Pages

Monday, 9 February 2015

GEMPAK !!! Siapa Sebenarnya Zara Shafrudin Gadis Melayu Yang Kahwin Di Gereja ???

Zara Shafruddin merupakan seorang peguam di Clayton UTZ iaitu sebuah firma guaman terkenal di Australia,,,Zara pernah mendapat  pendidikan dia College of Law (NSW), Griffith Universit dan  Jerudong International School (Brunei)...So walaupun dia dikatakan melayu, (sebab bila tengok pada nama pun kita tahu dia melayu). 
Namum dia dipercayai orang Brunei dan bukan orang Malaysia daripada maklumat-maklumat yang terdapat di internet. Daripada maklumat, tidak dinyatakan agama sebenar Zara...Namun jika dia Islam, mungkin dia sudah murtad....

Kisah Sebenar Pasangan Si Jelita Dan Tak Hensem Viral Di Laman Twitter (5 Foto)



Kalau di internet, nampak sahaja pasangan yang tidak seimbang sukatan kecantikan dan ketampanan, pasti ada yang akan bermulut jahat buat macam-macam spekulasi.


Kalau di internet, nampak sahaja pasangan yang tidak seimbang sukatan kecantikan dan ketampanan, pasti ada yang akan bermulut jahat buat macam-macam spekulasi.
Begitulah yang terjadi kepada pemegang akaun Twitter @AdielaSafiYyani yang pada pandangan penulis memang cantik.
Dalam satu tweet, dia bergambar dengan seorang lelaki yang agak kurus dan wajahnya tidaklah tampan tetapi boleh tahanlah dengan begitu mesra sekali.
Seorang pengguna Twitter lain yang kami rahsiakan akaunnya kemudian membuat tweet dengan hashtag #TweetPenuhHasadDengki mengatakan bahawa lelaki yang bergambar bersama Adiela itu adalah anak orang kaya.
“Ni mesti lelaki tu kaya, takpun lelaki anak Tan Sri, Biasalah nak harta,” kata pengguna Twitter berkenaan yang berjantina lelaki.
080215Cantik_2
Jawapan daripada Adiela amat mengejutkan dan membuatkan pengguna tweet bermulut jahat itu terkedu.
“Minta maaf, ni suami saya, dia kerja bawa lori je, bukan anak orang kaya, tak baik sebar fitnah, tak kenal jangan teka-teka je,” kata si Adiela.
080215_Cantik_3
Memang pernah kata orang, pasangan ni kena berbeza dari segi kecantikan, baru serasi. Si isteri cantik, si suami kurang hensem, si suami hensem, si isteri kurang cantik, barulah kekal, jika diizinkan Allah.
Apapun, tindakan yang dilakukan Adiela memang matang dan tidak melenting biarpun mengkritik dirinya seperti bermata duitan mengejar kekayaan dalam mencari cinta.
Sebenarnya, lelaki di Twitter tu cemburu kerana wanita sejelita Adiela sudah berkahwin dan bertemu jodoh pula dengan seorang drebar lori.. dengar cerita drebar lori pun masyukkk kan?
Di laman twitternya juga dimuatnaik beberapa keping gambar mesra Adiela dan suaminya yang memang nampak loving.
080215_Cantik_4080215Cantik_5080215Cantik_6
Semoga berbahagia kepada pasangan ini, dan kepada abang-abang lain tu, doakan sahaja mereka baik dalam melayari rumah tangga.
– MYNEWSHUB.CC

4 Gambar Ibu Jadikan Mayat Anaknya Sebagai Patung Model

Mungkin tertekan dengan kematian anak perempuannya, Pascuala telah “memumiakan” anaknya, Pascualita itu dan memakaikannya gaun pengantin yang telah siap.

Dia meletakkan “patung mannequin” Pascualita di tingkap kedai agar semua orang boleh melihat anaknya sebagai seorang pengantin.

Hari ini, Pascualita kekal berdiri di tingkap ”La Popular” di pusat bandar Chihuahua.


Walaupun ia dianggap sebagai sebuah mitos, namun ciri-ciri pada mannequin terutama pada bahagian tangan membuat orang percaya bahawa itu memang mayat Pascualita.


GILA : Mayat Dijadikan Patung Model Pakaian Pengantin

Sunday, 8 February 2015

KEGERUNAN 6 Lautan Paling Misteri Di Dunia yang wajib semua tahu

Tiada siapa yang mampu menolak hakikat bahawa laut memang indah dari kejauhan, tapi boleh jadi menakutkan sekiranya kita berdepan ombak tinggi bergulung atau bertembung dengan pusaran besar di tengah hamparannya...

Mari kita lihat misteri dan fenomena misteri di 6 lautan dibawah..

Segitiga Bermuda



Lokasi yang mendapat jolokan Segitiga Syaitan ini kerap menjadi topik perbualan dan sering dikaitkan dengan misteri kehilangan kapal terbang di laut.

Terletak di barat laut Lautan Atlantik, kawasan ini dikatakan mencecah jutaan persegi, melingkungi Kepulauan Bermuda, Puerto Rico dan Fort Lauderdale.

