Pages

Tuesday, 3 February 2015

Bapa mangsa kelar leher dedah perangai buruk teman lelaki Nursyuhada


Semalam, kita dikejutkan dengan berita pembunuhan seorang pelajar perempuan UiTM Permatang Pauh, Nursyuhada Johari, 20, yang maut selepas lehernya dikelar teman lelaki.

Kejadian ini menggemparkan seluruh Malaysia sehingga mendapat liputan meluas di media-media massa, blog-blog dan laman sosial.

Bapa mangsa kelar, Johari yang ditemui media hari ini telah membuat pendedahan paling mengejutkan mengenai perangai buruk teman lelaki anaknya.

Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki pada Isnin pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.

Johari Hashim berkata pemuda tersebut merupakan rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.


"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya,"
katanya kepada pemberita.
Anaknya Nursyuhada, 20, yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak, Isnin.

Johari berkata namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih menganggunya.

Beliau berkata keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini.

Beliau berkata pemuda tersebut pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula.

"Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.

"Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya,"
kata Johari.

Beliau berkata bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya telah mengelar leher Nursyuhada.

Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental.

Johari berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus.

Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi Selasa - mStar.

GEMPAR!! PENEMUAN PIRAMID DALAM HUTAN DI PAHANG YANG DI KAWAL RAPI MENJADI TANDA TANYA


GEMPAR!! PENEMUAN PIRAMID DALAM HUTAN DI PAHANG YANG DI KAWAL RAPI MENJADI TANDA TANYA | Benarkah Piramid Wujud Di Malaysia????

Blog pun tak pemes sangat, so talak heran la. Ok, hari ni tergerak nak berblog sebab terbaca satu blog mengenai kewujudan piramid di Malaysia yang menarik minat aku. Aku just copy pasta je dari blog tu ek, jangan plak korang hantam aku tahyul la, itu la, ini la. Cerita dia macam ni, kat tengah-tengah hutan belantara Pahang sebuah Piramid dikatakan telah ditemui. Kini ia sedang dikawal rapi oleh Pasukan Komando. Dikhabarkan juga mereka yang pernah masuk ke dalam piramid ini, bila keluar dihinggapi penyakit misteri dan akan pulih sendiri selepas beberapa minggu...


Persoalannya, kenapa ia dikawal begitu rapi ???

Piramid telah dijumpai di beberapa buah negara di seluruh dunia iaitu Mesir, Mexico, Peru, Nubia, Malaysia, Iraq dan China. Kesemuanya memiliki struktur dan sifat yang sama. Antara keunikan piramid ini, ia membias cahaya dari reka cipta dan reka bentuk yang akan menerangi seluruh kawasan dalam piramid dengan terang dari cahaya matahari. Ini cukup menakjubkan, tetapi sapa yang bina? Ia bukan kecil...

Adakah orang Melayu membina piramid di hutan Pahang ini ???
IRAN
MESIR
CHINA
MEXICO
NUBIA
BOSNIA
IRAQ
PERU


2 Foto di atas merupakan Piramid yang ditemui di dasar laut Okinama Jepun dan juga didakwa Piramid Melayu. Ada yang mengatakan kerana terdapatnya keris di ke empat penjuru piramid tersebut (foto masih belum ditemui) dan ia dianggap masih belum kukuh kesahihannya....


PIRAMID MELAYU

Jika kisah di atas ini adalah benar, maka kita harus sedar bahawa bangsa MELAYU ini merupakan satu bangsa yang luar biasa kehebatannya. Jika tidak, masakan kita mampu menempa banyak sejarah dan peristiwa yang menyebabkan negara kita terkenal di seluruh dunia. Mengapa pula negara kita sering dicuba ganggu oleh bangsa Yahudi seperti membiaya beberapa pemimpin politik untuk merampas kerajaan. Siapakah mereka yang sebenarnya, apakah yang mereka mahukan dan siapa pula selepas Anwar Ibrahim yang mungkin telah mereka (Yahudi) tahu insan ini memiliki gen atau DNA yang hebat dari keturunan mereka (saya mendapat firasat siapa insan ini). Wallahualam dan ini sekadar cetusan fikiran saya sekadar tiba-tiba....

sumber 

Keluarga dakwa mangsa diculik, suspek bukan ke kasih mangsa

Semalam gempar diatas lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang selepas seorang penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, telah dikelar oleh teman lelakinya semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.
Menurut keluarga mangsa yang enggan dikenali lelaki tersebut telah  menculik Syuhada terlebih dahulu sebelum melarikan mangsa, dalam pada itu sahabat mangsa melalui media sosial sahkan suspek bukan kekasih mangsa.

Menurut ibu mangsa ada kawan Syuhada telah menghubunginya sebelum itu untuk memaklumkan bahawa mangsa telah dilarikan suspek berumur 25 tahun itu yang bekerja di sebagai tukang masak di Melaka itu.

Seorang ahli keluarga mangsa yang tidak mahu diknelali telah menceritkan bahawa suspek telah menaiki kereta memasuki kawasan kampus UITM Permatang Pauh sebelum memaksa mangsa naik kereta dan beredar.
“Rakan-rakan melarangnya mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh menenteramkan suspek,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, semalam.
Dalam pada itu suspek yang merupakan seorang tukang masak yang disyaki mengelar mangsa di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Suspek yang berusia 25 tahun dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.
Majistret Rosnee Mohd Radzuan, yang hadir ke balai polis berkenaan membenarkan suspek direman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Credit Siakapkeli ,Berita Harian.

Beg Sekolah Ada Gambar Lucahhh


Kalau sekali tengok memang beg sekolah atau ‘backpack’ ini nampak seperti biasa. Namun, selepas dibuka baru nampak imej sebenar yang terpapar dalam beg tersebut.
Rasanya, rekaan sebegini haruslah dipantau kerana tidak mustahil kanak-kanak akan terbeli beg tersebut dan kemudiannya melihat imej-imej yang tidak senonoh yang terkandung dalam beg itu.