCC dibangunkan dalam tempoh dua tahun selepas prototaipnya dibangunkan pada tahun 2010.

MODEL kompak yang dijangka menjadi model terbaharu Proton. Pengeluar kereta nasional itu akan melancarkan model terbaru yang dijangka dikenali sebagai Airis atau Iriz tidak lama lagi. - Foto ihsan www.indianautosblog.com

Shila Amzah Tak Boleh Terima Teguran Peminat Melayu

 | Pelakon terkenal yang mengharumkan nama Malaysia di tanah besar China, Shila Amzah dikatakan seperti kacang melupakan kulit apabila dilihat tidak dapat menerima kritikan daripada peminat Melayu yang memberi teguran mengenai persembahannya di Shanghai, China baru-baru ini.

Dengan memuat naik status Me-layu :), Shila dianggap segelintir pengikut akaun Instagram miliknya yang dia tidak boleh menerima teguran daripada peminatnya itu.
Shila Amzah Tak Boleh Terima Teguran Peminat Melayu

REMAJA BANGGA KENE RABA DENGAN TEMAN LELAKI KONGSI DI FB

REMAJA BANGGA KENE RABA DENGAN TEMAN LELAKI KONGSI DI FB | Kadang-kadang terfikir juga, kalau pun usia masih muda takkanlah remaja-remaja sekarang tak boleh fikir sesetengah status boleh menjatuhkan maruah mereka?

Sebabnya, sudah terlalu banyak status bodoh dan mengaibkan yang dikongsikan di laman Facebook namun ia nampaknya tidak memberi pengajaran kepada sebilangan orang untuk ambil pengajaran.

Contohnya status di atas, remaja terlibat begitu bangga bercerita dia baru sahaja diraba boyfriend dan bercadang untuk mengulanginya kerana rasa seronok. Tak padan dengan usia muda dan bertudung pula tu!

Akibatnya, ramailah lelaki yang ambil kesempatan menjual minyak di akaun Facebook remaja tersebut.

Dalam bahasa lain, lelaki jenis hidung belang dapat berasakan di tahap mana akhlak remaja perempuan ini jadi masing-masing pun mencuba nasib kot-kot boleh tumpang sekaki dapat barang free.

Nak salahkan lelaki sepenuhnya pun tak boleh juga kalau dah yang perempuan awal-awal lagi dah bagi ‘hint tahap moral dirinya kan?

SEMAKIN BIADAB, SHARIFAH SAKINAH TAYANG BENTUK BADAN & PAYUDARA

SEMAKIN BIADAB, SHARIFAH SAKINAH TAYANG BENTUK BADAN & PAYUDARA | Sharifah Sakinah sekali lagi menimbulkan kontroversi menerusi akaun Instagramnya apabila memuat naik sekeping gambar yang memperlihtkan bentuk payudara dan bodynya yang seksi semasa bersenam dengan kapsyen "Get fit be healthy with @fitnessakinah @the30minutetrainer."

Seorang follower menulis teguran berikut "respect islam, respect yourself...then people will respect u more..."

Apapun, tidak dinafikan Sakinah memang seorang yang seksi dan rajin bersenam.