Pages

Tuesday, 10 February 2015

Rintihan sedih isteri Saiful Bukhari selepas Anwar Ibrahim dipenjara 5 tahun


Ramai sedia maklum, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan bersalah hari ini atas kesalahan melihat bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

 Inilah luahan sayu isteri Saiful Bukhari selepas Anwar Ibrahim dipenjara 5 tahun.

“Sedih suami saya maka sedihlah saya. Gembira suami saya begitu juga saya. Syukur dakwaan suami saya did#engar dan diadili sewajarnya.

“Yang pasti, saya lega apabila Mahkamah Persekutuan mengesahkan dakwaan suami saya itu benar dan beliau seorang saksi 'credible'.



“Perjalanan kami masih jauh. Wala#upun ada kesukaran dalam kami mencari rezeki, berurusan dengan orang, kami percaya Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Apa yang penting kini adalah untuk kami ke hadapan meneruskan hidup.

“Terima kasih kepada seluruh keluarga kami, sahabat, rakan media, sahabat blogger, rakyat Malaysia yang ikhlas menyokong perjuangan suami saya Saiful Bukhari Azlan, Allah sahaja mampu membalasnya.”


Daripada Facebook Sue Megat De#raman
Sumber asal : Aans1

Akhirnya Tabiat Pelik Seorang Gadis 18 Tahun Terbongkar Dan Mengejutkan Orang Ramai !!! Apa Yang Berlaku?


Inilah padahnya mempunyai tabiat pelik iaitu mengunyah rambut dan menelannya... seorang gadis telah menjalani pembedahan rumit untuk mengeluarkan gumpalan rambut seberat 4.1 kilogram di dalam perutnya...

Batken (Kyrgyzstan): Seorang gadis berusia 18 tahun menjalani prosedur perubatan rumit untuk membuang gumpalan rambut seberat 4.1 kilogram dari dalam perutnya...

Ayperi Alekseeva dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas mengadu sakit perut hingga tidak boleh menelan makanan dan sukar untuk minum...

Ujian pengimbasan sinar-X menunjukkan terdapat gumpalan rambut tersekat di dalam perutnya yang memerlukan dia menjalani pembedahan secepat mungkin...

Pakar bedah di hospital Bishkek, Profesor Bahadir Bebezov berkata gumpalan rambut di dalam perut Ayperi itu terbentuk akibat kegemarannya mengutip rambut yang digugur di permaidani sebelum memakannya. Dia juga mempunyai tabiat untuk mengunyah rambutnya sendiri...

“Keadaan perutnya begitu teruk. Ia membengkak kerana gumpulan rambutnya. Terdapat juga bulu permaidani bersama-sama rambutnya apabila kami mengeluarkan dari perutnya,” kata Bahadir...

Selepas menjalani pembedahan itu, Ayperi berjanji untuk menghentikan tabiat buruk itu...


Foto :
GUMPALAN rambut seberat 4.1kg yang dikeluarkan dari perut gadis berusia 18 tahun...

Dia bukan satu-satunya orang yang terpaksa menanggung padah kerana mempunyai tabiat pelik...

Pada Oktober 2012, doktor di Indore, India membuang gumpalan rambut seberat dua kilogram dari perut dan usus kecil seorang wanita berusia 19 tahun...

Seperti Ayperi, dia juga suka memakan rambut, tetapi dicampur dengan kapur... - AFP

Sumber : braderbeger.com

Wow!! Foto Terkini Raja Ema Bergaya Rambut Blonde

Raja Ema telah berkongsi gambar dirinya dengan fesyen dan gaya terkini berambut blonde.

Hampir 10 keping gambar dimuatnaik pelakon ini di laman sosial instagram miliknya.

Gambar tersebut di kongsi Raja Ema untuk mempromosikan koleksi baju tidur jenamanya sendiri iaitu ‘Raja Ema Sleep Wear Collection 2015’.

Jom lihat beberapa gambar Raja Ema berambut blonde.










Fazura Terima Jika Berjodoh Dengan Taufik Batisah





Jika sebelum ini, Fazura sendiri mengakui bahawa dia memang suka berkawan dengan Taufik Batisah malah ada juga usikan nakal gambar perbualan mereka yang mengatakan mereka sudah bertunang. Dan dalam video temubual bersama HLIVE!, salahkah jika kami katakan mereka seakan serasi bersama?

Menurut Fazura, mungkin dalam nada bergurau atau mungkin serius, mengakui, jika sudah jodoh mereka, dia bersedia menerimanya.
“Saya terima kalau jodoh saya. Taufik seorang yang smart, dan kelemahan saya ialah seorang smart, well-behaved, yang ada karisma,” jawab Fazura jujur.
Manakala bagi Taufik, kali terakhir dia berjumpa Fazura adalah ketika tahun 2004 dan mengatakan mereka sememangnya sudah lama berkawan baik.
“Bila kita jumpa balik, kita macam ambik gambar selfie-selfie gitu. Benda-benda yang sederhana. Mungkin orang suka nak kaitkanlah,” menurut penyanyi lagu Awak Kat Mana tersebut.
Kami tidak mahu cakap banyak sebab jika anda lihat sendiri video tersebut, anda boleh tafsir sendiri senyuman serta reaksi Fazura yang bagaikan sangat selesa apabila bersama dengan Taufik. Fazura jangan tunggu lama-lama sangat, peminat pun ramai sudah setuju. Eh. (rtky/syfq)