Pages

Thursday, 12 February 2015

WOW!!! Jom tengok Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi

Jika sebelum ini kita hanya mendengar pemain-pemain bola sepak di liga luar negara seperti Liga Perdana Inggeris, La Lagi, Bundesliga dan banyak lagi menerima gaji yang lumayan sehingga ratusan ribu seminggu...



Namun, kini liga bola sepak tempatan Liga Malaysia antaranya Liga Super dan Liga Perdana turut mengikut jejak langkah liga-liga di luar negara apabila ramai pemain bola sepak tempatan kini mempunyai gaji yang tinggi sehingga ratusan ribu sebulan...

Berikutan adalah pemain bola sepak tempatan yang mendapat gaji tinggi. (Sila ambil perhatian bahawa ia adalah anggaran kasar bulanan gaji pemain, bukan jumlah sebenar)...

Safee Sali, JDT FC (RM120,000)

Safe Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain bola sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia. Safee telah menyertai pasukan itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106 ribu) dan menerima gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470. Namun pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan....

Amri Yahya, JDT FC (RM85,000)

Amri Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun dan sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200 kali dan menjaringkan sebanyak 71 gol. Ini menjadikan Amri salah seorang pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan. Amri, 34, kemudian telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darut Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan....

Norshahrul Idlan Talaha, ATM FC (RM80,000)

Pemain kelahiran Besut, Terengganu ini merupakan seorang penyerang kebangsaan yang cukup berbisa ketika bermain bersama pasukan Kelantan FA dan juga pasukan Malaysia sehingga pasukan kebangsaan berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Pada tahun 2013 pemain berusia 28 tahun itu telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan (JDT) selepas menerima tawaran lumayan iaitu menerima gaji sekitar RM80,000 sebulan. Bagaimanapun, Norshahrul gagal memberi impak besar terhadap pasukannya apabila hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam 35 penampilannya bersama JDT. Dia kini bakal beraksi dengan pasukan baru iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM FC)...

Indra Putra Mahayuddin, Felda United FC (RM75,000)

Pemain berusia 33 tahun ini merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilihat sebagai pemain serba boleh. Dia yang bermain sebagai penyerang dan di bahagaian sayap pernah bermain untuk banyak negeri dan kelab antaranya Perak FA, Pahang FA, Selangor FA, Kelantan FA, T-Team dan kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan...

Baddrol Bakhtiar, Kedah FA (RM65,000)

Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan 'senior' Kedah dan kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker) dan sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan. Walaupun tidak bermain di posisi penyerang bersama Kedah, namun 76 gol yang dijaringkan daripada 160 penampilannya cukup menggambarkan kehebatan pemain berusia 27 tahun ini yang dikatakan menerima gaji sekitar RM65,000 sebulan... .

Sumber : tupai.com.my

Wednesday, 11 February 2015

Akhirnya pihak media dedah perangai sebenar Jep Sepahtu


Pelawak dari kumpulan Sepahtu, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin semakin popular sejak akhir-akhir ini lantaran kontroversi mereka yang dikaitkan dengan kumpulan Zero.

Di sebalik perwatakan Jep Sepahtu yang suka berjenaka dengan dialognya, tidak ramai yang tahu sebenarnya sikap sebenar beliau.

Pelawak, Jep (Sepahtu) dilaporkan pernah menolak tawaran lumayan dari sebuah stesen televisyen yang ingim mengambilnya sebagai artis eksklusif kerana tidak mudah terpedaya dengan bayaran yang lumayan.

Nama sebenar, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 30, berkata, dia berkecimpung dalam industri seni tanah air bukan kerana wang semata-mata.

"Saya pernah ditawarkan oleh sebuah stesen televisyen dengan nilai yang sangat lumayan tahun lalu tetapi saya tidak tandatangan pun perjanjian itu.

"Keutamaan saya bukan duit dan saya lebih selesa buat perkara yang saya minat sahaja bukan apa yang orang lain minat. Dengan penolakan tawaran itu mungkin ia beri rezeki pada orang lain pula," ujarnya.
Jep kini sudah mampu hidup selesa bersama dengan keluarganya. 
Menurut Jep, dia tidak boleh hidup dalam keadaan tertekan terutamanya apabila timbul pelbagai berita buruk yang mengaitkan dirinya.
"Hidup saya simple, saya selalu berada di kampung saya di Kulai (Johor) dan kalau ada kerja sahaja saya berada di Puchong, itu pun saya hanya berada di rumah sahaja.

