Kebanyakan peminat mencemuh selebriti-selebriti wanita itu yang
disifatkan sebagai tidak menghormati dan bergaya keterlaluan sebagai
seorang Muslimah yang sejati.
Sebagai salah seorang daripada anak seni, Nora Danish terpanggil untuk memberikan komen berkaitan isu terbabit.
Mengatakan dirinya pernah terkena dengan pihak penerbitan sebuah
majalah, dia berasakan bagai tertipu apabila mereka tidak langsung
menyunting gambar yang sudah diambil oleh mereka.
Jom kita baca luahan hati Nora seperti yang dipetik menerusi Malaysian Digest ini.
“Saya bermula dalam industri ini menerusi didikan pengarah Aziz M.
Osman. Sejak itu saya memang sudah terbiasa mendengar arahan pengarah
dan akan cuba berikan yang terbaik seperti yang diminta pengarah.
“Saya jenis yang tidak pandai membantah dan itu juga cara saya hormat pengarah saya.
“Sama juga jika saya menjalani penggambaran sesi fotografi misalnya
untuk menjadi penghias kulit majalah. Saya juga tidak mahu mengecewakan
pihak majalah itu.
“Jadi semasa penggambaran apabila pihak berkenaan meminta kita pakai
baju yang mereka sediakan, sewaktu itu memang saya ada beritahu yang
saya tidak pakai baju sebegitu.
“Namun, mereka minta juga saya pakai. Bila saya pakaian, sebagai
contoh nampak pula perut, tapi mereka suruh tarik sikit baju itu dan
menutupi perut saya. Hasilnya baju itu nampak tidak cantik pula.
“Insiden saya dikecam dulu, sebenarnya pihak berkenaan beritahu yang
mereka akan membuat suntingan pada gambar tersebut tetapi rupa-rupanya
mereka beri janji palsu pada saya dan ketika itu saya rasa teraniaya.
“Sikit sebanyak sebenarnya saya juga faham apa yang dirasai oleh
rakan artis saya yang baru-baru ini dikaitkan dengan insiden yang
seperti aman yang pernah saya lalui,” katanya.
No comments:
Post a Comment