“Saya beli property di seksyen 7 shah alam. Memandangkan saya masih single, rumah ini bukan untuk saya diami, tetapi untuk disewakan. Duit bulanan sewa itu saya akan rolling lagi for investment”- Hafizah Wanasan
Tanpa lengah, sebaik saja terpandang
coretan wanita cekal ini, saya terus private message dan pinta kebenaran
beliau untuk memaparkan perjalanan hidup penuh cabaran di usia
muda. Hanya satu kata yang terungkap saat terbaca coretan Cik Hafizah
Wanasan. Anda memang seorang wanita cekal!
Saya akui, kelihatan beliau seorang
wanita yang hebat dan gagah. Hehe. Mana tak nya, beli lot rumah dengan
usaha sendiri, dari A to Z. Buat baikpulih rumah dan kereta,
berurusan tawar menawar semuanya sendiri. Status dan kudrat sebagai
seorang wanita muda bukan lagi alasan untuk kita tidak berjaya tau. Saya
faham rasa jatuh bangun Cik Hafizah kerana saya pun pernah alami
macam-macam cabaran hidup sebelum capai impian. Kami, para wanita dah
jadi seperti “hulk” apabila sudah mula mampu membuat kerja-kerja lelaki.
Hehe.
Mampu Beli Rumah Selepas 11 Bulan Kerja, Anda Perlu Contohi Kecekalan Wanita Muda Ini
Kredit artikel asal di FB Cik Hafizah Wanasan
Hidup kena kuat.Rumah pertama untuk pelaburan. Selepas sebelas bulan bekerja di selangor, hasil simpanan gaji bulanan dan pelaburan, saya beli hartanah di seksyen 7 shah alam. Memandangkan saya masih single, rumah ini bukan untuk saya diami, tetapi untuk disewakan. Duit bulanan sewa itu saya akan rolling lagi untuk investment.Setiap hari saya google cari property yang ingin dijual. Balik kerja dari hospital,saya cepat-cepat tarik kerusi ngadap computer. Suratkhabar saya beli hari-hari untuk lihat advertisement bahagian property. Panas mata panas kepala. Di hujung minggu saya memandu 40km untuk melihat rumah. Untuk buat pelaburan, cari rumah yang pasaran bagus. Dekat universiti, dekat hospital besar, dekat pusat bandar. Ada rumah siling rendah, ada juga terkena agent yang asyik reply tidak pasti bila diajukan soalan apapun. Ada yang bila nak pergi view, agent tak bawa kunci! Banyak lagi untuk diceritakan. Perlu sabar dengan setiap masalah.
Anda pasti akan terinspirasi dengan coretan kisah dan perjalanan hidup wanita muda ini. Jom mulakan sesuatu perubahan dalam hidup anda mulai sekarang.Akhirnya jumpa rumah. Saya tawar harga dengan owner asal. Owner asal bagi pilihan diskaun 10 ribu jika saya ingin baiki sendiri. Saya pilih untuk baiki sendiri.Ya, memang boleh saya setuju 10 ribu lebih untuk owner settlekan. Buat apa mahu susah-susah.? Tapi tidak, saya fikir lebih baik saya belajar sendiri. Saya tidak duduk dengan keluarga sejak saya tingkatan 1. Ketika menuntut di Australia, kereta Ford saya accident, paint kereta rosak, saya pergi kedai accesories kereta, minta mat saleh bancuh warna paint Burgandy dan masuk dalam sprayer tin. 30 dollar. Saya beli 2 tin. Beli kertas pasir grid kasar dan halus. Imam Sabri Samson ajar saya fix kereta accident. Dua hari saya gosok Ford dengan sand paper. Sampai licin. Terima kasih imam ajar saya.Berbalik kepada cerita rumah. Saya tanya tukang cat. Tukang cat offer 2 ribu. Kemudian saya tentukan, nak cat sendiri. Malam-malam selepas waktu kerja saya google color combination yang sesuai. Hujung minggu bila tiada oncall, saya lari ke kedai hardware. Survey. last decide beli cat glossy Jotun plus alatan mengecat. Adik datang tolong. Total kos cat satu rumah 1 ribu. Jimat seribu, ilmu pun dapat. Selesai cat, beli scrapper dan thinner untuk bersihkan sisa cat. Berpeluh menggigil sendi tangan nak gosok. Tak mengapa, saya suka belajar.Ramai teman saya sudah ada rumah sendiri, sebahagiannya anak orang berharta. Ibu bapa menolong banyak. Join nama dengan mama, dengan papa, beli dua tiga rumah. Mama papa bagi deposit. Mama papa tolong belikan. Ada yang mama papa nak bagi rumah mereka pada anak. So, tak payah susah-susah. Ada yang selesa beli rumah cantik siap, tak payah susah-susah, mereka kata mahal berhutang pun takpa, it’s ok. It’s their choice, rezeki masing-masing.What about me? My parents divorced and i got the news on my graduation day. My dad married to my step mom 1 month later and my mom was just getting married in Mac 2015. They kinda live in their world and i kinda live mine. Since i was a kid, lot of things i decide on my own. Even after so many things happened in my life, both my parents are always diamonds in my heart like forever.This is why i learn troubles. Hidup kena kuat. Belum mention berapa lamaran pernah ditolak. Berapa broken hearts. Saya bukan sengaja. Ada obstacles yg hanya saya faham.After all, again, saya suka kalau ramai antara kita yang belajar skill hidup sendiri. Especially perempuan. Belajar tukar mentol, tukar kalimantang, cat rumah,suka pegi kedai hardware, fix leaking, fix flush toilet rosak, tolong suami. Jika lelaki, apatahkan lagi? Haruslah.One chinese man at my working place once said to me ” Pija, i think you are the most wonderful independent women i’ve ever known! ” ^___^ ~ (Eh panjang pulak karangan kali ni!)
“It’s never too late to start something new”
No comments:
Post a Comment