Pengakuan
oleh Aina (bukan nama sebenar) bagaikan cerita yang hanya dilihat dalam
drama atau filem, namun hakikatnya ini benar-benar berlaku.
Sudah
lima tahun kisah berlalu iaitu ketika dia masih menuntut di sebuah
pusat pengajian tinggi, tetapi tetap segar dalam kenangan dan menjadi
pengajaran seumur hidup.
Memulakan bicara, Aina berkata, ketika
semester pertama di universiti, dia berasakan kehidupannya begitu
berubah.Masakan tidak, daripada anak manja tunggal yang tidak pernah
berenggang dengan ibunya, dia kini perlu hidup berdikari.
Sememangnya
sudah menjadi tabiat anak manja, dia memang kekok untuk bergaul dengan
teman satu bilik yang seramai lapan orang di kolej.
Sikapnya yang susah mesra membuatkan ramai tidak mahu mendekatinya, lalu menjadikan dia semakin tidak betah menjadi mahasiswi.
Sebulan
di tempat baru membuatkan saya rasa sangat sunyi. Saya tidak seronok
walau ramai kawan. Setiap minggu saya akan balik ke rumah ibu di Kuala
Lumpur, walau banyak belanja saya tidak kisah asal dapat menghabiskan
masa dalam rumah dan selesa di bilik sendiri.
Adakalanya ibu memarahi saya kerana kerap pulang ke rumah, sangkanya saya langsung tidak mahu belajar.
Saya
sebenarnya memang mahu belajar cuma saya tidak betah berjauhan dari ibu
kerana sejak dari usia dua tahun kami tinggal berdua sahaja iaitu
selepas ibu berpisah dengan ayah,†ujarnya.
Dek kerana takut
dimarahi ibunya lagi, Aina mencari sebab untuk dia gembira berada
kira-kira 500 kilometer jauh dari rumah dan ibunya.
€œKalau hari
kuliah saya tak rasa begitu sunyi, dilema saya ialah ketika hujung
minggu kerana begitu bosan duduk di asrama. Kawan-kawan ada yang ajak
berjalan-jalan tapi hati saya tidak begitu suka walaupun sekali-sekala
saya ikutkan juga ajakan mereka,†imbasnya.
Mengenali Azam
Pada satu hujung minggu, dia cuba mengulangkaji pelajaran di perpustakaan universitinya.
Ketika itu, matanya bertentang dengan seorang pelajar senior yang bagi Aina mempunyai wajah cukup tampan.
Dia memberanikan diri memberi senyuman dan dibalas mesra oleh pelajar senior tersebut.
€œAzam (juga bukan nama sebenar) merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal di universiti yang sama.
Sejak
berbalas senyuman, saya teringin mengenali Azam dengan lebih dekat.
Selepas beberapa kali berjumpa di perpustakaan kami akhirnya bertukar
nombor dan sering membalas SMS (khidmat pesanan ringkas).
€œBanyak
persamaan antara kami, makanan hobi dan banyak lagi kegemaran kami yang
sama. Saya sungguh selesa dengan Azam dan sejak berkenalan dengannya
saya tidak pernah lagi rasa kesunyian.
Hari demi hari perhubungan kami semakin rapat dan berasa selamat ketika bersama dia, katanya.
Azam
merupakan pelajar yang bijak dengan keputusan yang sentiasa
memberangsangkan setiap semester. Jadi tidak hairanlah apabila dia telah
ditawarkan pekerjaan oleh sebuah syarikat swasta beberapa bulan sebelum
menamatkan pengajian lagi.
Kami begitu teruja kerana apabila
Azam mula bekerja dia berjanji akan melamar saya. Dia akan membawa saya
berjumpa dengan keluarganya di Terengganu dan saya juga akan
memperkenalkan Azam kepada ibu saya di Kuala Lumpur.
Saya pasti ibu akan menerima Azam kerana saya kenal dengan ibu saya yang memang mahu melihat saya bahagia, jelasnya.
Pada
satu cuti semester, Aina mengajak Azam untuk ke rumah ibunya dan salam
perkenalan tersebut disambut dengan hati yang sungguh gembira.
Seharian
kami menghabiskan masa di rumah, kami makan, menonton televisyen dan
membelek album lama bersama ibu. Tiba pada satu keping gambar lama, Azam
tiba-tiba berubah wajah. Terus ditanya siapakah dalam gambar tersebut.
Ibu menerangkan itu adalah keluarga asal saya dengan bapa dan seorang
abang bernama Amar.
Azam seolah kenal benar dengan wajah bapa
dalam gambar tersebut kerana seingat Azam, bapanya juga mempunyai #foto
yang sama yang dibingkaikan di dalam bilik bacaan keluarganya.
€œSelepas
didesak barulah ibu bercerita. Rupanya ibu adalah isteri kedua ayah dan
disebabkan jodoh tidak panjang mereka bercerai. Ketika itu mereka
mempunyai dua anak iaitu saya dan abang yang beza usia cuma dua tahun.
Selepas bercerai, mereka bersetuju ayah ambil anak lelaki manakala ibu
ambil anak perempuan iaitu saya.
Menurut ibu, ayah membawa abang
pindah ke Terengganu bersama keluarga isteri pertama yang telah
mempunyai tiga anak dan selepas peristiwa itu mereka terputus hubungan
hingga saat ini.
Selama ini saya memang tahu saya mempunyai abang
tetapi saya tidak pernah bertanya mengenainya, mungkin sudah terlalu
selesa hidup berdua dengan ibu.
Tanpa menunggu sesaat, Azam
memberitahu saya bahawa itulah juga ayahnya dan Amar itulah juga
adiknya. Ya benar, kami mempunyai bapa yang sama, dia anak sulong ayah
bersama isteri pertama. Berderau darah saya dan reaksi ibu juga sama.
Petang yang begitu ceria tiba-tiba bertukar menjadi dingin dan
tegang,†imbas Aina.
Cuba berkawan
Usai cuti semester, Aina
kembali ke kampus meneruskan pelajarannya seperti biasa biarpun perasaan
berkecamuk antara lega bertemu saudara sedarahnya dengan rasa sedih
kehilangan cinta hatinya.
Azam pula sudah mula bekerja dan sejak
peristiwa itu mereka cuba berubah menjadi seperti adik-beradik atau
sekurang-kurangnya kawan biasa.
Malangnya saya terasa begitu
kekok, bayangkan daripada pasangan kekasih yang bakal mendirikan rumah
tangga, kini kami kena akur bahawa kami adik-beradik sama bapa berlainan
ibu.
€œWalau saya cuba beberapa kali untuk menganggap Azam
sebagai abang tapi saya akui memang sangat sukar. Akhirnya saya
mengambil keputusan untuk tidak menghubungi Azam lagi. Kebetulan Azam
juga ditugaskan ke luar negara selama dua tahun, jadi semakin mudah bagi
saya melupakannya sebagai kekasih hati.
Saya juga tidak pernah
menceritakan hal ini pada sesiapa. Hanya kami bertiga sahaja yang tahu.
Namun hikmah selepas daripada kejadian itu, saya dapat bertemu semula
dengan ayah dan abang sulong saya yang terpisah sekian lama,†katanya
yang kini telah berumah tangga dengan rakan sepejabat dan baharu sahaja
menimang cahaya mata berusia dua bulan.