Tidak
dinafikan bahawa bisnes makanan segera KFC adalah antara restoran
franchais paling terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh
dunia. Dengan menggunakan trademark “It’s finger lickin’ good”,ia sememangnya sedap sehingga menjilat jari . Yummyy !!
KFC
memang terkenal, tapi tahukah anda apa cerita di sebalik kejayaan KFC?
Selama ini kita main baham jer ayam goreng KFC tu tanpa mengetahui asal
usulnya. Yang kita tahu ialah pengasasnya ialah seorang lelaki berambut
putih, bermisai putih, berjanggut putih ala-ala kambing, berkacamata,
dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih.
Colonel Harland D. Sanders2
Dalam entri ini, saya nak berkongsi beberapa fakta sejarah KFC yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia.
1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.
2.
Pada tahun 1986, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia
dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala
ibunya keluar bekerja.
3. Sanders
memalsukan tarikh lahir dan didaftarkan dalam Tentera Darat Amerika
Syarikat pada usia enam belas tahun, melengkapkan keseluruhan komitmen
perkhidmatan di Cuba.
4.
Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis
pekerjaan termasuk:. steamboat pilot, jurujual insurans, bomba kereta
api dan petani sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang
kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40
tahun. Ayam gorengnya sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu
restoran di sepanjang jalan Corbin.
5.
Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya
dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian
memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima
pengiktirafan “Kentuck Colonel”.
6.
Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh
Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran
ke restoran untuk franchaising bisnes ayam gorengnya.
7.
Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman
pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh negara
dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.
Untuk
pengatahuan anda semua gelaran Sanders ‘Colonel’ adalah satu
kehormatan; Ia telah dicipta oleh seorang ahli Honorable Order of
Kentucky Colonels dalam 1935 oleh Kentucky Governor Ruby Laffoon. “It’s
finger lickin’ good” ialah moto pengiklanan KFC selama bertahun-tahun.
Dalam 1991, syarikat mengubah namanya dari Kentucky Fried Chicken ke
KFC, nampaknya dalam satu usaha memisah-misahkan sendiri dari istilah
“digoreng”. Tiada kebenaran bagi khabar angin yang kehendak Sanders
menentukan yang 10% keuntungan-keuntungan KFC jadi diberikan kepada Ku
Klux Klan.Laman web KFC menyatakan, resipi rahsia Colonel disimpan
terkunci dalam sebuah peti besi di Louisville, Kentucky.
No comments:
Post a Comment