Acara berprestij yang amat ditunggu-tunggu saban tahun, Anugerah
Industri Muzik (AIM 2014) yang ke-21 sedang berlangsung ketika ini di
Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Seperti kebiasaan, setiap artis yang hadir akan memperagakan
fesyen-fesyen menarik yang pasti memukau orang ramai di acara karpet
merah.

Saban tahun pastinya kita tidak terlepas dari mengikuti perkembangan
majlis berprestij ini yang mengiktiraf penggiat industri muzik di
Malaysia. Untuk edisi ke 21 kali ini, Anugerah Industri Muzik (AIM)
diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Malam kemuncak ini dikendalikan oleh Zizan Razak & bekas penyampai
radio Hot FM, Faizal Ismail yang merupakan gandingan sama untuk program
Akademi Fantasia baru baru ini.
Okay kami ada permainan untuk anda dalam entri ini tetapi tidak
menjanjikan apa apa hadiah, lihat kepada galeri gaya selebriti di karpet
merah Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 21 di bawah dan beritahu kami
berapa ramai yang anda tidak kenal.
Risau kami sahaja yang semakin tertinggal dengan perkembangan mereka
dalam dunia industri ini maklumlah sibuk dengan gossip. Apa pun,
enjoice! -
Portal Rotikaya