Hanya kerana
tidak berpakaian mengikut kod etika yang telah ditetapkan, seorang ibu
yang datang jauh dari Sarawak tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan bagi
menyaksikan anak perempuannya menerima segulung ijazah pada majlis
konvokesyen UiTM, Shah Alam.
Marjorie
Abdullah, berkongsikan kisah pengalamannya itu melalui laman Facebooknya
serta memuat naik dua gambar ketika menghadiri konvokesyen anak
gadisnya di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Inilah pakaian
yang dipakai menyebabkan saya dihalau keluar dari majlis konvokesyen
UiTM, Shah Alam," tulisnya dalam kapsyen gambar tersebut.
Menurut sumber,
kod etika berpakaian bagi majlis konvokesyen UiTM telah menetapkan,
para pelajar perempuan serta ibu atau waris wanita yang hadir ke majlis
itu hanya dibenarkan memakai baju kurung atau blaus, manakala seluar
adalah tidak dibenarkan.
Menurut
Marjorie, dia tidak tahu mengenai kod etika pakaian yang telah
ditetapkan oleh UiTM itu kerana dia tinggal di Sarawak. Marjorie juga
mendakwa arahan mengenakan pakaian itu tidak dinyatakan dalam kad
jemputan.
"Saya tidak
sepatutnya memakai seluar untuk menghadiri konvokesyen itu, tetapi saya
berada di Sarawak dan mereka tidak menerima alasan itu," katanya yang
mengakui kesilapannya.
Akibat dari
insiden itu, anak gadis dan tunangnya mengambil keputusan untuk tidak
menghadiri majlis konvokesyen masing-masing selain dari tidak berpuas
hati dengan tindakan UiTM yang langsung tidak mahu bertolak ansur dengan
ibunya yang datang dari jauh.
Insiden yang
menimpa Marjorie itu mendapat perhatian dari netizen dan rata-ratanya
melahirkan rasa simpati terhadap apa yang terjadi pada Marjorie dan
anaknya.
Netizen juga
turut mempertikaikan tindakan UiTM yang 'tegas tidak bertempat' sehingga
menidakkan seorang ibu melihat anaknya mengenggam segulung ijazah.
Naib Canselor
UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kod etika pakaian
majlis berkenaan bukanlah peraturan baru. Ia sudah lama diamalkan dan
menafikan dakwaan Marjorie yang mengatakan kod etika itu tidak
dijelaskan dalam kad jemputan.
"Etika ini
perlu diikuti, kerana ia melibatkan disiplin dan sekiranya tidak
ditetapkan, pelbagai ragam pakaian akan dikenakan," katanya.
Reaksi yang
berlainan pula dari bekas-bekas pelajar UiTM yang menyifatkan tindakan
Marjorie itu adalah satu tindakan yang tidak cerdik kerana dia telah
memviralkan 'kebodohan' dirinya kepada orang ramai.
"Masuk rumah
orang kenalah ikut cara rumah orang. Sama juga dengan kes ini, masuk ke
majlis orang, kena ikut kod etika pakaian yang telah ditetapkan oleh
UiTM," kata mereka.Sumber
No comments:
Post a Comment