Pages

Wednesday, 20 May 2015

Kejadian ajaib ketika menguruskan jenazah Rasulullah SAW

Apabila Rasulullah s.a.w. baru saja wafat, adalah diriwayatkan bahawa ketika Sayyidina Ali Bin Abu Talib r.a meletakkan jasad baginda diatas tempat tidurnya,tiba-tiba terdengar suara ghaib dari penjuru rumah berseru dengan nada tinggi:””Jangan kamu mandikan jenazah Muhammad,kerana ia adalah orang yang suci lagi pula membawa kesucian!”Ali curiga terhadap suara itu seraya ia bertanya:

“Siapakah engkau?Bukankah Rasulullah menyuruh kami memandikannya.?Tiba-tiba terdengar suara ghaib yang lain berseru sebaliknya:

“Hai Ali!Mandikanlah Beliau!Suara ghaib yang pertama itu berasal dari suara iblis yang terkutuk kerana dengki terhadap Muhammad s.a.w. dan ia bermaksud supaya Nabi Muhammad tidak dimasukkan kedalam liang kuburnya dalam keadaan dimandikan.”

Ujar Ali pula:”Semoga Allah membalasi engkau dengan kebajikan dikala engkau memberitahukan,bahawa suara itu berasal dari iblis.Sekarang saiapakah pula sebenarnya engkau sendiri?”

“Aku adalah Khidir.aku datang untuk menzirahi jenazah Muhammad s.a.w.”Jawab suara itu.

Kemudian Saiyidina Ali r.a pun memandikan jenazah Rasulullahs.a.w.sedang AlFadhal Bin Abbas dan Usamah Bin Zaid r.a menimbakan air dan malaikat Jibril datang membawa harum-haruman dari syurga.Mereka kapani dan kuburkan beliau di kamar rumah Siti Aishah pada malam Rabu dan ada yang mengatakan pada malam Selasa.

Kewafatan baginda telah menyebabkan kesedihan yang bukan sedikit dikalangan seluruh ummat,lebih-lebih lagi para sahabat yang terdekat.Kata -kta yang dilahirkan oleh para sahabat demi setelah mengetahui kewafatan beliau amatlah mengharukan.

Seketika membuka kain selubung yang menutupi wajah Rasulullah yang baru saja wafat,Syaidina Abu Bakar AsSiddiq berkata dengan penuh terharu:

“Demi ayah dan bondaku!Alangkah indahnya hidupmu dan alangkah indahnya matimu!Demi Allah!Sekali-kali tidak akan terkumpul dua kematian atas dirimu.Adapun mati yang telah ditentukan Allah bagimu,telah kau alami.Dansetelah itu takkan ada lagi kematian yang datang kepadamu buat selam-lamanya!”

Hassan Bin Thabitr.a salah seorang sahabat Rasulullahs.a.w. yang utama dan penyair Islam yang agung dizaman Rasulullah,telah menerima berita kewafatan baginda dengan berat sekali.Kesedihan yang dirasakannya dapat kita saksikan dari sebuah sajak yang ditinggalkan sejurus kewafatan Rasulullah:

“duhai ,engkaulah biji mataku
Dengan kematianmu,
aku menjadi buta
tak dapat melihat
siapa yang ingin mati sepeninggalmu
biarlah ia mati pergi menemui ajalnya
Aku,hanya risau haru dengan pemergianmu…..”

Tetapi antara banyak orang tentu sekali yang paling merasakan berat atas kewafatan baginda ialah kaum keluarganya yang terdekat seperti puteri baginda yang paling dikasihinya Siti fatimah serta balu-balu baginda terutama Siti Aisyah r.a.

Pernah suatu hari,Ummu Mukminin Siti Aisyah r.a bersenandung dengan suara teharu sambil berdiri dikubur Nabi s.a.aw. Katanya:

“Wahai insan yang tidak pernah memakai sutera
Yang tak pernah tidur diatas tilam yang empuk
Wahai insan yang keluar dari dunia dan perutnya
Tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum
Wahai insan yang memilh tikar tempat tidurnya
Wahai insan yang berjaga sepanjang malam tanpa tidur’
Kerana takut sentuhan neraka sa’ir…….”

Ada riwiyatkan sepeninggal ayahnya,orang melihat Siti fatimah Azzahra selalu berikat kepala,tubuhnya semakin kurus dan matanya membengkak kerana menagis terus menerus,bahkan ia sering tidak sedarkan diri.kepada putera-puteranya ia selalu mengatakan:

“Mana dia ayah yang mencintai kalian itu?Aku tidak pernah lagi melihat dia membuka pintu ini.Kalian tidak akan pernah lagi naik keatas punggungnya seperti yang biasa kalian lakukan…”

Pohon yang biasanya mendapatkan kasih sayang itu ,semakin layu dan mengering.
Sumber : Johneox

Abam Bengang dengan Ogy Ahmad Daud..!

#Gara-gara dikritik oleh Ogy Ahmad Daud ketika di dalam rancangan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang kerana berulang kali menggunakan fizikal Abam sebagai bahan jenaka, pelawak ini telah menyuarakan isi hatinya di laman media sosial miliknya....
#Luahan tersebut khabarnya disuarakan kerana Ogy selaku juri telah memberikan kritikan tajam mengenai kumpulan Bocik yang menjadikan Abam sebagai objek jenaka dan turut memberitahu jika mereka menang adalah atas Abam sendiri dan bukannya di atas kehebatan persembahan.....
#“Apa pun orang nak cakap, kita buat untuk semua terhibur jika anda tak puas dengan persembahan kami maaf kami ucapkn sebab tiada manusia yang perfect.... Tak salah untuk mengkritik tapi jangan sampai menjatuhkn air muka. Kalau tak suka, cakap tak suka…simple in my life,” luah Abam di Instagram....
#“Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undianlah.... Kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan.... Terima kasih,” kata Ogy dipetik dari portal OhBulan!
#“Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocik ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam..... Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?”
#Sebagai seorang penghibur yang versatil, mungkin juga kumpulan Bocik akan tampil dengan jenaka baru.... Kritikan adalah demi untuk kebaikan.... Apa pun, semoga Abam dan kumpulan Bocik sentiasa maju dalam menghiasi industri hiburan tanah air.....

MISTERI !!! Rumah Ini Tidak Berpenghuni Sejak 1956 , Apabila Pemilik Baru Berpindah , Dia Sangat Terkejut Apabila Mendapati...!!!



Apa yang anda lihat di sini bukanlah daripada filem, namun ia adalah gambar dapur asal yang dibina pada tahun 1956 yang tidak disentuh hampir 60 tahun....

Pada tahun 2010, pereka perabot Amerika, Nathan Chandler, membeli sebuah rumah yang tidak didiami sejak tahun 1956. Secara amnya, mesti kita terbayangkan akan menjumpai banyak habuk dan sampah seperti dalam rumah-rumah lama. Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila pemilik baru itu mendapati semua tempat terutamanya dapur, dalam keadaan baru dan sempurna.... Pemilik sebelumnya telah membinanya sekali dilengkapi dengan perabot rumah, tetapi tidak pernah menetap di sana....

















sumber

KEJAM !! ALASAN TAK LOGIK ..

KEJAM! itulah apa kami dapat gambarkan selepas melihat video ini.

Kini tersebar lagi di laman sosial video seorang bayi didera dengan kejam oleh seorang wanita yang tidak dapat dipastikan lokasinya.


Bayi malang tersebut dilihat dicampak sesuka hati diatas katil dan dipusing-pusing badannya dengan kuat menyebabkan anak kecil itu menangis.



Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut telah menggoncang badan bayi tersebut dengan kuat menyebabkan tangisan anak kecil itu semakin kuat.


Dari pemerhatian kami dari video yang berdurasi 52 saat itu, bayi berkenaan mungkin berumur dalam lingkungan 6-7 bulan.

Gelagat kejam wanita tersebut telah dirakam oleh seseorang mungkin juga rakannya, apa yang menghairankan aksi wanita tersebut memukul anak kecil itu tidak dihalang lansung sebaliknya hanya merakam.


Bagaimanapun tidak dapat pastikan video tersebut adalah video baru atau lama. Tetapi sehingga sekarang admin tidak pernah lihat lagi akan video ini di laman sosial atau pun di mana-mana media.


Jika video ini baru, harap sangat sesuatu dapat dibuat, wanita ini perlu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpalnya.Alasan yang sekilas pandang admin baca status dia di facebook.kemungkinan facebook dia sudah diremovenya .

 " saya yang mengandungkan budak ni selama 9bulan 10hari,bertapa seksanya melahirkan budak ini,
bertapa sakit hatinya saya menjaga dia ,so suka hati saya lah nak buat apa kat budak ni "