Ya, kebanyakan fakta yang kita pernah tahu sebelum ini tidak semestinya betul.
Jangan terkejut! Mungkin anda akan rasa tidak percaya dengan
pembongkaran beberapa fakta di bawah. Tapi hakikatnya, inilah kebenaran
yang selama ini kita tidak tahu. Lihat 11 senarai di bawah:
1. Tembok Besar China merupakan satu-satunya objek buatan manusia yang jelas dilihat dari angkasa menggunakan mata kasar.
Tidak benar.
Tembok Besar China mendapat tempias populariti yang hebat disebabkan
mitos ini. Sebenarnya, adalah cukup sukar untuk melihat Tembok Besar
China dari mana-mana ruang angkasa. Walaupun berada pada orbit rendah
Bumi, Tembok Besar China tidak mungkin dapat dilihat dengan mata kasar.
Bahkan dengan bantuan lensa kamera yang cukup besar dan canggih
sekalipun, masih mencabar untuk mengatakan jika anda sedang melihat
Tembok Besar China atau tidak.
2. Lain bahagian lidah mengesan rasa yang lain
Tak betul.
Lidah kita mengandungi sehingga 10,000 tunas rasa, masing-masing berisi
dengan pori-pori dan reseptor rasa. Sel-sel ini adalah sama pada seluruh
permukaan lidah kita. Setiap orang mempunyai bahan kimia dalam air
liur, yang berupaya mengesan dan memberitahu kita tentang rasa sesuatu
benda atau makanan. Setiap kali air liur yang mengandungi bahan kimia
membuat sentuhan dengan mana-mana makanan pada permukaan lidah, tidak
kira pada bahagian mana sekalipun, rasanya akan dikenal pasti.
3. Lembu akan naik marah jika ternampak warna merah
Bukan itu sebenarnya.
Krew dari MythBusters TV telah membongkar mitos ini beberapa tahun yang
lalu. Mereka berjaya mendapatkan tindak balas yang sama dari lembu
jantan ketika matador menggunakan bendera merah, bendera biru dan
bendera putih. Sejurus selepas matador mengibarkan bendera, lembu jantan
didapati memberikan reaksi yang sama pada ketiga-tiga bendera tersebut.
Jadi jelas di sini bahawa warna merah tidak memainkan peranan langsung
dalam mendapatkan tindak balas daripada lembu. Pergerakan bendera itu
sebenarnya yang menarik minat lembu untuk datang menerjah.
4. Gunung Everest adalah gunung tertinggi di dunia
Ya, memang salah.
Gunung Everest adalah salah satu gunung yang terbesar, tetapi adakah ia
juga tertinggi di dunia? Jawapannya bukan. Pengiraan sama ada gunung itu
tertinggi adalah ditentukan dengan sejauh mana ia menjulang dari atas
permukaan laut. Secara teknikalnya, memang benar Gunung Everest adalah
gunung tertinggi di dunia jika dikira dari dasar ke puncak. Namun
begitu, jika dikira sekali dengan permukaan bawah laut, Gunung Everest
berada di tempat ke-2.
Mengikut pengiraan ini, gunung tertinggi di dunia adalah Gunung Mauna
Kea di Hawaii. Ketinggian Gunung Mauna Kea dari permukaan laut ke puncak
hanyalah sebanyak 4,206 meter. Tetapi jika dikira dengan bahagian besar
yang tenggelam di dalam air, ketinggiannya mencecah sehingga 10,200
meter! Gunung Everest pula mempunyai ketinggian sebanyak 8,848 meter,
namun langsung tiada bahagian bawah air.
5. Biawak/Sesumpah berubah warna mengikut persekitaran
Tidak sama sekali.
Saintis bersetuju penukaran warna oleh biawak bukan untuk tujuan
menyamar. Ia lebih berkait dengan sistem komunikasi mereka. Selalunya,
penukaran warna ini bertujuan untuk memberi isyarat kepada biawak lain,
yang dicetuskan oleh perasaan pencerobohan, perlindungan atau keinginan
untuk mengawan. Dalam masa 20 saat, biawak ini boleh bertukar warna yang
berbeza melalui tindak balas sel-sel dalam otak mereka.
6. Kilat tidak akan menyambar pada tempat yang sama dua kali
Fakta ini tidak benar.
