Pages

Tuesday, 3 February 2015

3 Gambar : Wajah suspek pembunuh kejam pelajar IPTA tersebar

Semalam gempar diatas lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang selepas seorang penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, telah dikelar oleh teman lelakinya semasa memandu sehingga menyebabkan kematiannn.

suspek yang merupakan seorang tukang masak yang disyaki mengelarrrr mangsa di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Suspek yang berusia 25 tahun itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.
Hari ini gambar suspek yang dikatakan amat kejammmm itu berjaya dikesan oleh pelayar media sosial yang mana rata-rata antara mereka tidak boleh terima apa yang dilakukan oleh suspek yang di sifatkan amat kejammm dari binatang.
Dalam pada itu keluarga mangsa di Jitra bapa kepada pelajar malang itu menceritakan pelajar wanita yang mauttt akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di tingkatan lima.
Johari Hashim berkata, pemuda tersebut merupakan rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.
Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadahhhh.
"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.
"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya.
Semoga pembalasan yang setimpal untuk suspek diatas apa yang dilakukan nya jika didapat bersalah dan perkara ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.

(5 GAMBAR) Pekerja Dedah Perangai Dan Gelar Penyanyi Siti Nurhaliza Sebagai "Mimpi Ngeri"

#Seorang pekerja SNP telah menggelar bosnya iaitu penyanyi tersohor Malaysia, Dato Siti Nurhaliza sebagai Mimpi Ngeri di dalam contact number di telefon bimbitnya.

Ada yang #bertanya kenapa simpan nombor Siti Nurhaliza sebagai Mimpi Ngeri, adakah kerana dia seorang bos yang garang.

Namun sebenarnya, berdasarkan sumber, pekerja bernama Miela itu seorang pekerja yang rapat dengan Siti Nurhaliza dan suka bergurau dan bersenda dengan Siti Nurhaliza.

Sehinggakan mereka berdua pernah berebut bantal di dalam kereta, begitlah rapatnya hubungan mereka berdua.

klik pada gambar untuk besarkan
Jadi mungkin dia save contact number Siti Nurhaliza sebagau bahan gurauan sahaja. Bukan betul-betul mimpi ngeri pun.

klik pada gambar untuk besarkan 

Kiranya perangai merek aberdua ni gila-gila sikit dan juga mendedahkan perangai Siti Nurhaliza sebagai bos yang baik.

8 Gambar perkahwinan Shila Amzah secara senyap-senyap di China?


Terkejut beruk kami beberapa keping gambar Shila Amzah berpakaian baju pengantin yang sangat cantik. Ini menimbulkan spekulasi ramai peminatnya samada penyanyi kegemaran mereka ini sudah berkahwin secara senyap-senyap di China.

Mungkin ada yang terkejut sebaik membaca tajuk di atas. Mana tidaknya, OHBULAN! sendiri pun seakan tak percaya sebaik melihat foto Shila yang kelihatan cantik mengenakan gaun pengantin pada malam tahun baru.

Melihat kepada foto-foto yang dikongsikan, ramai tertanya-tanya tentang tujuan Shila bergaya seakan pengantin yang bersedia untuk diijabkabulkan. Adakah penyanyi ini sudah menemui pengganti cinta hatinya di negara orang?

Namun kalau anda nak tahu, Shila sebenarnya terlibat dengan persembahan di OrientalTV New Year Eve Countdown Concert yang memerlukannya berpakaian sebegitu demi mengikut tema perkahwinan yang ditetapkan.
Pada malam konsert tersebut, Shila telah menyampaikan lagu A Moment Like This dan sebuah lagu lagi berjudul HaoJiubujian merupakan persembahan duetnya bersama James dari Chinese Idol.

Menerusi video rakaman persembahan Shila, OHBULAN! percaya ramai peminat Shila yang berbangga dengan pencapaiannya hingga berjaya mencipta nama di China.

Bagi yang belum berkesempatan melihat persembahan Shila tempoh hari, di bawah ini OHBULAN! sertakan video rakaman dan foto-foto perkongsian Shila. Semoga terhibur!
Sumber asal : Portal Ohbulan
Sumber copy & paste : Blog Kalamungu







Kata-Kata Terakhir Nursyuhada Johari Sebelum Dikelar Teman Lelaki Yang Sangat Menyedihkan…

Taiping : Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le­buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan diHospital Kuala Kangsar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.

Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti….

“Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.

“Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail memberitahu, selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela­rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.

Ujarnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis…

Tambahnya, punca sebenar mangsa dikelar masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah percintaan.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya yang turut mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.

Sementara itu menurut saksi kejadian yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,
Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta…

“Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

“Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu…

Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai. AL-fatihah