Pages

Friday, 6 March 2015

4 Foto Gedik Ayda Jebat Didakwa Perampas Suami Dan Kekasih Orang



Susahnya jadi Ayda Jebat. Baru je nak meniti zaman kegemilangan, dah banyak kontroversi yang timbul.

Terdahulu, ketika dia berlakon disamping Zul Ariffin dalam drama Rindu Awak 200%, dia dituduh sengaja nak merampas Zul dari kekasihnya, Gayatri.



Terkini, tiba-tiba Ayda dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta rakan artis. Dah kenapa?

Memetik laporan Harian Metro, Ayda menegaskan dia tidak menghalang jika ada rakan artis yang nak berkawan tetapi dia bukan perampas seperti yang diperkatakan.

"Saya peramah dan kepada mereka yang tidak kenal saya dengan rapat, mereka kata saya ‘over’ dan mengada-ngada.

Barangkali kerana sikap itu orang senang dengan saya. Kenapa saya nak halang jika mereka nak berkawan dengan saya? Namun, saya bukan perampas atau ingin menggoda suami atau kekasih orang."





Hmm, kalau ada rakan artis yang bimbang dengan Ayda Jebat, ni baca pesanan Ayda kat sini:

"Kepada wanita di luar sana termasuk rakan artis, jangan bimbang, saya bukan pengacau jauh sekali untuk mengganggu hubungan cinta mereka. Ada banyak lagi cita-cita saya belum tercapai."


Thursday, 5 March 2015

Mesej Sindiran Pedas Emma Maembong Buat Zizan Razak




#Satu ketika dahulu, satu Malaysia kecoh apabila Emma Maembong mengesahkan putusnya hubungan percintaan dirinya dengan Zizan Razak.

<Namun> tidak lama kemudian, Zizan dengan penuh machonya berjaya memujuk Emma dan hubungan mereka kembali pulih.


Nampak macam hubungan cinta masa sekolah pulak kan? Sweet sangat. Teringat kenangan cinta masa sekolah dulu. Hehehe.

Terbaru, Emma telah memuatnaik beberapa gambar yang membayangkan keberantakan hubungannya dengan Zizan.

Gambar yang berisi lirik lagu kumpulan Geisha itu seolah-olah menceritakan perbuatan Zizan yang berulangkali menyakiti hati Emma dan mungkin Zizan bukan cinta sejati buatnya.
Adakah ini susulan gosip hubungan Zizan dengan seorang pegawai stesen Astro?

Harap-harap ini semua salah faham. Kesian Zizan nak kena pujuk Emma sekali lagi. Kesian juga kat Emma kerana asyik merajuk. Penat tau merajuk nie.

Tukang pujuk penat, tukang rajuk pun penat. Diharap Emma tidak merajuk lama sangat. Nanti kang kecoh satu Malaysia lagi sekali. Heheh. Apa kata anda?

SUMBER





PILU!!! Kisah Sebenar Disebalik Penceraian Diana Rafar Dan Zamarul? - 6 Gambar





<Keputusan> yang diambil Diana Rafar dan Zamarul Hisham untuk #berpisah merupakan satu kejutan malah dalam masa yang sama membuatkan peminat mereka tertanya-tanya tentang cerita di sebalik perpisahan itu..


Kisah Sebenar Disebalik Penceraian Diana Rafar Dan Zamarul?




Setelah Zamarul Hisham tampil membuat penjelasan, > kini tiba giliran Diana Rafar menerangkan situasi beliau....

Menurut Diana, perpisahan mereka ketika ini merupakan salah satu jalan untuk muhasabah diri sendiri ke arah yang lebih baik selepas ini....

Kami di MelastikBulan Network turut simpati dengan apa yang berlaku.. semoga Diana Rafar tabah dalam meharungi dugaan ini..






5 Gambar Peribadi Nora Danish & Nedim Nazri Bercuti Di Cameron Highland Tersebar?



Semalam kami bawakan kepada korang semua koleksi foto Fasha Sandha sekeluarga bersama-sama anak Nora Danish, Rayqal bercuti di Bangkok.


Rupa-rupanya Nora Danish pun sedang bercuti di Cameron Highland bersama kekasih hati, Nedim Nazri ditemani oleh Dimorian Crew. Seronoknya lah bercuti memanjang…

Kalau tak salah kami, pemandangan cantik ni adalah daripada The Smokehouse Hotel yang famous di Cameron Highland tu. Boleh tahan juga harga di situ tau.





Bila kami tengok gambar ni, maka kami memang yakin bahawa ini adalah ‘The Smokehouse Hotel’. Mana taknya, rekaan hotel ni memang unik dan lain daripada yang lain.