"Kawan betul-betul rapat dengan saya pun tak ramai hanya Shuib dan Angah (Raja Lawak) sahaja, yang lain-lain itu hanya kawan biasa," katanya.
Dalam pada masa yang sama, Jep juga mendedahkan sesetengah gosip buruk yang mengaitkan dirinya juga datang dari kalangan orang dalam industri yang sama, namun Jep meminta agar mereka bersabar.
"Kalau ada yang cemburu dan buat cerita buruk tentang saya, saya nasihatkan agar mereka bersabar. Hidup ini macam roda dan saya akan turun sendiri, tidak perlu jolok-jolok saya," katanya.
Sumber asal : Thehypemedia

MASYAHALLAH !!! Pelik Betul Sesat Ke Tak Diorang Nih ?

safe_image


Dunia nak kiamat.b_d_h betul semua perempuan tu ikut apa yang pak shikh ajaran sesat cakap.

Luahan Sedih Hati Si Gadis Yang Bercinta Dengan Abangnya Sendiri Di Universiti..!!



Pengakuan oleh Aina (bukan nama sebenar) bagaikan cerita yang hanya dilihat dalam drama atau filem, namun hakikatnya ini benar-benar berlaku.

Sudah lima tahun kisah berlalu iaitu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi, tetapi tetap segar dalam kenangan dan menjadi pengajaran seumur hidup.

Memulakan bicara, Aina berkata, ketika semester pertama di universiti, dia berasakan kehidupannya begitu berubah.Masakan tidak, daripada anak manja tunggal yang tidak pernah berenggang dengan ibunya, dia kini perlu hidup berdikari.

Sememangnya sudah menjadi tabiat anak manja, dia memang kekok untuk bergaul dengan teman satu bilik yang seramai lapan orang di kolej.

Sikapnya yang susah mesra membuatkan ramai tidak mahu mendekatinya, lalu menjadikan dia semakin tidak betah menjadi mahasiswi.

Sebulan di tempat baru membuatkan saya rasa sangat sunyi. Saya tidak seronok walau ramai kawan. Setiap minggu saya akan balik ke rumah ibu di Kuala Lumpur, walau banyak belanja saya tidak kisah asal dapat menghabiskan masa dalam rumah dan selesa di bilik sendiri.

Adakalanya ibu memarahi saya kerana kerap pulang ke rumah, sangkanya saya langsung tidak mahu belajar.
Saya sebenarnya memang mahu belajar cuma saya tidak betah berjauhan dari ibu kerana sejak dari usia dua tahun kami tinggal berdua sahaja iaitu selepas ibu berpisah dengan ayah,” ujarnya.

Dek kerana takut dimarahi ibunya lagi, Aina mencari sebab untuk dia gembira berada kira-kira 500 kilometer jauh dari rumah dan ibunya.

€œKalau hari kuliah saya tak rasa begitu sunyi, dilema saya ialah ketika hujung minggu kerana begitu bosan duduk di asrama. Kawan-kawan ada yang ajak berjalan-jalan tapi hati saya tidak begitu suka walaupun sekali-sekala saya ikutkan juga ajakan mereka,” imbasnya.

Mengenali Azam
Pada satu hujung minggu, dia cuba mengulangkaji pelajaran di perpustakaan universitinya.
Ketika itu, matanya bertentang dengan seorang pelajar senior yang bagi Aina mempunyai wajah cukup tampan.

Dia memberanikan diri memberi senyuman dan dibalas mesra oleh pelajar senior tersebut.
€œAzam (juga bukan nama sebenar) merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal di universiti yang sama.

Sejak berbalas senyuman, saya teringin mengenali Azam dengan lebih dekat. Selepas beberapa kali berjumpa di perpustakaan kami akhirnya bertukar nombor dan sering membalas SMS (khidmat pesanan ringkas).

