Pages

Friday, 6 February 2015

Masyahallah… Inilah Padahnya Tidak Memakai Safety First Ketika Bekerja…



MUKAH: Tiga pekerja warga asing, masing-masing seorang warga Bangladesh dan dua warga India, ditemui mati dipercayai selepas terhidu gas beracun ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dalam penyedut pasir dalam sebuah tongkang di Kuala Balingian, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi tadi, Mohd Abd Kallam, 43, bersama dua rakan sekerjanya, Rama Krishnan, 20 dan Selvi Nikihil, 25, memasuki dek tongkang berkenaan tanpa sebarang peralatan keselamatan bagi menyelenggarakan peralatan menyedut pasir sebelum tiba-tiba pengsan selepas terhidu gas beracun.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufiyan Borhan ketika mengesahkan kejadian, berkata hasil siasatan awal tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga mangsa lemas akibat terhidu gas karbon monoksida atau ammonia.

“Pekerja tongkang lain menyedari mangsa lemas apabila mereka tidak memberikan maklum balas apabila dipanggil dan segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
“Anggota penyelamat terpaksa menggunakan alat penafasan dan tali untuk mengeluarkan mayat mangsa. Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada jam 3.40 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.45 petang,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.45 pagi dan jarak balai bomba ke lokasi kira-kira 174 kilometer menyebabkan pasukan penyelamat hanya tiba di lokasi kejadian pada jam 3 petang.

“Kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk tindakan selanjutnya dan ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat,” katanya.
Farhan berkata, bomba masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi memastikan dek tongkang berkenaan bebas dari gas beracun sebelum membenarkan kerja-kerja penyelenggaraan disambung semula. BHaRIAN ONLINE

Wajib Baca !!! 9 Nama Anak Syaitan Beserta Tugasnya Yang Ramai Tidak Tahu

   Kali ni kami nak berkongsi 9 Nama Anak Syaitan beserta tugasnya manalah tahu ada jugak yang belum tahu macam admin ni kan? Bila kita dah tau, boleh la kita usaha untuk tidak kalah bila digoda atau diganggu oleh mereka. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan...

1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/ raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

sumber;fb

(5 GAMBAR) Akibat Hobi PELIK lelaki Ini Dalam Hutan,Beliau Telah Menjumpai Sesuatu Yang Tersangat MENGEJUTKAN Anda Semua Apabila Melihatnya!!!



D#avid lives outside of Sy%dney, Australia and he likes to explore. But sometimes he finds disturbing items in the woods. T@engok apa yang pernah ditemui oleh lelaki nih. Ada jugak orang perangai macam ni ye. Aiyaa.. KREDIT DAIRISHARE.



17 Gambar Paling Terkini Nabilah Khan, Bekas Isteri Nedim Nazri Kekasih Nora Danish



Siapa masih ingat kontroversi hubungan Nedim Nazri dan Nora Danish yang pernah dipertikaikan peminat suatu masa dulu disebabkan ada peminat beranggapan cinta pasangan itu tidak direstui bekas isteri Nedim iaitu Nabilah Khan.

Begitupun, Nabilah menerusi akaun Instagram peribadinya memberitahu bahawa beliau telah memberi geen light kepada hubungan Nedim Nazri dan Nora Danish.

Nah.. kat SINI kami ingin kongsikan beberapa keping gambar wajah paling terkini Nabilah yang semakin cantik dan memikat hati.

Kredit penuh kepada blog beritasemasa22 yang telah berkongsi beberapa keping gambar terkini wajah sebenar Nabilah Khan, bekas isteri Nedim Nazri yang kelihatan semakin cantik dan jelita.

Untuk pengetahuan peminat, Nedim Nazri ialah kekasih kepada pelakon comel Nora Danish di mana mereka dikatakan merancang untuk berkahwin apabila tiba waktunya.

Buat korang kurang tahu mengenai latarbelakang pendidikan Nabilah Khan, dia ialah pemegang kelulusan ijazah dalam bidang undang-undang dan merupakan kawan baik kepada pelakon sensasi Lisa Surihani.

Hasil perkahwinan bekas pasangan Nabilah Khan dan Nedim Nazri, mereka dikaruniakan seorang anak lelaki yang amat comel.