#Salam
para sahabat. Sila ambil perhatian tentang adanya satu kumpulan
perompak pengguna lebuhraya PLUS sedang berleluasa di kawasan sekitar KM
102, di antara Tmn Ria Jaya, pasar Singgah Selalu sebelah Timur dan Tmn
Ria Indah sebelah Barat.
#Modus
operandi mereka ialah meletakkan batu2 dari sungai sebesar buah kelapa
dan berwarna gelap pada waktu tengah malam. Bila kita langgar batu
tersebut dan terpaksa berhenti kumpulan perompak ini akan menyerang
hendap dan merompak.
Saya
terlanggar batu tersebut pada pukul 1.10 pagi 14 Mei lepas, dari arah
tol tmn Sejati ke tol SP(U). Alhamdulillah kereta saya boleh terus
dipandu, dgn keadaan minyak selinder habis bocor sebab bhg bawah enjin
pecah, sampai enjin mati selepas tol SPU.
Berikut gambar kereta saya dan mangsa lain..
#Malam
tadi seorang kawan,Cikgu Izady tel saya menceritakan beliau mengalami
kemalangan yg serupa pada pukul 5 pagi 1 km sebelum sampai tol Bertam
dari arah utara.
Jadi
rupa2nya penjenayah / pengkhianat anak haram jadah ini, seorang atau
berkumpulan, sudah memasang perangkap di lokasi2 pilihan. Maknanya
operasi puak2 tak berhati perut ini boleh dibuat di mana2 sahaja lokasi
yg strategik di lebuhraya.
#Mungkin
mereka akan pilih lokasi yg hampir dgn tol sebelum sampai tol supaya
senang mereka melarikan diri keluar dari lebuhraya selepas dapat hasil.
Anak haram sungguh depa ni. Saya harap pihak PLUS dpt mengesan barua2
ini dari rakaman kamera di palang2 tol akan kereta2 syak yang lewat
selepas waktu kejadian.
Selepas
cikgu Izady tel tu baru saya teringat, dlm kejadian yg menimpa saya
pada awal pagi 14 Mei itu, sebaik shj saya terlanggar batu tersebut, dlm
saya panik mengawal kereta dari terbabas, saya ternampak seorang lelaki
berdiri di belakang sebuah kereta di tepi lebuhraya sebelah kiri. Skg
baru saya terfikir apa kejadahnya anak haram jadah tu dok tunggu di tepi
highway pada waktu2 larut mlm awal pagi mcm tu?
#Dalam
kes saya, Alhamdulillah.. Allah membolehkan kereta saya itu, walau pun
minyak enjin dah habis terkeluar melalui pecahan enjin yg besar di bhg
bawah, masih hidup enjinnya, walau pun saya terasa enjinnya semakin nak
mati, dan saya masih boleh terus memandunya sehingga sempat melewati
palang tol lorong SmartTag Sg. Petani Utara tepat pada jam 01.11:35
(dari rakam kamera PLUS), dan sempat saya membelok ketepi jalan dimana
selepas itu baru enjin mati. Habislah hancur bahagian2 dlm enjin yg
bergerak kerana enjin terus hidup sejauh 3 km dlm keadaan tidak ada
minyak enjin.
#Saya difahamkan oleh sahabat yg berkerja dgn PLUS, pada malam yg sama terdapat 8 lagi kes serupa yg dilaporkan kpd PLUS.
Saya
harap para sahabat berhati-hati ketika menggunakan lebuhraya pada waktu
dinihari yg sebegitu. Pada ketika seperti itu, jln lengang, speed trap
pun kita rasa mungkin tak ada, apa lagi, kira nak laju sajalah kita.
#Tak
terlintas langsung ada anak-anak haram jadah sedang menunggu memasang
perangkap dgn meletakkan ketulan2 batu sungai yg besar yg gelap warna
pada laluan sebelah kanan, iaitu laluan laju. Menurut sahabat saya yg
kerja kat PLUS tu gambar2 batu tersebut ada pada PLUS.
Mungkin anak2 haram jadah tu tunggu nak rompak atau tunggu nak panggil tow truck.
Diharapkan
para sahabat berhati2. Juga diharapkan pihak PLUS dan Polis dpt
memberkas penjenayah / pengkhianat anak haram jadah yg seorang atau
bergerak secara berkumpulan itu dgn segera.
Harap2 korang dapat share kepada kawan-kawan yang lain............
Sumber : nadiaspirasi.com
No comments:
Post a Comment