“Pernah
ibu bertanya mengenai tanda gigitan cinta di leher, tetapi saya bijak
mengatakan digigit semut. Saya percaya ibu tidak mengesyaki apa-apa
mengenai perangai buruk saya kerana sibuk menguruskan adik-adik di
rumah,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.
Mila
berkata, ketika dia di Tingkatan Satu, dia pernah lari dari rumah
kerana terlalu sayangkan kekasihnya itu dan menjalani hidup bagaikan
suami isteri, hinggalah lelaki itu membuangnya daripada hidup dan
meninggalkannya di tepi jalan.
KUALA
BERANG: “Saya dipaksa melakukan hubungan seks dengannya (kekasih)
ketika berusia 13 tahun di dalam semak berhampiran rumah tanpa
kerelaan,” demikian pengakuan seorang remaja berusia 17 tahun yang hanya
mahu dikenali sebagai Mila, ketika menceritakan titik hitam terjebak
dalam kancah seks bebas dengan beberapa lelaki.
Noda
hitam dalam hidupnya itu akhirnya menyebabkan pelajar di sebuah sekolah
di sini ketagihan seks dan sanggup memperdagangkan tubuh untuk
keseronokan dan memuaskan nafsu liar, walaupun hakikatnya dia masih di
bawah umur. Mila berkata, dia mula melakukan hubungan seks dengan
kekasihnya yang berusia 20 tahun ketika dia berada di Tingkatan Satu dan
masih meneruskan hubungan terlarang itu bersama beberapa lelaki
sehingga kini, walaupun baru mengenalinya.
Dia
yang pernah dibuang sekolah kerana bergaduh dan bercium dengan rakan
lelaki di sekolahnya menceritakan, ibu bapanya tidak mengetahui
kehidupan hitamnya kerana begitu mempercayainya.
“Saya
sangat sedih ketika dia meninggalkan saya di tepi jalan seperti sampah
selepas kami melakukan hubungan seks. Ketika itu jam 3 pagi dan saya
buntu apa patut dilakukan lalu terus menghubungi bapa dan dia mengambil
saya. Saya tahu keluarga sangat sedih dengan perangai saya, tapi saya
sudah ketagih dan tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya tanpa sebarang
riak kesal.
Seorang
kawan rapat Mila yang mahu dikenali sebagai Zai, 17, berkata, dia turut
ketagih seks selepas melalui episod ngeri dirogol orang tidak dikenali
ketika berusia 13 tahun dan sehingga kini, dia sering melakukannya
dengan rakan serta senior di sekolah.
“Sejak
kejadian hitam itu, saya sering keluar dengan beberapa lelaki dan saya
sukakan keseronokan keluar malam hingga tidak balik ke rumah untuk
menghilangkan kebosanan. Tragedi noda itu berlaku apabila pada satu
hari, teman lelaki saya mengajak keluar dan meminta menunggu di wakaf
berhampiran rumah.
“Selepas
beberapa jam menunggu dia tidak muncul, sehingga tiba-tiba seorang
lelaki datang menawarkan untuk menghantar saya pulang, tetapi dia
membawa saya ke dalam semak dan melakukan hubungan seks. Selepas itu dia
mengajak melakukannya di sebuah pondok pula. Saya hanya mengikut kerana
berada dalam keadaan khayal selepas mengambil pil kuda,” katanya.
Zai
yang sehingga kini sudah menukar lebih 20 teman lelaki berkata, dia
tidak dapat membendung rasa ketagih melakukan hubungan seks dan kerap
melakukannya di rumahnya, meskipun ahli keluarga ada di rumah.Seorang
lagi rakannya dikenali sebagai Sara, 16, yang turut mengalami ketagihan
seks berkata, dia selalu ke Kuantan, Pahang dan tidur di hotel bersama
kekasihnya sehingga dia dibuang keluarga yang malu memiliki anak
sepertinya.
“Saya
selalu makan pil kuda ketika bersamanya dan apabila berjumpa hubungan
kami akan diakhiri dengan seks. Pernah saya tidur di rumah kawan dan
ponteng sekolah selama dua minggu.
“Saya
juga sering dijadikan ‘lauk’ oleh sekumpulan samseng jalanan. Saya
dijadikan ‘hadiah’ kepada lebih 20 samseng jalanan yang menang dalam
perlumbaan haram,” katanya selamba.
No comments:
Post a Comment