Pages

Monday 25 May 2015

APABILA IBU ADA OTAK TAPI DI LUTUT,MANGSANYA SI BAYI ..HAISHH

Polis menemui seorang bayi lelaki yang dibuang di belakang sebuah rumah di Taman Datuk Rashid, dekat sini,
Dalam kejadian,tengah malam itu, bayi lelaki terbabit seberat lebih dua kilogram (kg) ditemui dalam keadaan sihat dan dibalut dengan kain.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, susulan penemuan bayi itu, polis menahan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dipercayai ibu kepadanya.
"Gadis itu mengaku melahirkan bayi berkenaan, selepas bersalin di dalam biliknya dan menyembunyikan di belakang rumah," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, gadis itu mengakui menjalinkan hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang tinggal di Chengal Lempong, Beserah, dekat sini.
Menurutnya, bayi itu bersama ibunya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

No comments:

Post a Comment