Pages

Monday, 9 March 2015

Gambar pertama bayi perempuan Diana Amir didedahkan


Tahniah diucapkan kepada pelakon Diana Amir yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung kira-kira jam 5.45 pagi semalam (Ahad).

Perkhabaran Diana yang melahirkan seorang bayi perempuan ini telah dikongsi bersama peminatnya menerusi rancangan hiburan popular, Melodi yang ditayangkan pada tengah hari semalam.

Malah Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim turut berkongsi berita gembira itu melalui sekeping foto yang dimuat naik melalui akaun Instagramnya iaitu @dianaamir awal pagi tadi.

Tahniah diucapkan kepada pelakon Diana Amir yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung kira-kira jam 5.45 pagi semalam (Ahad).

Perkhabaran Diana yang melahirkan seorang bayi perempuan ini telah dikongsi bersama peminatnya menerusi rancangan hiburan popular, Melodi yang ditayangkan pada tengah hari semalam.

Malah Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim turut berkongsi berita gembira itu melalui sekeping foto yang dimuat naik melalui akaun Instagramnya iaitu @dianaamir awal pagi tadi.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Diana, bayi perempuan itu masih belum lagi diberikan nama dan dia juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatannya.

“Alhamdulillah segalanya dengan izin dan kuasa Allah… Allahuakhbar! Thanks semua yang mendoakan keselamatan sy and baby girl, blm bg nama lg, I love u.” tulisnya.

Diana dan suami, Habib Bullah A. Rahman telah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2013 dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Diana dan suami. Semoga kehadiran orang baru ini akan menceriakan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

Sumber : Murai

PILU Dan SEDIH!!! Luahan Afdlin Shauki Di Atas Pemergian Allahyarham Harun Salim Bachik




PILU Dan Hiba!!! Luahan Afdlin Shauki Di Atas Pemergian Allahyarham Harun Salim Bachik


Innalillah wainna ilaihi rojiuun... Tolong doakan dan sedekahkan alfatihah untuk sahabat saya ni yg telah pulang ke rahmatullah. Dia bukan saja kawan baik, berbakat tetapi sangat baik orangnya dan meninggalkan keluarganya yg tersayang. Semoga Alllah SWT meletakkan beliau bersama roh org org yg baik...assalammualaikum abgku.



Status Afdlin Shauki sebaik sahaja mengatahui rakan baiknya meninggal semalam.. Beliau juga telah memuatnaik 1 keping gambar terakhir mereka bersama dangan caption:

Gambar terakhir saya dan arwah jumaat lepas. Hari ni dia dah tiada... Innalillah wainna ilaihi rojiuun. Al fatehah. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾
الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ـ
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله. ووسع مُدخله. واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار
Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.
آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ




Semoga Afdlin Shauki tabah..

Fizo Omar, Mawar Korban Masa Untuk Bersama Demi Masa Depan



Kedengaran baru-baru ini ada mulut-mulut nakal yang mendakwa isteri kepada Fizo Omar, Mawar masih tidak dapat zuriat kerana telah terkena buatan orang dan rancangan Melodi pada hari semalam berjaya mendapatkan Fizo untuk memberikan penjelasan.

“Saya tidak kata ya, saya tidak kata tidak. Lagipun ada saja orang yang diuji dengan masa yang lama berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat. Ini kuasa Allah”
“Masa menunaikan umrah baru-baru ini, saya ada doakan perkara tersebut dan dalam masa yang sama turut doakan kebahagiaan untuk kami dan keluarga juga” jawab Fizo apabila ditanya adakah Mawar terkena buatan sambil memberitahu bahawa semua perkara berlaku adalah dengan izin-Nya.
“Masa kita bujang, tanya bila nak kahwin, bila dah kahwin, tanya kita bila nak dapat anak. Ini persoalan yang normal dan saya sebagai orang yang normal, tidak perlu timbul rasa marah dengan benda-benda macam ini,” jelasnya lagi yang tidak mahu mengambil situasi itu dengan terlalu serius.
Selain itu, Fizo turut memberitahu dia sudah kurang berkongsi gambar mawar di akaun Instagram miliknya kerana kini, mereka memang sangat sibuk bekerja dan mengakui bahawa pengorbanan masa untuk bersama adalah satu pengorbanan yang terpaksa dilalui mereka ketika ini demi masa depan yang lebih baik. (rtky/syfq)

PANAS!! Datin Eina Azman Ditendang Dan Dipukul?


Panass isu nie.Biar betul..Punyalah manja dan cantik Datin Eina takkan ada yang sanggup pukul dan tendang..


Bagaimanapun, menerusi laman Instagramnya, Eina yang baru sahaja bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini menafikan pernah memberikan kenyataan sedemikian.

Salam semua… Eina cuma nak ckp eina Tak pernah buat statement ckp mcm tu… Kenapa lah ada je hamba Allah yang takde keje buat Cerita dan nak menjatuh kan orang??? Kepada #plbagaimacam.blogspot.com kalau anda nak jadi wartawan baik pergi belajar apa maksud etika wartawan dulu!!!
Don’t simply tulis about people yang boleh menyebab kan fitnah!!! Jangan sampai saya ambil tindakan dkt blog anda. Anda boles tulis apa pun dan saya tak marah cuma tlg lah tulis dengan cara yang betul iaitu dpt story yang betul2 dari saya bukan mereka reka Cerita. TQ

Namun, dek kerana sikap ingin tahu yang sangat tinggi, kami pun buat lah researchsedikit sumber asalnya artikel tersebut diperolehi. Nak tahu apa yang kami jumpa tak?

Rupanya-rupanya kenyataan tersebut telah dikeluarkan di sebuah akhbar kira-kira 2 tahun yang lalu. Tapi, kami pun tidak pasti mengenai kesahihan fakta dalam artikel itu.

Takpelah Eina. Bila kontroversi sedemikian mula menimpa, itu maknanya nama anda sudah mula ‘naik’ dalam industri hiburan negara. Keep calm and stay cantik!