Pages

Thursday 21 May 2015

Kisah Romantis Perkahwinan Gadis Melayu & Jejaka Korea Ini Pasti Buat Korang Tersenyum


Kini Trending
OHBULANKOREA
Ibarat bulan jatuh riba. Mungkin itu perumpamaan yang paling tepat dan sesuai untuk menggambarkan kisah menarik gadis Melayu berusia 23 tahun yang berjaya mengahwini jejaka Korea ini.
Siapa sangka bertemu buat pertama kali ketika ditugaskan untuk menjaga pelajar antarabangsa menerusi program ‘exchange student’, Fadhi dan Aiman Kim Je Young akhirnya berkahwin beberapa bulan kemudian.
Namun di sebalik perkahwinan tersebut, banyak cerita menarik dan kelakar yang dikongsikan oleh Fadhi sendiri menerusi laman blognya. Kami yakin korang mesti tersenyum sendiri bila baca nanti. So sweet!

Nikah Selepas 3 Bulan Kenal

korea11
Menurut Fadhi selepas sebulan berkenalan, hubungan mereka bertambah rapat dan Kim memberitahu hasrat hatinya untuk menikahi Fadhi.
Ibu bapa Fadhi pada awalnya tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Kim namun 3 bulan kemudian mereka berdua melangsungkan pernikahan yang dilakukan secara kecil-kecilan.
Sanding pun belum lagi sebab masing-masing busy. Ini kisah bagaimana mereka berkenalan.
oh2 oh

Kini Belajar Di Korea

fadhi
Menurut bacaan kami di blog Fadhi, dirinya kini sedang mengikuti pengajian di Sungkyunkwan University di Korea.
Paling menarik, kalau korang merancang untuk melancong ke Korea, boleh lah dapatkan harga pakej percutian yang sangat murah dengan Fadhi. Tourist guide gitu.
Sebenarnya banyak lagi kisah menarik berkahwin dengan jejaka Korea yang dikongsi oleh Fadhi di blog dirinya. Korang boleh baca sendiri ye.
Kredit Foto : I am Fadhi

No comments:

Post a Comment