hello, saya seorg remaja prmpuan berumur 17 tahun. dah nak genap 18 tahun sbnarnya.dalam
usia remaja ne mang la banyak benda menarik yang sepatutnya saya buat.
tapi, disebabkan kisah silam saya yang agak pahit untuk saya telan, saya
rasa btul2 sakit sehingga mengganggu status sosial saya.
sebenarnya,
saya nak tahu apakah saya juga turut berdosa disebabkan perbuatan
orang2 disekeling saya walaupun bukan atas kerelaan saya?
begini
ceritanya, saya ne sejak kecil g, dah tinggal berjauhan dengan orang
tua saya. jadi, sa tinggal dengan datuk dan nenek saya di kampung. tapi,
masalahnya, masa saya tinggal kat kampung dulu, uncle saya juga tinggal
bersama. dia ne kira masih sekolah menengah g. kisah perit sa ne
bermula apabila sa diminta untuk menghantarkan segelas susu ke bilik
uncle sa oleh nenek saya. tapi, sejurus ja sa menghantarkan gelas itu ke
biliknya, tiba-tiba ja dia tarik saya ke katilnya dan perkara yang
tidak sepatutnya berlaku antara anak buah dan pak ciknya itu pun
terjadi. senang cerita saya diperkosa oleh uncle sa sendiri... jujur,
waktu tu sa baru berumur 4 atau 5 tahun. jadi, sa mana la paham pa bnda
yg dia akan buat kat sa. sa pun dah tak ingat kejadian mcm mana dia
memujuk rayu saya sebab time tu sa masih budak lagi dan saya juga dah
berusaha supaya saya dapat melupakan kejadian itu. sampai la satu hari
tu, saya terjatuh atas lantai dari tingkap rumah saya yang berada di
tingkat 2. kepala saya trus jatuh terkena lantai. dari situlah sa suda
tak brapa ingat pasal kejadian itu tapi sa masih samar2 ingat perbuatan
uncle sa itu. disebabkan perasaan takut dan malu sa tidak penah
menceritakan kejadian itu pada sesiapa. hanya sa sahaja yg tahu.
akhirnya,
pada usia 7 tahun, sa dibawa balik untuk tinggal dengan kedua ibu bapa
saya di bandar dan memulakan zaman persekolahan rendah saya di sana.
sedikit sebanyak, saya berasa selamat kerana dapat tinggal dengan ibu
bapa saya dan melarikan diri daripada melihat muka org jahat itu. namun,
keselamatan yg sa harapkan tidak bertahan lama. semasa tinggal di
bandar, selain sa dan orang tua saya, abang tiri saya juga tinggal
sama-sama dengan kami. walaupun anak bapa sa ne berstatus abang tiri,
tapi dia tidak penah berniat jahat dengan saya. cuma satu hal yang buat
sa kesal ialah apabila dia membawa kawan lelakinya tinggal menumpang di
rumah kami. maka sejarah di kampung itu pula kini berulang kembali di
bandar. kawan abang tiri sa ne mengambil kesempatan ketika semua orang
tidak ada di rumah dan hanya tinggal kami berdua saja dalam rumah itu.
amat menyakitkan apabila ingat benda ne! hal ini terjadi masa saya tahun
4.
tak mau panjang cerita pasal ne... sa tekan kan sa masih belum mengenal seks sampai la sa masuk sekolah menengah!
dan
disebabkan sejarah silam yg pahit ne la menjadikan saya takut untuk
bersosial. satu hal lagi yg buat sa btul2 stress apabila keadaan rumah
tangga ibu bapa saya mula hancur akibat perselisihan faham dan pengaruh
dadah. pasal dadah tak payah cerita la...
disebabkan
perceraian, akhirnya saya kembali semula ke kampung saya yang dulunya
penah menjadi titik permulaan masalah saya. sa berpindah balik ke
kampung masa umur saya 13 tahun. jadi, sa sambung sekolah menegah saya
sampailah habis tingkatan lima. dan sepanjang saya belajar di tingkatan 1
dan 2, sa tidak penah bertemu dengan uncle sa kerana dia sambung
pelajarannya di KL. sa rasa tenteram untuk meneruskan alam persekolahan
saya di kampung. dan masa di kampung, sa banyak belajar perkara2 yg dpt
membangkitkan semula semangat saya seperti erti persahabatan. di sini,
sa mampu bersosial walupun masih mempunyai perasaan takut itu.
