gambar hiasan |
Soalan:
Apakah hukum seorang bapa memeluk dan
mencium anak perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?
Jawapan:
Seorang bapa memeluk dan mencium anak
perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk
kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan
dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.
Namun
dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan
isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya
kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram
dengannya?” Jawab Imam Ahmad:
Maksudnya: “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru pulang
dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”
Kata Ibn Muflih:
Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh
melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab
al-Syar’iyyah 2/256)
Di dalam al-Iqna’ (3/156)
dinyatakan pula:
Maksudnya: “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang
dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak
bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada
mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.”
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah
13/130 dinyatakan:
Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang
lelaki mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian
juga tidak boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan
badan dan seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat.
Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciuman itu bukan
pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang
ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”
Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz
RH: “Apakah boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa
dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau
belum, sama ada ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak
perempuannya yang menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?”
Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang
lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa
syahwat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan
apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak
perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut
kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih
afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh
mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan
syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan
kepada perkara yang keji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment