Pages

Friday 16 January 2015

Dituduh Guna Bomoh, Akhirnya Rozana Misbun Tampil Buat Penjelasan Sebenar !

SUSULAN dakwaan Awie bahawa isterinya, Rozana Misbun mengamalkan perbuatan syirik dan khurafat, wanita itu menyifatkan tuduhan tanpa bukti itu memakan diri penyanyi itu sendiri.
Memetik mStar Online, Rozana menganggap cara suaminya itu sebagai tindakan yang terdesak dan cuba mengaibkan dirinya.
 “Kenapa hanya selepas saya keluar dari rumah kami baru dia nak kata terjumpa macam-macam? Kenapa selama ini dia tidak dedahkan perkara itu?” soalnya.
Sebelum ini, Awie menerusi peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah, dia menemui beberapa barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha di kediaman mereka di Ukay Bestari.
“Saya tidak hidup dipuji mahupun mati kerana dikeji jadi biarlah apa juga yang ingin dikatakannya tentang saya.
“Sejak awal lagi dia memang berniat untuk mengaibkan saya, jadi biarkanlah,” ujarnya lagi.
Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah mengetepikan perintah hak jagaan sementara anak yang diberikan kepada Awie pada Julai 2014 ke atas ketiga-tiga orang cahaya matanya hasil perkongsian hidup dengan Rozana Misbun selain diperintahkan untuk membayar kos RM5,000. – MYNEWSHUB.CC
 
 
 

No comments:

Post a Comment