Pages

Wednesday 26 March 2014

7 JENIS LELAKI YANG ANDA PERLU ELAK JATUH CINTA




1. Sudah berpunya 

Elakkanlah jatuh cinta dengan suami atau teman lelaki orang. Banyak lagi lelaki bujang/ single di luar sana. Nanti anda yang makan hati berulam jantung. Lagipun kan tak elok merosakkan kebahagiaan orang lain.


2. Playboy

Ini jenis lelaki yang tidak reti nak setia dengan satu perempuan sahaja. Kalau anda masih pilih untuk mempunyai hubungan dengan lelaki seperti ini, anda perlu bersedia juga menghadapi risiko yang dia akan bermain kayu tiga bila-bila masa sahaja.


3. Kaki pukul

Alahai, jangan kerana cinta badan binasa ya ! Seorang lelaki yang baik tidak akan sesekali mengasari anda dan kalau sekali dia berani buat, percayalah perkara tersebut pasti berulang lagi.


4. Suka rendahkan perempuan

Lelaki seperti ini jenis lelaki yang punya ego tak bertempat. Mereka juga jenis yang tak tahu menghargai pasangan mereka dan sentiasa merasakan diri mereka sahaja yang betul.


5. Kaki tipu

Kejujuran adalah nilai yang penting untuk sebuah hubungan yang sihat. Kalau dah kerap sangat dia “kantoi” menipu, anda juga akan hilang hormat dan kepercayaan terhadap dia.


6. Tak serius/ tak suka komitmen

Jangaan bazirkan masa anda dengan lelaki yang tidak serius dalam menjalinkan perhubungan dengan anda. Anda mesti mahukan hubungan anda dengan dia akan berakhir dengan sesuatu yang bermakna , misalnya perkahwinan,bukan menunggu sesuatu yang tidak pasti atau hubungan yang tiada hala tuju.


7. Homoseksual

Tidak ada yang lebih pathetic daripada ‘bermadu’ dengan seorang lelaki, kaum sejenis kekasih anda. Jadi elakkan diri anda dari jatuh cinta dengan lelaki seperti ini.

No comments:

Post a Comment