Pages

Tuesday, 16 September 2014

Memalukan…Pakaian Pasukan Berbasikal Wanita Paling Buruk!



PAKAIAN sukan paling buruk. Itulah ayat yang paling sesuai bagi menggambarkan pakaian pasukan berbasikal wanita Colombia sebuah acara perlumbaan di Itali.

Penggunaan warna kulit pada bahagian bawah perut sehingga atas paha nyata membuatkan pasukan itu kelihatan seperti berbogel.

Pakaian itu turut mendapat perhatian daripada para netizen yang turut menyifatkan ia sebagai kelakar dan mengejutkan.

“Saya tak rasa ia sesuatu yang seksi,” tulis seorang pengguna Twitter, JohnTHFCMorgan.

Ada juga yang tidak percaya dengan apa yang dilihat dan beranggapan gambar tersebut mungkin diubahsuai.

Apapun, ia memang memalukan!

Memalukan...Pakaian Pasukan Berbasikal Wanita Paling Buruk!

GST juga akan dikenakan keatas petrol dan diesel




Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan kepada petrol dan diesel, kata Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 September, 2014.
Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais Ishak Daud mengesahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan kepada petrol dan diesel walaupun kerajaan masih belum membuat pengumuman demikian, kata Rafizi Ramli.
Naib presiden PKR itu berkata, Ishak mendedahkan perkara berkenaan dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman minggu lalu yang juga dilaporkan akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily.
“Laporan akhbar Sin Chew Daily turut dipetik oleh laman kereta paultan.org, mengesahkan Umno Barisan Nasional (BN) akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel.

“Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno – BN akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini berkata kerajaan akan mempertimbangkan tidak mengenakan GST ke atas petrol dan diesel apabila sistem percukaian baru itu dilaksanakan pada April 2015.
Katanya, kerajaan bakal kehilangan hasil jika GST tidak dikenakan ke atas petrol dan diesel, tetapi ia dapat ditampung melalui pelan rasionalisasi subsidi.
Rafizi berkata dengan GST pada kadar 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen dan jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat GST akan meningkat RM50 sebulan.
Katanya, petrol dan diesel yang dikenakan GST akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan apabila cukai kepenggunaan itu dilaksanakan kelak.

“Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah. Saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan dengan kenaikan terus harga minyak, harga barang dan perkhidmatan bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.
“Pada ketika pegawai Jabatan Kastam dan Eksais mula mengesahkan kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia,” katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu juga dimaklumkan kerajaan akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan mengehadkan kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi.

"Saya dimaklumkan keputusan itu sudah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini," katanya.
Katanya, jika dasar begitu dilaksanakan, bebanan kenaikan harga minyak akan menjadi lebih tinggi, begitu juga dengan harga barang dan perkhidmatan.

“Saya menggesa supaya Najib mengesahkan segera harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat.

“Pada masa yang sama, saya seru rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar,” katanya. – 15 September, 2014.

tak Malu!! apa pasangan ini lakukan??



KLIK DISINI UTK GAMBAR SETERUSNYA 
sekarang ini kita melihat di mana2 pn terdapat rmai pasangan yang x malu. klu yang da berkahwin tu x pe la.. ni tak kahwinpon lebih hebat dari yang dah kahwin. apa pendapat anda?

gambar kat atas tudiorang da nikah kot.. huhu

Cerita Sebenar Kanak-Kanak Separuh Badan Ular

Misteri Gadis separuh badan manusia dan separuh badan ular terjawab,Pada tahun 2013
satu gambar telah tersebar luas diseluruh dunia gambar yang dimaksudkan ialah seorang
gadis yang comel dengan badan separuh manusia dan separuh ular.

Gadis ini yang diberi nama Mai Li Fay berasal dari Thailand menurut sumber gadis ini 

hidup berjauhan dari kampung ada yang mengatakan gadis ini telah disumpah ada juga 
yang mengatakan ia penyakit sejak dari kecil ada juga yang mengatakan ia badi ular 
kerana bapa kanak-kanak ini pemburu ular.

penyebaran gambar beliau membuatkan orang ramai teruja dan ingin mengetahui secara
dekat jadi beribu-ribu manusia ke rumah beliau untuk melihat keajaiban tersebut ada 
juga yang pergi dikalangan ustaz-ustaz ada juga yang pergi demi mengaut keuntungan.

Namun pencarian tersebut hampa kerana gadis tersebut tidak ditemui.Akhirnya mereka 
telah mendapati gambar tersebut adalah palsu dan ia diedit jadi misteri selama ini gadis 
berbadan ular adalah palsu dan ia diedit.-hmetroo