Pages

Monday, 1 June 2015

Tinggalkan 'Kekasih Transgender' Demi Janda

KUALA LUMPUR - Kisah dan gambar seorang lelaki meninggalkan kekasih transgendernya demi seorang janda tersebar di laman sosial.
Menurut individu  yang memuat naik gambar tersebut, Azhar Idris, lelaki itu meninggalkan kekasih transgender (pelajar UiTM) untuk seorang janda yang menjadi pilihan hatinya.
"Janda sememangnya kini menjadi pilihan lelaki pada masa ini.
"Yang gambar seorang itu, ex transgender mamat tu. Yang girl dalam gambar berdua itu, janda yang dia couple," dedah Azhar yang mengakui mengikuti Instagram milik 'gadis' transgender berkenaan.
"Transgender itu kawan kepada kawan saya di UiTM Shah Alam ini. Dengar macam baik orangnya, study pun PhD. Tapi itulah, tak sangka dia pondan," katanya disusuli gelak ketawa.
Tampil seorang individu turut mengaku mengenali 'gadis' transgender ini.
"Saya pun kenal dia. Yes, dia baik orangnya. Tahu juga pasal kes putus dia dengan ex boyfriend tu. Dengar (cerita) dia kena buatan ilmu hitam orang selepas putus dengan mamat tu. Tapi dengar cerita, ex dia masih mencari dia tetapi dia dah tak nak dekat lelaki tu," katanya.
Dengan wajah yang persis gadis, tidak nampak ketara seperti seorang lelaki. Netizen pula tidak putus-putus memuji kecomelan 'gadis' transgender ini berbanding memfokuskan kepada lelaki dan janda tersebut.
Dalam kes seperti ini, hanya ada dua perkara yang mungkin berlaku sama ada, pilihan sendiri atau hormon/naluri kewanitaannya terlebih. Bagaimanapun, marilah kita berdoa agar beliau kembali ke pangkal jalan.

Masyallah... Telur Goreng Keluarkan Darah Lepas Dibaca Al-Rukyah



Kisah ini terjadi kepada sahabat Siakapkeli sendiri pada minggu lepas. Yang mana menerusi inbox akaun peribadi penulis, sahabat penulis, Mohamad Ridzuan Bin Nasir, 27, memberitahu ada sesuatu perkara yang sukar dipercayai telah berlaku hari ini.

Diberitahu kepada penulis untuk melihat status terbaru yang dimuat naik menerusi akaun facebooknya. Lalu penulis kehairanan apa yang menarik sangat dengan status barunya itu.

Penulis pun menjenguk akaun dia dan mendapati terdapat beberapa keping gambar nasi bungkus dan telur goreng di hadapan monitor sebuah komputer yang sedang memainkan bacaan Al-Rukyah menerusi Youtube.

Berikut adalah apa yang ditulis mengenai gambar tersebut:

MasyaAllah... Waktu beli makanan tadi dah tgk telur goreng atas bawah semua ok. Then sampai office makan depan PC buka bacaan Rukyah telur berubah bertompok2 merah seperti darah. Kuasa Allah memelihara dari pelaris yg kotor dari memasuki badanku... Subhanallah... Maha suci Allah...


Bagaimanapun ada beberapa komen yang mendakwa itu mungkin kicap, namun perkara tersebut dinafikan olehnya.


Selain itu ketika berbual dengan penulis, ketika awal membuka bungkusan makanan tersebut dia sudah membelek bahagian telur itu dan pada ketika itu tiada pun bintik-bintik darah tersebut.

Kemudiannya dia membuka Youtube dan memainkan bacaan ayat tersebut kerana dia sememangnya gemar mendengar bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran ketika tinggal serumah bersama penulis suatu ketika dahulu.

Dia kemudiannya meninggalkan nasi bungkus yang telah dibuka bersama bacaan itu dan ke dapur untuk membancuh air minuman.

Setelah dia kembali untuk menjamah makanan itu lalu terkejut melihat apa yang sudah berlaku kepada lauk telur yang hendak dimakannya. Bintik-bintik merah seperti darah beku itu muncul rata-rata pada bahagian permukaan.

Bagaimanapun tidak semua percaya akan perkara itu dan ramai juga yang menafikan apa yang terjadi itu kerana bacaan tersebut dan menganggapnya sebagai kicap.

Dia juga telah dihubungi oleh pihak myMetro berhubung perkara ini dan menurutnya, "Saya tidak memaksa sesiapa untuk percaya. Saya hanya berkongsi kejadian yang berlaku supaya orang lain berhati-hati apabila membeli makanan.

"Apa kata cuba beli nasi lemak yang saya beli dan lakukan seperti yang saya buat," katanya.

Dia yang juga terkenal dengan syarikat pembekal Kad Kahwin Murah merasakan sangat bersyukur kerana mungkin telah terhindar daripada pelaris dengan bacaan rukyah.— Siakapkeli.my





Tema Perkahwinan Hello Kitty Pengantin Muda Ini ‘Meletop’ & Viral Di Laman Sosial !!! ( 18 FOTO )



Anda peminat Hello Kitty? Penulis juga tak nafikan yang agak berminat dengan kartun tersebut. Tetapi tidak pernah terfikir menjadikan kartun kucing yang comel ini sebagai tema perkahwinan. Koleksi gambar ini diperolehi dari laman Facebook, Media Bekurapak-Brunei dan benar-benar menarik perhatian ramai orang....

Berikut adalah beberapa koleksi gambar perkahwinan bertemakan Hello Kitty dimana penulis dapat menyimpulkan sama ada pasangan pengantin atau pengantin perempuan ini sememangnya peminat fanatik kartun kucing yang comel ini....






Bagaimana? Adakah gambar perkahwinan dari pasangan ini memberikan sedikit inspirasi tentang perkahwinan anda? Siapa tahu jika selepas ini ada yang terfikir Doraemon, Power Rangers dan Upin & Ipin sebagai tema perkahwinan....

Ingat! Keunikan adalah satu perkara yang luar biasa. Apa yang penting adalah keberanian dan keyakinan melakukan sesuatu perkara yang baru.....


SUMBER

Panas !!! 3 Model Dan Artis Popular Yang Cantik Ini Sudah Murtad


 Masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama. Seorang daripada mereka ialah Happy Salmah. Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja....

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, Indonesia.....

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu. Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu....

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi. Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka....

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy....

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin. ....


 Selain itu ialah artis Pinkan Mambo....

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa. Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain....

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini... Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak....

“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje...

 Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas...
Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.
Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan. Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya....
“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya....
Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan. Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya....
Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan....
Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing....