Pages

Saturday 29 March 2014

Karpal letak jawatan sebagai Pengerusi DAP


  • Karpal Singh Karpal Singh

KUALA LUMPUR - Ahli politik veteran Karpal Singh hari ini mengumumkan beliau mengundur diri sebagai pengerusi DAP sementara menunggu rayuan kes hasutan yang dihadapinya.

Dalam satu kenyataan di sini, Karpal Singh berkata, timbalan pengerusi parti, Tan Kok Wai yang juga Anggota Parlimen Cheras, akan menjadi pemangku pengerusi.

"Saya tidak boleh, sehinggalah sabitan diketepikan atau denda dikurangkan di bawah RM2,000, untuk terus menjadi pengerusi DAP.

ARTIKEL BERKAITAN:[ Kes hasutan: Karpal Singh diputus bersalah ]

"Dalam keadaan ini, saya dengan ini mengumumkan, sementara menunggu rayuan saya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telahpun difailkan, pengunduran diri saya sebagai pengerusi DAP," kata Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu.

Karpal Singh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mac mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948, kerana mempersoal keputusan Sultan Perak menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Februari 2009. - Bernama

No comments:

Post a Comment