Ditipu berhutang dengan kerajaan Singapura sejumlah wang $400,000, warga
emas berumur 70 tahun dikenali sebagai Tan Soy Kiang menghabiskan masa
15 tahun lalu bekerja keras dengan 2 pekerjaan berbeza, hidup dengan
sejimat yang mungkin dan meminjam wang dari jiran serta kakaknya bagi
melangsungkan hidup...
Hanya baru-baru ini telah terbongkar bahawa DIA TIDAK MEMPUNYAI APA-APA
HUTANG!!! Ia hanyalah sebuah penipuan yang didalangi dua wanita rakyat
Singapura yang tahu dia seorang yang lurus...
15 tahun yang lalu dua wanita ini menemui Tan dan memberitahunya bahawa
dia berhutang dengan kerajaan dengan jumlah yang banyak dan perlu
menyelesaikannya atau dia bakal dipenjara.Takut dengan amaran tersebut,
Tan memohon pertimbangan mereka berdua kerana dia tidak mempunyai wang
dengan jumlah yang banyak...
Jadi wanita tersebut memberitahunya dia boleh membayar mereka secara
ansuran melalui mereka tepat pada tarikh gajinya.Jika ada kelewatan dia
bakal dipenjarakan...
Tan terpaksa melakukan 2 pekerjaan bagi mempercepatkan tempoh pembayaran
hutangnya yang tidak wujud tersebut.Pada sebelah pagi dia bekerja
sebagai pencuci jalan dengan gaji $1000 manakala satu lagi pekerjaan
sebagai atendan pam minyak juga dengan gaji $1000...
Setiap hujung bulan 2 orang wanita tersebut akan datang bagi mengutip
'Hutang' dan setiap sen wang gajinya diberikan pada mereka walaupun
sebenarnya ia tidak wujud sama sekali...
Dia hidup bersendirian dan terlalu sibuk bekerja sehinggakan tiada masa
untuk bersama rakan-rakan dan saudara.Rakan kerja setempat yang melihat
dia selalu berjumpa 2 wanita tersebut merasakan tiada yang pelik dan
aneh dan tidak terlintas untuk bertanya....
Walaupun dikatakan sudah membayar sebahagian besar 'Hutang' tersebut
namun ia tidak mencukupi dan memaksa dia mengeluarkan wang persaraan
sebanyak $53,000....
Penipuan itu terbongkar apabila anak saudaranya,Pamela Lim yang menetap
di Australia selama 15 tahun pulang dan menemui Tan dalam keadaan
menyedihkan.Dia lebih terkejut apabila Tan terpaksa membuat 2 pekerjaan
bagi meneruskan hidup.
Pamela tidak percaya apabila Tan memberitahu dia mempunyai hutang akibat
perniagaannya gagal dan setelah dipaksa beberapa kali baru Tan
memberitahu hal 'Hutang' tersebut.Walaupun dia mungkin sudah sedar yang
dia sudah ditipu namun dia tidak tahu hendak mengadu kepada siapa.
Pamela telah merancang satu perangkap bagi menangkap 2 wanita tersebut
dan akhirnya mereka berdua mengaku merancang penipuan tersebut.Bagi
menyelesaikan kes secara baik mereka berjanji akan membayar $500 kepada
Tan walaupun sebenarnya Tan membayar mereka $2000 setiap bulan!
Apabila Pamela melaporkannya kepada balai polis,mereka
mengklasifikasikan Tan membayar secara sukarela.Gila bukan? Pamela
sedang berusaha membawa kes itu ke mahkamah dan jika menang, wanita
tersebut bakal dipenjara 10 tahun dan dikenakan denda serta membayar
semula wang Tan yang ditipu....