Pages

Tuesday 20 January 2015

Wajah sebenar isteri dan anak Azmi Saat dari Caliph Buskers, vokalis baru Mojo


Meremang bulu roma kami apabila penyanyi gantian Mojo, Azmi Saat dari Caliph Buskers mendendangkan lagu Romancinta di Final Anugerah Juara Lagu ke-29 semalam.

Siapa menyangka insan OKU ini mempunyai bakat semulajadi yang sangat mengagumkan kerana mampu menyanyikan lagu bernada tinggi itu dengan baik sekali sehingga mencetuskan fenomena.

Pastinya sejarah baru dalam penampilan AJL kan? Mojo memperkenalkan sebuah kumpulan muzik jalanan untuk menyanyikan lagu mereka di pentas akhir AJL 29. Memang penonton akan ingat sampai bila-bila persembahan Mojo dan Caliph Buskers malam tadi.
Azmi Saat daripada kumpulan Caliph Busker, penyanyi lagu Romancinta di AJL29 bersama isteri dan anak. Azmi juga merupakan anak peneroka Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor.


No comments:

Post a Comment