Inilah padahnya mempunyai tabiat pelik iaitu mengunyah rambut dan
menelannya... seorang gadis telah menjalani pembedahan rumit untuk
mengeluarkan gumpalan rambut seberat 4.1 kilogram di dalam perutnya...
Batken (Kyrgyzstan): Seorang gadis berusia 18 tahun menjalani prosedur
perubatan rumit untuk membuang gumpalan rambut seberat 4.1 kilogram dari
dalam perutnya...
Ayperi Alekseeva dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas mengadu
sakit perut hingga tidak boleh menelan makanan dan sukar untuk minum...
Ujian pengimbasan sinar-X menunjukkan terdapat gumpalan rambut tersekat
di dalam perutnya yang memerlukan dia menjalani pembedahan secepat
mungkin...
Pakar bedah di hospital Bishkek, Profesor Bahadir Bebezov berkata
gumpalan rambut di dalam perut Ayperi itu terbentuk akibat kegemarannya
mengutip rambut yang digugur di permaidani sebelum memakannya. Dia juga
mempunyai tabiat untuk mengunyah rambutnya sendiri...
“Keadaan perutnya begitu teruk. Ia membengkak kerana gumpulan rambutnya.
Terdapat juga bulu permaidani bersama-sama rambutnya apabila kami
mengeluarkan dari perutnya,” kata Bahadir...
Selepas menjalani pembedahan itu, Ayperi berjanji untuk menghentikan tabiat buruk itu...
Foto :
GUMPALAN rambut seberat 4.1kg yang dikeluarkan dari perut gadis berusia 18 tahun...
Dia bukan satu-satunya orang yang terpaksa menanggung padah kerana mempunyai tabiat pelik...
Pada Oktober 2012, doktor di Indore, India membuang gumpalan rambut
seberat dua kilogram dari perut dan usus kecil seorang wanita berusia 19
tahun...
Seperti Ayperi, dia juga suka memakan rambut, tetapi dicampur dengan kapur... - AFP
Sumber : braderbeger.com