€œBanyak persamaan antara kami, makanan hobi dan banyak lagi kegemaran kami yang sama. Saya sungguh selesa dengan Azam dan sejak berkenalan dengannya saya tidak pernah lagi rasa kesunyian.

Hari demi hari perhubungan kami semakin rapat dan berasa selamat ketika bersama dia, katanya.
Azam merupakan pelajar yang bijak dengan keputusan yang sentiasa memberangsangkan setiap semester. Jadi tidak hairanlah apabila dia telah ditawarkan pekerjaan oleh sebuah syarikat swasta beberapa bulan sebelum menamatkan pengajian lagi.

Kami begitu teruja kerana apabila Azam mula bekerja dia berjanji akan melamar saya. Dia akan membawa saya berjumpa dengan keluarganya di Terengganu dan saya juga akan memperkenalkan Azam kepada ibu saya di Kuala Lumpur.

Saya pasti ibu akan menerima Azam kerana saya kenal dengan ibu saya yang memang mahu melihat saya bahagia, jelasnya.

Pada satu cuti semester, Aina mengajak Azam untuk ke rumah ibunya dan salam perkenalan tersebut disambut dengan hati yang sungguh gembira.

Seharian kami menghabiskan masa di rumah, kami makan, menonton televisyen dan membelek album lama bersama ibu. Tiba pada satu keping gambar lama, Azam tiba-tiba berubah wajah. Terus ditanya siapakah dalam gambar tersebut. Ibu menerangkan itu adalah keluarga asal saya dengan bapa dan seorang abang bernama Amar.

Azam seolah kenal benar dengan wajah bapa dalam gambar tersebut kerana seingat Azam, bapanya juga mempunyai #foto yang sama yang dibingkaikan di dalam bilik bacaan keluarganya.

€œSelepas didesak barulah ibu bercerita. Rupanya ibu adalah isteri kedua ayah dan disebabkan jodoh tidak panjang mereka bercerai. Ketika itu mereka mempunyai dua anak iaitu saya dan abang yang beza usia cuma dua tahun. Selepas bercerai, mereka bersetuju ayah ambil anak lelaki manakala ibu ambil anak perempuan iaitu saya.

Menurut ibu, ayah membawa abang pindah ke Terengganu bersama keluarga isteri pertama yang telah mempunyai tiga anak dan selepas peristiwa itu mereka terputus hubungan hingga saat ini.

Selama ini saya memang tahu saya mempunyai abang tetapi saya tidak pernah bertanya mengenainya, mungkin sudah terlalu selesa hidup berdua dengan ibu.

Tanpa menunggu sesaat, Azam memberitahu saya bahawa itulah juga ayahnya dan Amar itulah juga adiknya. Ya benar, kami mempunyai bapa yang sama, dia anak sulong ayah bersama isteri pertama. Berderau darah saya dan reaksi ibu juga sama. Petang yang begitu ceria tiba-tiba bertukar menjadi dingin dan tegang,” imbas Aina.

Cuba berkawan
Usai cuti semester, Aina kembali ke kampus meneruskan pelajarannya seperti biasa biarpun perasaan berkecamuk antara lega bertemu saudara sedarahnya dengan rasa sedih kehilangan cinta hatinya.
Azam pula sudah mula bekerja dan sejak peristiwa itu mereka cuba berubah menjadi seperti adik-beradik atau sekurang-kurangnya kawan biasa.

Malangnya saya terasa begitu kekok, bayangkan daripada pasangan kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga, kini kami kena akur bahawa kami adik-beradik sama bapa berlainan ibu.

€œWalau saya cuba beberapa kali untuk menganggap Azam sebagai abang tapi saya akui memang sangat sukar. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak menghubungi Azam lagi. Kebetulan Azam juga ditugaskan ke luar negara selama dua tahun, jadi semakin mudah bagi saya melupakannya sebagai kekasih hati.

Saya juga tidak pernah menceritakan hal ini pada sesiapa. Hanya kami bertiga sahaja yang tahu. Namun hikmah selepas daripada kejadian itu, saya dapat bertemu semula dengan ayah dan abang sulong saya yang terpisah sekian lama,” katanya yang kini telah berumah tangga dengan rakan sepejabat dan baharu sahaja menimang cahaya mata berusia dua bulan.