Pages

Wednesday, 17 September 2014

5 BERADIK GEMBIRA BERKONGSI ISTERI

5 Beradik Gembira Berkongsi Isteri-Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.
Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.



Gambar Hiasan


Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya. Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.” Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.”

Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah. Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami.

Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun. Abang sulung Bajju berkata: “Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.”

Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India. Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliy andri: “Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.”

“Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut.

“Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.

INI LAH DIKATAKAN DOTA VS AWEK CUN MELETOP!!!


Manusia zaman sekarang lebih pentingkan harta benda daripada isteri.

Lihat sahaja contoh gambar dibawah ini...

Isteri cantik dan putih melepak depan mata pun langsung tidak dipedulikan...

Si suami lebih gemar bermain game daripada melayan isterinya yang tengah kegersangan...

beginilah jadinya bila lelaki gila game...





Tuesday, 16 September 2014

Memalukan…Pakaian Pasukan Berbasikal Wanita Paling Buruk!



PAKAIAN sukan paling buruk. Itulah ayat yang paling sesuai bagi menggambarkan pakaian pasukan berbasikal wanita Colombia sebuah acara perlumbaan di Itali.

Penggunaan warna kulit pada bahagian bawah perut sehingga atas paha nyata membuatkan pasukan itu kelihatan seperti berbogel.

Pakaian itu turut mendapat perhatian daripada para netizen yang turut menyifatkan ia sebagai kelakar dan mengejutkan.

“Saya tak rasa ia sesuatu yang seksi,” tulis seorang pengguna Twitter, JohnTHFCMorgan.

Ada juga yang tidak percaya dengan apa yang dilihat dan beranggapan gambar tersebut mungkin diubahsuai.

Apapun, ia memang memalukan!

Memalukan...Pakaian Pasukan Berbasikal Wanita Paling Buruk!

GST juga akan dikenakan keatas petrol dan diesel




Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan kepada petrol dan diesel, kata Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 September, 2014.
Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais Ishak Daud mengesahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan kepada petrol dan diesel walaupun kerajaan masih belum membuat pengumuman demikian, kata Rafizi Ramli.
Naib presiden PKR itu berkata, Ishak mendedahkan perkara berkenaan dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman minggu lalu yang juga dilaporkan akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily.
“Laporan akhbar Sin Chew Daily turut dipetik oleh laman kereta paultan.org, mengesahkan Umno Barisan Nasional (BN) akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel.

“Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno – BN akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini berkata kerajaan akan mempertimbangkan tidak mengenakan GST ke atas petrol dan diesel apabila sistem percukaian baru itu dilaksanakan pada April 2015.
Katanya, kerajaan bakal kehilangan hasil jika GST tidak dikenakan ke atas petrol dan diesel, tetapi ia dapat ditampung melalui pelan rasionalisasi subsidi.
Rafizi berkata dengan GST pada kadar 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen dan jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat GST akan meningkat RM50 sebulan.
Katanya, petrol dan diesel yang dikenakan GST akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan apabila cukai kepenggunaan itu dilaksanakan kelak.

“Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah. Saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan dengan kenaikan terus harga minyak, harga barang dan perkhidmatan bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.
“Pada ketika pegawai Jabatan Kastam dan Eksais mula mengesahkan kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia,” katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu juga dimaklumkan kerajaan akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan mengehadkan kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi.

"Saya dimaklumkan keputusan itu sudah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini," katanya.
Katanya, jika dasar begitu dilaksanakan, bebanan kenaikan harga minyak akan menjadi lebih tinggi, begitu juga dengan harga barang dan perkhidmatan.

“Saya menggesa supaya Najib mengesahkan segera harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat.

“Pada masa yang sama, saya seru rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar,” katanya. – 15 September, 2014.