Pages

Monday, 15 September 2014

SANGAP!! ABG ANGKAT TEMANKAN TIDUR, MAMA SPORTING...

Haii..dah besar-besar pun nak orang temankan tidur jugak ke? Lelaki pulak tu...

Entah la apa yang adik ni fikirkan. Kalau dilihat pada statusnya, dia mengaku yang lelaki tu abang angkat dia. Dah nama abang angkat, mana boleh tidur sekali dik.

Lepas tu, dia juga tulis "mama yang sporting". Kalau betul la mama adik tak kisah tentang perkara ini, elok la dua-dua ni pergi masjid, belajar agama balik ataupun kahwin terus.

Kalau ada saudara mara yang kenal adik ni, tolong la yer nasihat sikit. Nak suruh ibu bapa nasihatkan, 2x5 je.

Bagaimanapun inilah dia trend remaja kita sekarang. Entah dari mana asalnya timbul trend-trend yang tidak sihat seperti ini. trend adik angkat, abang angkat, dan kakak angkat sebenarnya sudah lama wujud dalam masyarat kita yang mana kalau dilihat sangatlah tidak relevan.

Ramai diantara remaja-remaja kita seakan-akan menggunakan perkataan tersebut untuk merasakan lebih mesra tanpa menghiraukan batas-batas pergaulan.

Jika kita perhatikan ia ibarat satu taktik untuk seorang individu tersebut untuk lebih mesra dengan lebih seorang selain dari kekasih mereka. Walhal pergaulan antara individu dengan pasangannya selagi belum sah kahwin adalah juga terbatas.

MEMALUKAN! Wak Doyok ditegur oleh orang bukan islam

Siapa lagi yang tidak kenal dengan nama Wak Doyok bukan? Seorang yang memang terkenal dengan fesyen-fesyen di luar jangkaan tetapi nampak bergaya. 



Walaubagaimanapun, baru-baru ini beliau telah ditegur oleh seorang pemilik akaun fb yang berbangsa bukan islam seperti gambar di bawah :
Apapun, teguran yang diberikan oleh Evon Ashihire itu adalah benar dan tidak salah sama sekali. Jadi, haruslah kita berfikir dahulu sebelum berbuat sesuatu perkara.

2 Gambar: Inilah Status Kanak-Kanak Zaman Sekarang Yang Sangat Memalukan!


Entah apa sudah jadi dengan budak-budak sekolah zaman sekarang. Mereka ni sengaja buat tak tahu atau memang tidak tahu benda-benda sebegini memang salah dibuat?

Lihat sahaja status kanak-kanak ini di laman sosial Facebook, siap letak status sudah berkhawin, malah komen yang ditulis macam dah laki bini. 

Perkara sebegini amatlah menjelikkan. Siapa yang perlu dipersalahkan sekarang? budak berkenaan?ibubapa? teknologi? media?

Gambar Kepala Wanita Tembus Cermin Kereta

Gambar Kepala Wanita Tembus Cermin Kereta | Ouchhhhh >.< Sakitnya. Seorang wanita terselamat daripada maut apabila kepalanya menembusi cermin kereta selepas mengalami kemalangan yang serius.

Memetik laporan The Sun, akibat ditembusi cermin kereta, muka wanita itu mengalami pendarahan yang amat serius.

Kejadian yang berlaku pada Rabu lalu apabila van yang dinaiki wanita itu melanggar belakang sebuah lori di Guizhou dalam Wilayah Guangxi, China.


Wanita tersebut yang tidak memakai tali pinggang keledar telah tercampak ke hadapan lalu kepalanya menghentam dan menembusi cermin van yang dinaikinya. Pasukan penyelamat terpaksa menyelamatkan pemandu van tersebut yang tidak sedarkan diri.

Selepas menyelamatkan pemandu, pasukan penyelamat membesarkan lubang disekeliling tengkuk wanita itu untuk menariknya keluar. Menurut doktor, wanita dan pemandu van tersebut berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital. 

Sumber Asal : Disini