Pages

Thursday, 4 December 2014

Wajah Pasangan Lemas di Tali Air, Cinta Mereka Hingga ke Mati


Sungai Besar : “Mereka merancang bertunang bulan ini dan berkahwin Januari depan, malah anak saya sudah memilih warna putih sebagai tema majlis,” kata Zaleha Talib mengenai anak lelaki bersama teman wanitanya yang lemas dalam tali air di Parit 9 Timur, di sini .

Anak Zaleha, Azizul Arifin, 21, dan kekasihnya, Intan Norliyana Mohammed, 18, gagal dikesan sejak malam Isnin lalu selepas keluar menaiki motosikal.

Kehilangan mereka akhirnya terjawab selepas mayat kedua-duanya ditemui jam 8 pagi semalam dan polis percaya mangsa lemas selepas motosikal Honda EX5 dinaiki mereka terbabas ketika hujan lebat malam Isnin lalu sebelum terjunam ke dalam tali air.

Zaleha berkata, kali terakhir dia menemui anaknya itu jam 4 petang Isnin lalu, arwah beria-ia menyuruhnya memasak ikan gelama goreng berlada yang menjadi kegemarannya.

“Dia rancak bercerita mengenai majlis pertunangan dan pernikahannya termasuk mahu menggunakan khemah, pakaian dan hantaran bertemakan putih,” katanya ketika ditemui semalam.
 
 
Motosikal milik pasangan ini 
Menurutnya, sejurus Mohammad Azizul keluar rumah menaiki motosikal untuk ke rumah emak saudaranya, dia terus memasak lauk kesukaan anaknya itu.


Namun, kata Zaleha, anaknya tidak pulang sehinggalah dimaklumkan mengenai penemuan dua mayat di Parit 9 Timur pagi semalam.

Menurutnya, arwah anak bongsu daripada tujuh beradik juga sudah merancang untuk mengikuti kursus perkahwinan.

“Tarikh bertunang dan kenduri kahwin masih dalam proses perbincangan antara kedua-dua pihak, namun semua itu tidak menjadi kenyataan,” katanya.

Zaleha dari Kampung Baharu Nelayan di sini berkata, anaknya memaklumkan dia mahu mengunjungi rumah kakaknya di Parit 11 bersama Intan Norliyana yang bekerja di sebuah kedai kek di Sungai Besar.
“Saya dimaklumkan arwah mengunjungi, malah sempat bermain-main dan mengucup anak saudara arwah yang masih bayi. Kedua-duanya juga sempat makan malam di situ sebelum pulang.

“Mereka pulang dalam keadaan hujan lebat dan selepas itu kami gagal mengesan mereka lalu membuat laporan polis pada jam 9.36 malam kelmarin selepas hampir 12 jam tidak pulang,” katanya. Al-fatihah Credit HM

Selepas Nora Danish, Kini Giliran Nabila Pula Dedah Aurat, Hanya Pakai Tali Bra Hitam !

Nabila ni memang tak habis-habis mencetuskan kontroversi, 
Kalau semalam beliau dikritik kerana cara pegang Hotdog disalah erti, hari ini  pula dia berselfie dengan hanya memakai bra... 
Alahai, cantiknya senyuman awak Nabila .... tapi foto ni kurang sesuai diupload di internet,
Apapun, kalau korang nak tahu, hari ni adalah hari lahir Nabila. 
Selamat hari jadi Nabila !.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu...

Foto Terkini Bayi Kembar Nurul Syuhada Nurul Ain

Screen Shot 2014-12-01 at 12.14.20 AM
Tanggal 21 September yang lalu merupakan detik yang paling dinantikan oleh pengacara, Nurul Syuhada Nurul Ain dan juga pasangannya Raja Amir Shah Raja Azwa.
Rumahtangga yang mereka bina diserikan lagi dengan kehadiran  cahaya mata kembar lelaki dan perempuan tau. Jarang-jarang kan dengar dapat kembar sepasang macamni?
bayi kembar nurul syuhada
Peminat nampaknya sangat teruja dengan kecomelan Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan yang baru sahaja berusia 2 bulan lebih ini.
Bagi mereka yang belum tahu, seorang cahaya mata mereka ini dilahirkan secara normal dan manakala seorang lagi pula dilahirkan secara pembedahan.
Ha.. rasanya lepas ni mesti peminat excited nak tengok aktiviti harian dan perkembangan kembar comel ni kan. Jadi, harapnya Nurul Syuhada rajin-rajinlah upload foto mereka ya!

'Kalau ibu anjing, saya anak anjing’



KOTA BHARU - Padah buat seorang penganggur akibat mengasari dan memaki hamun ibu sendiri, dia dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd Azren Mohd Ramly, 27, mengaku bersalah dengan sengaja memulas tangan dan menedang punggung ibunya, Saudah Yaacob, 52, dalam dua kejadian di sebuah rumah di Taman Bumi Batu 4 Jalan Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 5 petang, 26 dan 30 November lalu.

Pada pagi itu, mangsa menyuruh anaknya membeli nasi sarapan pagi, tetapi tertuduh meminta lagi duit daripada mangsa.

Mangsa berkata, tiada duit lalu tertuduh merebut duit dan ketika itu tertuduh memulas tangan hingga pengadu kesakitan.

Tertuduh memaki hamun mangsa dengan berkata “ibu beruk” dan “ibu anjing”.

Mangsa terpaksa melepaskan duit di tangannya dan tertuduh mengambilnya lalu terus tidur.

Mangsa yang kesakitan menangis dan mengadu kepada seorang lagi anaknya.

Empat hari sebelumnya, semasa mangsa pulang ke rumah dari membeli barang, tertuduh meminta duit daripada mangsa, tetapi mangsa berkata tiada duit lalu menendang di bahagian punggung mangsa dengan kuat. Tertuduh juga memijak dan memecahkan telur yang baru dibeli mangsa.

Pada prosiding itu, Majistret, Nik Habri Muhamad bertanya tertuduh adakah dia anak kandung mangsa, tertuduh kemudian menjawab, "Ya".

“Jika ibu kamu ibu beruk dan ibu anjing, jadi kamu itu apa?” tanya Nik Habri lagi.

Tertuduh kemudian menjawab, “...anak anjing”.