Hanan Mahmoud Abdul Karim, 36, dimasukkan ke hospital berkenaan 24 April lalu, lapor akhbar Jordan, semalam.
Ketika menjalankan prosedur pembedahan ke atas wanita itu, doktor berkenaan dikatakan tersalah letak telefon bimbitnya di dalam perut Hanan.
Ibu Hanan, Majeda Abdul Hamid memberitahu media, selepas Hanan melahirkan bayi lelaki seberat 4.8 kilogram anaknya dibenarkan keluar hospital.
“Sejak itu, keluarga kami menyedari perut Hanan kerap bergegar perlahan.Kejadian itu menimbulkan perdebatan dalam Parlimen Jordan apabila seorang anggotanya Salim Al Bataynah mendesak kerajaan negara itu bertanggungjawab.
“Anak saya menghadapi kesakitan amat sangat dan tidak dapat bergerak. Saya membawanya ke hospital. Selepas melakukan X-ray, doktor mendapati ada objek di dalam perutnya.
“Doktor pakar kemudian melakukan pembedahan dan mengeluarkan telefon bimbit itu,” katanya.
Kementerian Kesihatan Jordan sedang menyiasat laporan itu, tetapi jurucakapnya, Hatem Al Azrae mengatakan cerita disampaikan adalah tidak berasas dan satu pembohongan.
No comments:
Post a Comment