Pages

Wednesday 27 May 2015

Menangis Jejai Sebab Tinggal Nora Danish!! Mari lihat Perubahan Nora Danish!

Bermula dengan gaya daring Diana Danielle menerusi sebuah majalah tempatan, selepas itu imej seksi Tasha Shilla, Nabila Huda dan Dynas Mokhtar ketika menjadi tetamu sebuah pertunjukan fesyen dan imej gaun terbelah sehingga ke paras peha yang digayakan Sharifah Sakinah menerusi sebuah majalah menjadi perdebatan hebat di kalangan pemerhati industri hiburan tempatan.

Kebanyakan peminat mencemuh selebriti-selebriti wanita itu yang disifatkan sebagai tidak menghormati dan bergaya keterlaluan sebagai seorang Muslimah yang sejati.
Sebagai salah seorang daripada anak seni, Nora Danish terpanggil untuk memberikan komen berkaitan isu terbabit.

Mengatakan dirinya pernah terkena dengan pihak penerbitan sebuah majalah, dia berasakan bagai tertipu apabila mereka tidak langsung menyunting gambar yang sudah diambil oleh mereka.
Jom kita baca luahan hati Nora seperti yang dipetik menerusi Malaysian Digest ini.
“Saya bermula dalam industri ini menerusi didikan pengarah Aziz M. Osman. Sejak itu saya memang sudah terbiasa mendengar arahan pengarah dan akan cuba berikan yang terbaik seperti yang diminta pengarah.

“Saya jenis yang tidak pandai membantah dan itu juga cara saya hormat pengarah saya.

“Sama juga jika saya menjalani penggambaran sesi fotografi misalnya untuk menjadi penghias kulit majalah. Saya juga tidak mahu mengecewakan pihak majalah itu.

“Jadi semasa penggambaran apabila pihak berkenaan meminta kita pakai baju yang mereka sediakan, sewaktu itu memang saya ada beritahu yang saya tidak pakai baju sebegitu.


“Namun, mereka minta juga saya pakai. Bila saya pakaian, sebagai contoh nampak pula perut, tapi mereka suruh tarik sikit baju itu dan menutupi perut saya. Hasilnya baju itu nampak tidak cantik pula.

“Insiden saya dikecam dulu, sebenarnya pihak berkenaan beritahu yang mereka akan membuat suntingan pada gambar tersebut tetapi rupa-rupanya mereka beri janji palsu pada saya dan ketika itu saya rasa teraniaya.

“Sikit sebanyak sebenarnya saya juga faham apa yang dirasai oleh rakan artis saya yang baru-baru ini dikaitkan dengan insiden yang seperti aman yang pernah saya lalui,” katanya.
Sumber : Ohmy-gummy




No comments:

Post a Comment