Nama Segitiga Bermuda mula popular ketika satu pasukan tempur yang terdiri daripada lima pengebom torpedo Angkatan Laut hilang pada 5 Disember 1945.

Hingga kini jasad 14 kru pesawat dan bangkai kapalnya tidak ditemui.

Malah, beberapa laporan turut menyebut, lebih 50 kapal dan pesawat dilaporkan hilang di wilayah berkenaan...

Begitupun, pada 1980-an, Segitiga Bermuda mula hilang rekod misterinya kerana tidak lagi ‘melahap’ apapun yang melintas di atasnya...

Namun demikian, sejumlah teori hadir mengungkap misteri kawasan itu dari segi pseudosains, paranormal hinggalah kepada penemuan UFO...

Bagaimanapun, tidak ada satu pun teori yang menjelaskan, mengapa Segitiga Bermuda berhenti melahap kapal dan pesawat...

Laut Sargasso


Ramai yang menyamakan Laut Sargasso dengan Segitiga Bermuda. Padahal perairan ini terletak di tenggara Segitiga Bermuda iaitu di Samudera Atlantik...

Ada beberapa keunikan di wilayah ini termasuk samudera bergerak mengikut arah jarum jam dan banyak rumpai laut Sargassum di dalamnya...

Selain itu, laut ini turut memiliki pusaran raksasa dengan aturannya sendiri. Suhu di dalam pusaran jauh lebih tinggi daripada bahagian luarnya.

Richard Sylvester dari University of Western Australia berpendapat, pusaran raksasa Sargasso bersifat emparan yang kemudiannya menciptakan pusaran kecil...

Pusaran kecil ini menimbulkan siklon mini di udara yang cukup kuat untuk mencelakakan sebuah pesawat kecil...

Laut Syaitan (Devil’s Sea)


Ini adalah wilayah di pasifik, sekitar Pulau Miyake iaitu kira-kira 100 kilometer dari selatan Tokyo.

Mendapat jolokan The Dragon’s Triangle, ‘saudara’ kepada Segitiga Bermuda ini tidak boleh ditemui di peta mana pun, namun pelaut memilih untuk menghindarinya.

Badai di kawasan itu dikatakan boleh muncul secara tiba-tiba dan menghilang sekelip mata.

Ikan paus, lumba-lumba, bahkan burung tidak hidup di wilayah terbabit.

Sembilan kapal hilang dalam tempoh lima tahun iaitu sekitar 1950-an. Antara yang menjadi buah mulut adalah kehilangan kapal penyelidikan Jepun, Kaiyo Maru No 5.

Laut Syaitan berada di kawasan seismik yang sangat aktif. Lantai laut bergerak secara malar dan berterusan manakala pulau volkanik muncul dan menghilang secara biasa.

Wilayah ini juga diketahui aktif dengan aktiviti siklonnya.

Tanjung Harapan

Dikenali juga sebagai Tanjung Badai, kawasan ini mempunyai sejarah menenggelamkan kapal besar dalam kurun waktu ratusan tahun.

Sebahagian besar kapal hancur kerana cuaca buruk dan dipukul ombak bergulung.

Golongan ilmuwan menyebutnya sebagai gelombang soliter yang tingginya boleh mencapai sehingga 30 meter.

Gelombang raksasa itu turut menghasilkan rongga besar yang boleh menelan apa saja objek di atasnya.

Timur Lautan Hindi dan Teluk Parsi


Kawasan ini dikenali dengan fenomena yang sangat mengagumkan dan misteri berikutan wujud lingkaran cahaya raksasa yang berputar-putar di permukaan air.

Seorang pelaut Jerman, Kurt Kahle percaya, fenomena itu adalah akibat daripada gempa bawah laut yang menimbulkan pendaran plankton, sekali gus mewujudkan gerakan seperti putaran roda.

Bagaimanapun, hipotesis itu menerima banyak kritikan kerana gagal menjelaskan transformasi lingkaran cahaya secara logik.

Tambahan pula, sains moden tidak mampu menjelaskan bentuk lingkaran sempurna objek berkenaan.

Pusaran air (Maelstrom)

Meskipun tidak sehebat pusaran air di Laut Sargasso, namun pelaut sedar kehadiran fenomena menakjubkan itu.

Pusaran air terbabit terjadi dua kali sehari di bahagian barat laut Laut Norway dan perkataan ‘Maelstrom’ itu sendiri dipopularkan oleh Edgar Alan Poe.

Maelstrom adalah air yang berputar kuat dan besar. Permukaan air daripada pusaran lebih rendah puluhan meter dari permukaan air laut.

Kekuatannya mencecah puluhan kali ganda berbanding arus biasa. Apa yang anehnya, pusaran ini berubah arah berlawanan setiap tiga hingga empat bulan.

Keadaan ini boleh terjadi di mana pun termasuk Segitiga Bermuda. Diyakini, pusaran berputar berlawanan arah jarum jam di belahan bumi utara dan mengikut jarum jam di bahagian bumi selatan.

Sumber : http://www.sentiasapanas.com