Pages

Thursday, 28 May 2015

BERITA TERKINI! Pelajar Tingkatan 6 Boleh Pakai Baju Kasual Tahun 2015


Kementerian Pendidikan mengesahkan, pelajar yang akan menyambung pengajian ke Tingkatan 6, dibenarkan memakai pakaian tradisional atau pakaian lain, sebagai sebahagian dari kod pakaian baru mulai awal Januari depan.
Mereka juga turut dibenarkan memakai pakaian batik, di bawah langkah kementerian yang mahu menjenamakan semula Tingkatan 6.
Sekolah tidak lagi boleh mengarahkan pelajar Tingkatan 6 memakai pakaian mengikut standard, kata Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pendidikan.
pelajar lelaki dibenarkan memakai baju dan seluar berwarna cerah dan seluar tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain.
"Walaupun mereka bebas untuk memilih warna baju, tetapi pastikan ia tidak mempunyak corak. Baju yang bercorak belang atau berpetak adalah dibenarkan," katanya.
Walau bagaimanapun, pelajar masih boleh memakai uniform. Namun pelajar adalah dilarang memakai pakaian yang diperbuat daripada bahan denim.
Selain baju kurung, pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang, blaus berlengan, gaun labuh dan skirt yang melebihi paras lutut.
Seluar jenas, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan sama sekali. Pelajar juga tidak dibenarkan memakai kemeja-T apabila datang ke kelas serta pelajar wanita dilarang memakai pakaian ketat.
Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking, manakala perempuan pula hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki mereka. Selipar, terompah atau sandal adalah dilarang.
Bagaimanapun, kod pemakaian pelajar tingkatan 6 yang baru itu menimbulkan bantahan orang ramai yang tidak bersetuju dengan Kementerian Pelajaran itu.
Menurut netizen, langkah itu bukanlah satu idea yang bagus, sebaliknya akan membazirkan masa pelajar untuk memikirkan apa yang mahu dipakai selain dari kehilangan identiti dan semangat kekitaan di sekolah.
Tambah mereka, perbelanjaan keluarga juga akan meningkat kerana para pelajar mahu menarik perhatian rakan-rakan mereka (menerusi pemakaian). Langkah itu juga akan mewujudkan jurang antara pelajar kaya dan miskin.
"Yang kaya akan cuba menunjuk-nunjuk pakaian mereka yang mahal, yang miskin akan berasa rendah diri. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberikan kesan negatif kepada pembelajaran mereka," jelas seorang pengguna Facebook yang prihatin.
Selain itu, netizen turut berpendapat bahawa kod pemakaian baru ini tidak akan membantu mempertingkatkan pendidikan, sebaliknya menjadi lebih buruk. Apa pandangan anda? - MYMEDIAHUB

No comments:

Post a Comment