Seluruh dunia mengetahui kisah tenggelamnya kapal Titanic yang sangat
tragis. Selain itu, pelbagai novel telah menceritakan kisah memilukan
dalam tragedi tersebut bahkan telah difilemkan.
Terdapat juga sebuah lagu yang menjadi kegemaran seluruh dunia dan
dijadikan sebagai sound track filem berkenaan. Tetapi, tahukan kita apa
sebenarnya penyebab Titanic tenggelam ke dasar lautan dalam?
Namun begitu alangkah sungguh menakjubkan apabila mengetahui maksud yang
terkandung dalam surah Yassin yang sering kita baca sebenarnya
mempunyai perkaitan rapat dengan kisah kapal Titanic yang telah
tenggelam kira-kira 101 tahun yang lalu (1912 – 2013).
Kapal Titanic tenggelam pada 14 April 1912 dalam tempoh kurang 3 jam
selepas terlanggar bongkah ais gergasi, punca utama yang menyebabkan
Titanic terputus dua sebelum ianya hilang dari pandangan serta
mengorbankan 1517 mangsa.
Kapal termahal yang pada mulanya diberi nama Gigantic, sesuai dengan
statusnya yang besar dan mewah, kemudian ditukar kepada Titanic yang
bermaksud ‘dewa jahat perkasa’ , menelan kos lebih $USD7juta (pada masa
itu).
Kapal mewah ini mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan, serta melibatkan
5 ribu tenaga kerja itu akhirnya tenggelam menjadi tukun pembiakan ikan
di dasar lautan Atlantik hanya selepas 4 hari belayar merentasi
samudera dari Southampton, England menuju ke New York.
Bayangkan 3 tahun untuk disiapkan, namun mengambil masa 3 jam sahaja untuk tenggelam!
Joseph Bruce Ismay , pemilik kapal mewah ini pernah mengeluarkan kenyataan angkuhnya iaitu
‘Tuhan pun tidak mampu menenggelamkannya..”
Kata-kata ini sudah cukup menunjukkan betapa megahnya pemilik kapal
Titanic ini, dalam satu majlis makan malam sempena pelancarannya iaitu
kira-kira beberapa hari sebelum kapal ini memulakan perjalanan.
Kapten Edward J.Smith
Tidak cukup dengan itu ditambah pula kenyataan kapten Edward J.Smith
yang dilantik sebagai nakhoda yang bakal menerajui pelayaran sulung
gergasi laut itu, kapal penumpang paling besar, paling mewah, paling
canggih di zamannya....
“Sepanjang 40 tahun pengalaman aku dalam bidang pelayaran, bermacam
cabaran dilalui, pelbagai keadaan cuaca dan ribut telah dirempuh, aku
berjaya elakkan segala kemalangan, kerana aku adalah yang terbaik dan
tidak pernah gagal dalam setiap misi perjalanan…”
Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.
''Hasil'' dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu
belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan
besar bagi hampir 1500 orang ''mangsa'' Titanic.
Ucaplah, SUBHANALLAH!
Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji
sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik
Surah Yaasin ayat ke 40 hingga ayat ke 43 :
لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah
bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.
وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti
bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan
alat-alat pengangkutan umumnya.
وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka
tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami
dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.
Kapal ini digambarkan penuh muatan mungkin seperti kapalnya Nabi Nuh
A.S. Untuk Kapal Titanic, Allah SWT ternyata berkehendak, “Kami
tenggelamkan mereka”, maka tenggelamlah kapal Titanic beserta sebagian
besar penumpangnya. Tetapi Allah juga berkehendak, “Kami selamatkan
mereka”, sehingga ada juga penumpang yang selamat yaitu sebagian besar
wanita dan anak-anak.