Tidak ada sebab fizikal, meteorologi, geografi atau geologi mengapa
kilat tidak dapat menyerang di tempat yang sama dua kali. Setiap kali
badai petir muncul, kilat akan mencari konduktor dan pelbagai peralatan
logam di atas bangunan tinggi untuk disambar. Kilat dikatakan menyerang
konduktor di atas bangunan tinggi dan menara seperti Bangunan Empire
State di NEW York, Menara Eiffel di Paris, Menara CN di Toronto, Menara
Sydney dan Auckland Sky Tower sebanyak 50-100 kali setahun. Malah
pemerhati cuaca dan pemburu ribut di seluruh dunia juga menjamin fakta
bahawa petir sering menyerang dua kali di tempat yang sama.
7. Kelawar buta
Tidak, kelawar tidak buta.
Walaupun sesetengah kelawar mempunyai mata yang lebih besar dan
penglihatan jauh lebih halus berbanding yang lain, tidak ada satu pun
dari 1200 atau lebih spesis kelawar yang buta secara semula jadi.
Sebenarnya, kadar penglihatan kelawar dalam keadaan gelap adalah lebih
baik daripada manusia. Kelawar juga boleh mengesan jarak dengan
menghantar bunyi frekuensi tinggi yang dipantul melalui objek terdekat.
Jadi, kelawar sebenarnya tidak buta dan jauh lebih pintar daripada apa
yang kita bayangkan sebelum ini.
8. Kolesterol dalam telur adalah buruk untuk jantung
Mungkin tidak.
Anda perlu tahu ada dua jenis kolesterol, kedua-duanya diperlukan oleh
tubuh iaitu kolesterol pemakanan dan kolesterol darah. Kolesterol darah
terbahagi kepada dua kategori - High-Density Lipoprotein (HDL) dan
Low-Density Lipoprotein (LDL). LDL ini adalah salah satu kolesterol yang
tidak baik kerana ia melekat pada dinding arteri dan mempunyai potensi
untuk membawa kepada penyakit jantung. Lemak tepu adalah penyebab utama
dalam meningkatkan kolesterol darah, dan yang penting, kadar LDL ini.
Telur, bagaimanapun, tidak mempunyai lemak tepu dan hanya mengandungi
kolesterol pemakanan, bukan kolesterol darah.
9. Anda perlu regangkan badan atau 'stretching' sebelum bersenam
Tak payah pun tak apa.
Penyelidikan terkini mendapati terdapat banyak sebab mengapa regangan
mungkin tidak bagus seperti yang kita pernah tahu. Salah satunya ialah,
regangan sebelum latihan bukan sahaja tidak diperlukan, malah boleh
menjadi tidak produktif.
Satu kajian menyifatkan otot adalah sama seperti gelang getah. Seperti
mana gelang getah kekurangan fleksibilitinya apabila diregang, otot juga
kehilangan beberapa fleksibiliti jika terlalu banyak diregang sebelum
latihan sebenar bermula. Terdapat juga bukti-bukti penyelidikan yang
menunjukkan sama ada kemungkinan kecederaan atau masa pemulihan,
kedua-duanya tidak ada kena-mengena dan tidak dapat dikurangkan dengan
regangan sebelum bersenam.
10. Planet Marikh berwarna merah
Ia sebenarnya bukan.
Pengkaji bintang mendakwa planet Marikh tidak bukan berwarna merah
apabila dilihat melalui teleskop, manakala gambar definisi tinggi yang
ditangkap oleh teleskop Hubble atau ekspedisi robot ke permukaan planet
ini telah mendedahkan bahawa, dari dekat, warna persekitaran Marikh
sebenarnya lebih kepada kekuningan, dengan warna-warna lain yang turut
hadir termasuk emas, coklat, dan warna kehijauan. Dari jauh pula,
debu-debu yang berkeliaran di sekeliling Marikh melihatkan seluruh
planet ini seperti kemerahan.
11. Anda akan dapat Atritis jika anda "meretakkan" sendi
Jangan risau, anda takkan!
Artritis adalah keradangan sendi. Membunyikan (atau meretakkan) sendi
pada mana-mana bahagian badan tidak pernah dibuktikan sebagai penyumbang
kepada keradangan sendi, dan kepada mana-mana penyakit lain yang
berkaitan. Sehingga kini, masih tidak ada bukti kukuh yang menyokong
kenyataan tersebut.
Bunyi "retak" atau "pop" yang kedengaran adalah tidak lebih daripada
gas-gas yang berlebihan dibuang dari cecair yang mengelilingi sendi.
Apabila tekanan dalam ruang sendi menjadi terlalu tinggi dan lebih
banyak ruang perlu diperlukan untuk sendi bergerak dengan selesa, ruang
akan terbuka dan gas dilepaskan, maka muncullah bunyi "pop" pada
bahagian sendi yang diberi perhatian.
Menarik bukan? Jangan rasa tertipu macam kucing ini pula ya!