Kemunculan Erra Fazira mengenakan tudung dan turban sejak kebelakangan
ini telah menimbulkan tanda tanya di kalangan para peminatnya.
Melalui laman IG jurusolek Erra yang dikenali sebagai Deq Sha itu telah memuat naik gambarnya yang lengkap bertudung.
Kapsyen pada gambar tersebut yang berbunyi "N this one makeup for
recording #primadona..." itu menguatkan lagi desas-desus mengatakan
pengacara program Primadona itu kini sudah mula berhijab.
Klik gambar untuk size besar
Ketika menghadiri beberapa buah majlis sejak awal minggu ini, Erra
dilihat mengenakan tudung dan menutup kepalanya dengan turban.
Bukan itu sahaja, Erra juga dilihat mengenakan tudung sebagai model
hadapan kulit majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB).
Malah tindakan Erra memuat naik gambar-gambar terkininya dengan 'imej
terbarunya' itu turut disedari para pengikut di Instagram dan mereka
memberikan maklumbalas positif serta gembira.
Jika benar Erra sudah berhijab, tahniah kami ucapkan!
No comments:
Post a Comment