Pages

Wednesday 20 May 2015

Trend "melampau" wanita MELAYU zaman sekarang!

Let us first identify 5 trends or attitudes Malay woman who terpesong the moden era ni.
(Nota: HERE reality not most ALTHOUGH NOT ALL THIS WOMEN)
1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkanlurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.
2. Tudung Nampak Bayang Rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.
3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.
4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki
Persahabatan antara lelaki Melayu dan perempuan Melayu tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.
5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan
Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam Melayu. Memang dalam perkara ini kaum lelaki Melayu juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah.Malu tu kan mahkota seorang wanita.

No comments:

Post a Comment