Pages

Thursday 15 January 2015

Akhirnya Johan Raja Lawak beri komen pedas kepada Virus


Persembahan kumpulan Virus di Maharaja Lawak Mega 2014 diketahui ramai kurang menyengat dan sering menghampakan juri dan penonton yang rata-rata meletakkan harapan tinggi.

Ekoran itu, peratus undian yang diterima Virus semakin menurun dan ada ketikanya mereka tidak berapa dalam Top 4.

Johan Raja Lawak yang ditemui media semalam sempena majlis cukur jambul anaknya sempat memberikan komen pedas kumpulan Virus yang nyata mengejutkan.

Diusik soalan mengenai pasangannya, Zizan yang kini bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2014 bersama Tauke dan Yus dalam kumpulan Virus, Johan ketawa sambil memberi pendapat peribadi.
"Saya lihat Virus belum ada keserasian sehinggalah pada persembahan minggu kesembilan baru ada perubahan. Mereka ada idea dan konsep lawak tapi keserasian belum muncul sepenuhnya. Apapun saya percaya mereka mampu buat yang terbaik dan layak ke pentas akhir," katanya.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment