Pages

Tuesday, 9 December 2014

3 Gambar sekitar majlis pertuangan Najwa & Idris Koh


Tahniah Najwa yang selamat menjadi tunangan kepada seorang jejaka berketurunan Cina bernama Idris Koh Keng Hui pada petang tadi di kediaman keluarganya di Sri Satria, Putrajaya.

Kami tumpang gembira dengan berita terbaru ini memandangkan Najwa merupakan penyanyi pujaan ramai peminat di serata Malaysia dan serantau.

Tahniah Najwa! Selamat bertunang, si darah manis! Najwa dah selamat ditunangkan dengan seorang jejaka berketurunan Cina, bernama Idris Koh Keng Hui.

Kredit gambar IG
@joeprcinternational
@royidris

@najeebazami

Penyanyi Najwa Mahiaddin atau nama sebenarnya, Najwa Muhyiddin telah selamat ditunangkan dengan lelaki pilihannya, Idris Koh Keng Hui, selepas solat Isyak, sebentar tadi.

Majlis pertunangan anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu telah dilangsungkan di kediaman keluarganya di Sri Satria, Putrajaya.

Najwa yang terkenal dengan lagu You've Got To Go dan Seri Mersing telah bertunang dengan salah seorang daripada ahli muzik di dalam band iringannya.
Rombongan pihak lelaki telah menghantar 3 dulang berbalas 5 daripada pihak perempuan.


Monday, 8 December 2014

Video Kuda Terbang 'Buroq' di Langit Mekah Heboh di Media Sosial.


Sebuah video yang memaparkan kuda terbang di langit Mekah tengah diperbincangkan di media sosial. Video itu dimuat naik di Youtube oleh akaun Journey 2 Jannah, 25 November lalu. Kuda yang didakwa sebagai "Al Buroq" itu khabarnya kelihatan di langit Jeddah, Makkah, Saudi Arabia.

Video itu memperlihatkan sebuah penampakkan yang menyerupai kuda yang sedang berlari mengharungi langit di tengah cuaca buruk. Menurut khabar angin yang beredar, video itu memang diambil ketika sedang berlaku hujan lebat dan petir menyambar. Pemandangan di dalam video jadi terasa semakin mencengkam kerana para saksi yang suaranya terakam di dalam video membaca ayat-ayat Al Quran.

Video itu pertama kali dimuat naik di Facebook dan terus merebak secara viral dengan cepat. Video itu terus mendapat banyak komen . Ada yangmengatakan kuda itu hanya belon terbang yang dijual di sekitar tempat kejadian, ada juga yang menganggapnya itu benar-benar tunggangan Nabi Muhammad SAW iaitu Buroq.

Menanggani feonomena itu, umat muslim tidak begitu senang kerana bentuk kuda terbang itu disamakan dengan Al Buroq. Menurut keyakinan umat muslim, Al Buroq adalah makhluk yang dianggap suci dan mempunyai kelajuan berlari yang idmungkin tertangkap mata manusia.


Peminat Bertanya, Beer Siapa Dalam Troli Sharnaaz Ahmad ???


Dari gambar ini dapat dilihat Sharnaaz Ahmad dan Hanez Zulaikha dengan troli masing-masing ketika berada di Okinawa, Jepun yang dikongsikan bersama peminat. Jelas sekali mereka ke sana untuk menjalani penggambaran drama Suamiku Encik Sotong yang memang tengah meletup sekarang ni. Namun dalam ramai-ramai tu, tentulah ada mata-mata yang peka dan istimewa dari orang lain.

Berikut adalah email yang dihantarkan kepada kami;
Assalamualaikum Oh! Media. Saya ingin bertanya mengenai satu gambar artis malaysia yang membeli-belah di Jepun dan kelihatan satu jelmaan beer di dalam troli tersebut. Beer tersebut amat terkenal di kalangan peminum beer di Jepun yang berjenama Asahi. Adakah beer itu kepunyaan artis tersebut atau...??"
Incase korang tak nampak, meh kami tolong zoom kan sikit.

Jika diamati botol tersebut, jelas sekali ianya adalah sejenis arak yang popular di Jepun bernama ASAHI seperti yang didakwa pengirim. Mungkin pengirim ni student Malaysia yang belajar di Jepun lah agaknya.

Pada kami, pelbagai kemungkinan di sini. Ada kemungkinan itu bukan pun troli mereka. Mungkin mereka tumpang bergambar sahaja. Keduanya mungkin itu troli milik mereka tapi beer tersebut mungkin salah seorang krew yang punya. Wallahualam.

Apapun amatlah bagus jika selebriti tersebut sendiri dapat memberikan sebarang maklumbalas bagi menjawab persoalan yang bermain di fikiran pengirim ini. Kami tak anggap ini tuduhan, tapi lebih kepada peminat ingin mengetahui sendiri jawapan daripada artis kesayangan mereka. Ohmedia

5 Gambar aksi Nelydia & Uqasha tonton Malaysia vs Vietnam paling memeranjatkan


Pergh... bukan main semangat lagi pelakon jelita, Nelydia Senrose memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia menentang Vietnam di Stadium Shah Alam, semalam.

Ditemani kekasih hati, Qi Razali, Uqasha dan adik-adik yang lain, beberapa gambar selfie mereka amat-amat mencuri perhatian orang ramai.

"It's not about winning or losing, it's about the spirit and atmosphere. #selamanya #harimaumalaya," begitulah semangat Nelydia Senrose yang menonton perlawanan bolesepak antara Malaysia menentang Vietnam bersama Qi Razali dan adik-beradiknya di Stadium Shah Alam, Selangor semalam.
Meskipun Malaysia tewas 2-1, namun Malaysia masih berpeluang menebus kekalahan tersebut apabila bertandang ke Vietnam nanti.
Jom layan foto-foto menarik Nelydia Senrose yang begitu bersemangat memberi sokongan di Stadium Shah Alam, Selangor.

Sumber asal : Blog Myartis