Pages

Wednesday, 10 September 2014

Lelaki Mabuk Terima Padah Tersekat Di Mesin ATM

Padah mabuk

Seorang lelaki mabuk di China menerima padah selepas sebahagian tubuhnya tersekat ketika dia cuba merangkak keluar dari kios mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Jurucakap bomba di wilayah Zhejiang, Hsin Ke memberitahu, maklumat diterima selepas orang awam bertindak membuat aduan selepas mendapati mangsa dikenali sebagai Cheng Kao pengsan berhampiran kios terbabit.

“Usaha mengeluarkan Kao sukar kerana dia masih mabuk dan gagal mendengar arahan dengan jelas. Kami terpaksa memecahkan panel kaca sebagai jalan terakhir,” jelasnya.


Difahamkan, Kao mengambil keputusan keluar dari ruang pengudaraan kecil di bawah panel kaca itu selepas gagal membuka pintu kios tersebut akibat tersalah memasukkan nombor pin.

Sementara itu menurut laporan Daily Mail, pihak berkuasa memaklumkan, lelaki malang terbabit perlu membayar ganti rugi membaik pulih kios ATM tersebut.

Awal tahun lalu, seorang lelaki di wilayah Sichuan terpaksa menahan kesakitan selama enam jam selepas tangannya tersekat ketika dia cuba untuk mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh di dalam lubang tandas, lapor Sinar Harian.
View the original article here

Gambar & Biodata Sharifah Nur Athirah Syed Azmi, 28, Isteri Aliff Omar Ali


Tahniah! Satu-satunya anak tunggal Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Alif Omar Ali, 32, selamat dinikahkan dengan seorang doktor bernama Sharifah Nur Athirah.

Biodata Sharifah Nur Athirah:

Nama penuh: Sharifah Nur Athirah Syed Azmi

Umur: 28 tahun

Pekerjaan: Doktor pergigian

Tarikh berkhawin: 23 Ogos 2014

Kedua-dua bertemu dan diperkenalkan oleh keluarga kira-kira dua tahun lepas di satu majlis. Semoga bahagia kingga ke akhir hayat - Raisyyahrania.blogspot.com


Gambar Nur Athirah [Kiri]

6 Gambar NGERI!!! Punca Sebenar Gadis Cantik Ditetak Dengan Pisau Pemotong Daging


6 Gambar NGERI!!! Punca Sebenar Gadis Cantik Ditetak Dengan Pisau Pemotong Daging - Nasib malang gadis yang bernama Effy Faathirs seorang pelajar KLMU apabila di samun dan ditetak dengan pisau pemotong daging di kawasan rumahnya di Pandan Indah.

Menurut mangsa menerusi laman sosialnya, suspek yang sudah menunggu kehadirannya berlari kearahnya dengan bersenjatakan pisau cuba merampas barang milik mangsa namun mangsa enggan beralah terpaksa bergelut namun suspek berang lalu menetak mangsa sebelum melarikan beg dan telefon miliknya.

Fesyen terlalu ketat Fazura di Astro Raya Screening

Sekeping gambar sensasi Fazura dan Lisa Surihani sedang memperagakan fesyen gaun jenis VIOLETTA dan ANGELONIA telah dikongsikan di sebuah page facebook terkenal.

Malangnya, fesyen yang ditampilkan oleh Fazura itu tidak disenangi kebanyakkan peminatnya sehingga ada meninggalkan pelbagai jenis komen negatif yang berbaur lucah.

Lebih teruk lagi, ada segelintir peminat turut mempertikaikan pakaian Fazura kerana dikatakan terlalu ketat dan tidak sesuai untuk ditunjukkan.


Bukankah apa yang cuba diperagakan oleh Fazura dan Lisa Surihani sekadar mengikut kehendak pereka fesyen dan kemahuan pengarah di Astro Raya Screening? Begitulah cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi golongan artis, apatah lagi kalau semakin popular.

Mari layan gambar yang menjadi pertikaian peminat di laman sosial dan sebahagian komen mereka yang amat negatif dan berbaur lucah.