Pages

Thursday 21 May 2015

Produk Yang Terbanyak Dicari Menggunakan Google Untuk Setiap Negara Dalam Satu Peta

Dalam pop culture, sesetengah negara secara stereotaipnya dikaitkan dengan produk tertentu – seperti karpet dikaitkan dengan Turki, elektronik dengan Jepun, dan kimchi dengan Korea.
Tetapi barangan itu bukanlah barangan yang orang ramai cari.

Pada awal bulan April, website Fixr.com berkongsi satu peta tentang produk yang paling banyak dicari menggunakan Google untuk setiap negara dalam dunia. Mereka menggunakan premis yang mudah – iaitu menggunakan formula autocomplete “How much does * cost in [x country].”
Walaupun keputusan itu mungkin tidak tepat – (kerana keputusan autocomplete Google bergantung kepada sejarah carian pencari, masa carian dibuat, lokasi carian dibuat; dan bahasa tempatan) – sekurang-kurangnya maklumaat ini dapat digunakan sebagai petunjuk bagaimana sesebuah negara itu dilihat.
Beberapa fakta menarik:
  • Ramai orang mahu mengetahui harga pesawat MIG di Rusia.
  • Ramai orang mahu mengetahui harga pelacur di Brazil.
  • Ramai orang mahu mengetahui harga rhinoplasty (pembedahan hidung) di Korea Selatan.
Dan ini peta tersebut.
Dunia

Amerika Utara

Amerika Selatan

Afrika

Eropah

Asia

Australia

Antartika

Dan barangan yang paling dicari di Malaysia ialah – tattoo!
Sumber: Business Insider

No comments:

Post a Comment