Malang Berganda, Gadis Dirogolll Selepas Kemalangan Jalan Raya! -
Seorang gadis berusia 22 ditimpa nasib malang berganda apabila bukan
saja motosikalnya dilanggar, malah dia dirogollll pemandu kereta yang
melanggar motosikalnya itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, mangsa yang menetap di
Kampung Air Hitam, Changkat Jong, dalam perjalanan ke rumahnya selepas
tamat kerja.
Dalam perjalanan itu, motosikal yang ditunggang mangsa dilanggar oleh
sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki menyebabkan mangsa patah
tangan kirinya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata,
sejurus kemalangan, suspek keluar dari kenderaannya dan memapah mangsa
ke dalam keretanya sebelum merogollll gadis berkenaan.
Beliau berkata, ketika itu mangsa mendakwa berada dalam keadaan lemah, tetapi masih mampu mengingati dirinya dirogollll suspek.
Goh berkata, sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya, suspek
berpura-pura sudah jatuh cinta dengan mangsa dan ingin meneruskan
hubungan dengan lebih serius.
“Suspek memberikan nombor telefon bimbitnya kepada mangsa dan
menghantarnya pulang ke rumah. Suspek juga meminta mangsa tidak
memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya,” katanya ketika ditemui di
sini semalam.
Katanya, selepas suspek beredar dari rumah, mangsa memaklumkan dirinya
dirogollll sebelum keluarganya membuat satu laporan di Balai Polis Langkap.
Goh berkata, pasukan polis menyerbu rumah suspek di Sungai Manik sejam kemudian, namun gagal menemui suspek.
“Kami menghubungi suspek menerusi telefon bimbitnya iaitu nombor yang
diberikan mangsa dan memintanya melaporkan diri di Balai Polis Langkap.
“Suspek berusia 31 tahun itu akhirnya menyerah diri di balai polis itu
pada malam kejadian sebelum ditahan reman tujuh hari untuk siasatan
mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,”