malangnya,
masa sa dalam tingkatan tiga, sa terpaksa berhadapan semula dengan
uncle sa yg selama ini sangat saya benci. tapi, kali ini berbeza, dia
sudah pun beristeri dan ada beberapa org anak dan tiggal bersama saya
dan ibu saya di kampung itu. bayangkan bagaimana perasaan saya yg
apabila berhadapan dengan dia. rasanya seperti hendak lari dari kampung
itu. dia pula buat muka macam tak penah berlaku apa-apa... mungkin dia
ingat sa sudah lupakan kejadian itu kerana bertahun telah berlalu.
tapi
disebabkan sa memikirkan ibu saya, saya tetap bertahan dan terus fokus
dengan pelajaran saya kerana tidak lama lagi saya akan menduduki PMR.
walaupun masalh datang bertubi-tubi dalam hidup saya, saya tetap cuba
untuk memberikan yg terbaik untuk exam PMR saya. dan saya berjaya
membuktikan saya bukan seperti remaja lain yg cepat putus asa apabila
menghadapi masalah kerana sa masih mampu mendapatkan result yang
cemerlang dalam peperiksaan itu dengan gred GPA 1. maksudnya suma A...
haha
itulah moment yg paling gembira dalam hidup saya.
kini, sa masih menunggu result spm 2012.
tp,
masih ada satu hal yg merisaukan saya. hati saya dah tak bersih.
disebabkan uncle sa seorang, sa jadi benci dengan seluruh keturunannya
termasuk diri sendiri. apa patut saya buat supaya perasaan ne hilang?
dah banyak cara sa cuba tapi bukan dengan cara bunuh diri... tapi,
termasuk lah dengan aktiviti inhalan.sa btul2 mau berhenti...
kiriman remaja malang
terima kasih sudi berkongsi cerita...memang perit dan pedih apa yg
dikongsikan oleh saudari mungkin sesiapa pun di tempat saudari pasti
mengalami trauma dengan sejarah silam yang menghantui
diri.disini saya kongsikan beberapa pandangan
1,kenali Tuhan
setiap manusia pasti ada kisah silam yang menyakitkan.Untuk mendapat kekuatan
terutamanya dalam hati saudari perlu tingkatkan amalan rohani.Saya tidak pasti
apakah agama saudari? jika saudari seorang Muslim saudari perlu perbanyakan
amalan seperti perbanyakan zikir,mohon tuhan lembutkan hati,dan sebagainya
yang berkait dengan rohani.
2,berkawan dengan orang yang baik
kebiasaanya apabila kita mempunyai masalah kita perlukan seseorang untuk
meluahkan perasaan namun pada waktu ini kebiasaanya kita akan luahkan
perasaan kepada kawan atau sahabat.Apabila saudari meluahkan pada seseorang
saya pasti hati saudari pasti tenang.Namun berhati-hati ketika memilih kawan
kerana apabila sesuatu berlaku kawan pasti menjadi lawan.
3.Jadilah seorang pemaaf
mungkin
berat untuk memaafkan diatas apa yang berlaku tambahan pula
membabitkan maruah.Namun percayalah disebalik kelukaan ini pasti ada
hikmah disebaliknya menurut kata doktor Fadzilah Kamsah sebelum tidur
maafkan semua orang insyallah satu hari nanti pasti perasaan benci
saudari akan hilang
selagi saudari mengingati kisah tersebut dan selagi tak maafkankannya perasaan
benci takkan hilang melainkan dengan dengan memaafkannya dan cuba jauhkan
diri supaya tidak bertemu denganya.
saudari tak boleh membenci diri sendiri ia bukan salah saudari namun nasib tidak
menyebelahi saudari. saudari seorang insan yang hebat cuba bayangkan daripada
berjuta-juta benih saudari yang terpilih untuk dilahirkan di dunia ini..Jadi jangan
merasakan diri saudari lemah jadikan perkara ini sebagai anjakkan paradigma
bangkit dari dilemma..kuatkan semangat cuba tanam azam dalam diri aku
akan berjaya 1 hari nanti tidak kira apa yang berlaku.Percayalah jika ia berlaku
orang sekeliling saudari pasti hormat saudari.
sekian pandangan saya semoga saudari tabah menghadapi ujian.Setiap perkara yang berlaku adalah di atas kehendakNYA.
jawapan
ini hanya dari pandangan Admin.Jadi jika anda ada sebarang pandangan
atau pendapat sila beri pendapat anda dengan komen kotak dibawah
mudah-mudahan ia bermanfaat kepada semua terima kasih kerana sudi
membaca di blog ini.
No comments:
Post a Comment